MelayuKuHebat....|Isu Terkini|Seks|Artis|Gossip|Bisnes|Ebook|

|Isu Terkini|Seks|Artis|Gossip|Macam2|Politik|Resepi|Islam|Internet|Bisnes|Ebook| Macam-macam ada... Memang Lain Dari Yang Lain..Penuh Kontroversi...


Jep Sepah , sape yang tak kenal salah seorang dari Juara Maharaja Lawak kan. Tao telah diberitahu bahawa Fb fan untuk Jep Sepah telah di hack dan si hacker tersebut menyamar diri nya sebagai Jep Sepah tanpa diketahui dan ramai telah ditipu.
Asalnya account facebook tersebut adalah untuk jep beberapa orang admin berhubung secara direct kepada jep tetapi dalam beberapa bulan yang lepas group admin jep dan grup hackers bertarung bagi mendapatkan account tersebut dan setakat ini account tersebut masih di kawal oleh hackers tersebut.
Manakala motif account tersebut di godam masil lagi kurang jelas dan tidak dapat dipastikan kenapa samaada terdapat rasa tidak puas hati atau pon terdapat hasrat yang tidak baik terhadap seseorang itu.

Buat masa ini penggodam tersebut masih lagi menyamar menjadi jep dan masih lagi dan terus membohonh fan jep. Kepada korang yang baca nih tolong share kerana masih ramai yang belum tau. Read more...

Ketika Bani Israel di Mesir ditindas oleh Firaun, Allah SWT mengutus Nabi Musa a.s untuk membebaskan mereka. Nabi Musa a.s adalah adik kandung Nabi Harun.

Di Mesir, keturunan Nabi Yaakub beranak-pinak selama lebih 400 tahun. Jumlah mereka mencapai ratusan ribu orang. Pada awalnya, mereka diterima oleh raja daripada Kerajaan Hykos.

Namun setelah kerajaan itu berakhir, pemerintahan dikuasai oleh Firaun. Bani Israel diperlakukan sewenang-wenangnya oleh Firaun.

Menurut sejarah, ketika Nabi Musa dilahirkan, Firaun yang memerintah Mesir ialah Ramses II yang menganggap dirinya Tuhan. Nabi Musa diutus oleh Allah bagi mengingatkan Firaun dan membebaskan Bani Israel.

Bersama-sama Nabi Harun, Musa berdakwah kepada Firaun. Namun dakwah mereka ditolak. Nabi Musa dikejar untuk dibunuh tetapi Allah SWT menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya serta membinasakan Firaun.

Berabad-abad lamanya Mesir diperintah oleh raja Firaun. Pemerintahan mereka dijalankan secara turun-temurun. Setiap raja yang memerintah kejam dan menindas rakyatnya, termasuk Bani Israel.

Pada suatu hari, seorang ahli nujum istana menghadap Firaun. Dia meramalkan mimpi Firaun iaitu seorang bayi lelaki daripada Bani Israel akan lahir dan apabila dewasa akan membinasakan kekuasaan Firaun.

Mendengarkan hal itu, Firaun memerintahkan semua bayi lelaki Bani Israel di Mesir dibunuh.

Anak angkat Firaun

Selepas Firaun mengeluarkan perintah itu, seorang wanita bernama Yukabad melahirkan bayi lelaki.

Kerana tidak mahu dibunuh, bayi tersebut dihanyutkan di Sungai Nil. Bayi itu lalu ditemui oleh isteri Firaun. Semasa diberitahu tentang bayi tersebut, Firaun segera memerintahkan supaya dia dibunuh.

Namun, permaisurinya melarang kerana sayang akan bayi itu dan belum dikurniai anak. Akhirnya bayi itu dijadikan anak angkat. Firaun menamakannya Musa.

Bayi Musa sering menangis kerana memerlukan susu. Maka, Firaun mencari wanita yang bersedia mengasuh dan menyusui anak angkatnya itu. Namun, Musa menolak semua wanita yang mencuba menyusuinya, kecuali ibu kandungnya sendiri. (al-Qasas: 7-13).

Membela Bani Israel

Nabi Musa dibesarkan dalam lingkungan kerajaan Firaun. Apabila dewasa, baginda sering berjalan-jalan mengelilingi kota. Pada suatu hari, Nabi Musa berjumpa dua lelaki yang sedang berkelahi.

Salah seorang daripadanya Bani Israel dan seorang lagi berdarah Mesir, keturunan Firaun. Orang Israel itu meminta pertolongan Nabi Musa.

Nabi Musa yang berniat membela kaumnya menumbuk orang berketurunan Firaun tersebut hingga mati.Setelah itu Nabi Musa menyesal dan memohon keampunan Allah atas kesalahannya (al-Qasas: 14-19).

Pelarian ke Madyan

Berita pembunuhan oleh Nabi Musa ke atas rakyat Mesir sampai ke telinga Firaun. Firaun segera menyiapkan bala tenteranya untuk menangkap dan membunuh Nabi Musa.

Oleh sebab berasa terancam, Musa segera meninggalkan negeri itu (rujuk al-Qasas: 20-22). Selama lapan hari lapan malam, Musa berjalan hingga tiba di Madyan iaitu selatan Palestin.

Nabi Syuaib a.s

Nabi Musa selamat tiba di Madyan. Di sana, baginda membantu dua wanita memberi minum ternakan mereka. Kedua-dua wanita itu adalah puteri Nabi Syuaib.

Mereka menceritakan kepada Nabi Syuaib bahawa Musa telah membantu mereka. Mendengar cerita itu, Syuaib ingin membalas budi Musa.

Salah seorang puterinya diutus menjemput Nabi Musa. Nabi Syuaib menyambut Musa dengan gembira dan berterima kasih atas kebaikan serta pertolongan Musa (al-qasas: 23-26).

Nabi Musa gembira tinggal di rumah Nabi Syuaib. Pada suatu hari, Nabi Syuaib menyampaikan hasrat menikahkan Musa dengan puterinya, Safura. Musa terkejut dan gembira mendengar permintaan Nabi Syuaib.

Musa memenuhi permintaan itu dan mematuhi syarat mertuanya. Dalam al-Quran, syarat itu menghendaki Musa bekerja membantu Nabi Syuaib selama 8-10 tahun. (al-Qasas: 27-28).

Dakwah kepada Firaun

Setelah menerima wahyu Allah SWT, Nabi Musa dan Harun menemui Firaun. Firaun terkejut melihat kedatangan mereka. Nabi Musa mula mengingatkan bahawa Firaun bukan Tuhan dan memintanya membebaskan Bani Israel.

Mendengar ucapan itu, Firaun murka dan mahu memenjarakannya. Kemudian, Nabi Musa menunjukkan kebenaran dakwahnya dengan memperlihatkan mukjizat yang diberi oleh Allah agar Firaun mempercayai kenabiannya.

Untuk menyangkal mukjizat Nabi Musa, Firaun mengundang ahli sihir kerajaan. Namun, mereka gagal mengalahkan Musa bahkan sebahagian mereka mengikuti Nabi Musa.

Dakwah Nabi Musa tidak menyedarkan Firaun. Disebabkan hinaan dan ejekan Firaun semakin menjadi-jadi, Nabi Musa berdoa agar Allah menurunkan bencana di Mesir.

Kemarau melanda Sungai Nil dan hasil pertanian tidak dapat dipungut. Allah juga menurunkan rebut taufan dan hujan lebat. Setelah banjir, pelbagai penyakit menyerang. Binatang ternakan binasa.

Semasa ditimpa azab, orang Mesir berjanji akan beriman jika bebas daripada bencana. Firaun sendiri tidak dapat berbuat apa-apa.

Namun, setelah bencana itu berakhir, Firaun kembali menunjukkan keangkuhannya (al-A'raaf: 130-135). Bahkan, Firaun ingin membunuh Nabi Musa dan Bani Israel.

Api daripada Allah SWT

Nabi Musa bekerja untuk Nabi Syuaib selama 10 tahun. Setelah genap tempoh tersebut, Nabi Musa ingin bertemu keluarganya di Mesir. Nabi Musa dan isterinya berjalan merentasi padang pasir. Akhirnya, mereka tiba di Gunung Tursina.

Apabila malam, mereka bimbang untuk meneruskan perjalanan kerana gelap. Tiba-tiba, Nabi Musa terlihat api di suatu tempat yang jauh.

Baginda meminta isterinya tinggal sebentar sementara baginda pergi mengambil api itu. Nabi Musa berjalan ke tempat api dan sampai dekat sebatang pokok. Ternyata api tersebut berasal daripada Allah.

Taurat

Setelah Firaun dan tenteranya tenggelam, Nabi Musa pergi ke Gunung Tursina. Baginda meninggalkan kaumnya dan urusan memimpin mereka diserahkan kepada Harun.

Di sana, Nabi Musa berpuasa selama 30 hari. Puasanya kemudian disempurnakan menjadi 40 hari. Dalam keadaan suci itu, Nabi Musa mendengar firman Allah SWT secara langsung.

Baginda kemudian dikurnia kitab Taurat, yang mengandungi pelbagai nasihat dan penjelasan hukum sebagai pedoman hidup bagi umatnya (al-A'raaf: 142-145).

Nabi Khidir a.s

Nabi Musa diperintahkan Allah mencari orang yang lebih pintar daripadanya. Bersama-sama muridnya, Yusya bin Nun, Nabi Musa pergi dan bertemu Nabi Khidir.

Nabi Musa meminta untuk belajar daripadanya dan mengembara bersama-samanya. Namun, sebelum memulakan perjalanan, Nabi Khidir melarang Nabi Musa bertanya tentang setiap perbuatannya. Syarat itu dipersetujui oleh Nabi Musa.

Di tengah-tengah perjalanan, Nabi Khidir membocorkan perahu, membunuh seorang pemuda dan membaiki rumah yang hampir roboh.

Setiap perbuatan Nabi Khidir memancing rasa ingin tahu Nabi Musa, lalu baginda pun melanggar janjinya.

Di akhir perjalanan mereka, barulah Nabi Khidir menjelaskan tujuan setiap perbuatannya (al-Kahfi: 60-82). Read more...





Semua orang kenal siapa Ultras Malaya. Satu kumpulan yang sentiasa menyokong Malaysia walau apa jua berlaku. Kita menang atau kalah, mereka tetap duduk dibangku penonton dan berteriak memberi sokongan dan semangat kepada semua pemain bolasepak Malaysia.
Tapi ada sedikit perkara yang tidak sedap untuk didengar. Kepada penyokong tegar Malaysia atau lebih dikenali sebagai Ultras Malaya, ada baiknya jika anda semua tukar lirik dalam lagu anda kerana ianya agak biadap menyamakan negara orang dengan Anjing. Masih banyak masa sebelum ianya menjadi isu.


Lirik mereka:
Ultras Malaya, ekor Harimau Malaya
Ultras Malaya, ekor Harimau Malaya
Kami turun ke Bukit Jalil
Satu jiwa sokong Malaysia
(Nama negara) anjing.. dibunuh saja!
Adalah lebih baik part “Anjing” atau “Hanjing” itu ditukarkan kepada ayat yang lebih baik dan beradap. Apa perasaan anda bila orang menyamakan anda atau negara anda dengan anjing? Kalau tak marah, itu maknanya anda memang tak punya perasaan.
Kita rasa marah bila orang luar gelarkan Malaysia sebagai anjing. Jadi kami rasa, kalau kita sendiri gelarkan orang lain sebagai anjing, tiada bezalah antara mereka dan kita. Anda mungkin boleh tegakkan benang yg basah, tapi kami bertindak secara rasional dengan bukti :)
Kepada pihak pentadbiran Ultras Malaya, sikap rasional anda diperlukan untuk menyelesaikan perkara ini. Ianya telah lama berlaku dan sampai bila ianya akan diteruskan? Itu sahaja yang tidak sedap, selainnya teruslah maju untuk Ultras Malaya bagi mengembalikan kegemilangan penonton untuk menyokong pasukan negara kita sendir
Read more...

Read more...


Fobia boleh terjadi kepada sesiapa saja. Ketakutan berlebihan yang bersifat tak rasional ini memiliki bermacam ragam. Mulai takut binatang tertentu sampai takut bersentuhan dengan peralatan makan dari logam seperti yang dialami Zoe Ingleson, selama 20 tahun.

Wanita 34 tahun itu merasa tubuhnya lumpuh, keringat dingin mengalir deras, dan serangan panik luar biasa menyerang setiap kali melihat pisau, sudu, atau garpu berbahan logam. Dia melihat peralatan makan berbahan logam bak melihat tarantula beracun.
Hanya mendengar sudu logam berbunyi di piring, dia merasa trauma. “Benar-benar memalukan. Orang-orang menatapku seperti menatap seorang yang bodoh. Tetapi aku tidak boleh melupakan ketakutan terhadap alat logam,” katanya seperti dimuat Daily Mail.
Keadaan itu membuat Ingleson memilih meja makan terpisah dari suami dan empat anaknya. Dia memiliki peralatan makan khusus yang semuanya terbuat dari plastik. Jika terpaksa makan di tempat umum, dia memilih makan dengan tangan. Tapi, biasanya diavmembawa sendiri sudu dan garpu plastik di begnya.
Di rumah, Zoe juga tak punya peralatan memasak dari logam. Semua perlengkapan rumah tangganya terbuat dari plastik. Sejumlah keluarga dekat juga selalu siap menyediakan peralatan makan khas jika Zoe berkunjung.
Fobia merupakan ketakutan berlebihan akibat peristiwa trauma yang menimbulkan kepanikan luar biasa, tanpa alasan jelas. Menurut ahli, fobia merupakan cara untuk bertahan atau menghindar terhadap ancaman yang dirasakan.
Read more...

Siti Saleha kali ini telah dijemput untuk menghiasi majalah Jelita edisi Disember 2011. Kalau mengikutkan dan fahaman admin, ini kali pertama Siti Saleha shoot untuk cover sebuah majalah. Baguslah kalau macamtu, ada rezeki kan. hehe. Siti Saleha ni memang cantik orangnya. Apa-apa pun nak tahu lebih lanjut, g la beli ni majalah.

Read more...

Gambar Izara Aishah (rantai warna warni) dan juga Tasha Shilla (rantai Mutiara) yang serba kuning menawan dibawah ini diambil di Pameran Busana Perkahwinan Mutiara yang baru-baru ni berlangsung, mereka berdua ni merupakan pelakon yang kini meningkat namanya. Kedua-duanya cukup cantik dan menawan. Memiliki pakej yang yang menarik. Jadi memang tak salah kalau mereka bakal menyaingi artis-artis lama.

Tasha Shila
Tasha Shila
Tasha Shila
Tasha Shila Read more...


Misteri yang baru terungkap. Khazanah yang belum dikenali ramai tapi sudah lama diamalkan di Kelate. Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika, Australia, New Zealand dan Jerman.
Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki Gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan “kuno”. Budu berpotensi untuk melawan
radikal bebas sehingga dapat menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, diabetes, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal.
Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab diare, penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi. Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna,diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diare kronis akibat kurang zat pada tubuh.
Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diare kronis ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat. Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya, kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron2 yang lemah. Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa.
2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B Kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K). Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 thiamin), vitamin B2 (riboflavin), asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin 12 (sianokobalamin).
Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin – yang mana Vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. Ianya perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.
Kadar Vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12
di dalam badan. Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup.
Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2,87 dan 8.05mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon. Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan
reaksi pembentukan radikal bebas.
Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel.
Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut. Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon (unsur antioksidan) iaitu daidzein,glisitein dan genistien.
Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi soflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain.
Penelitian yang dilakukan di University North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan kanser payudara.  Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner
akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis.
Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan. Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak. Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein,serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium.
Satu ujikaji rambang yang dijalankan mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan. Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi,budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik.
Kandungan serat didalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari jumlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Reserach.
Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada tempe (Farmasi Anis: tempe atau budu?) lebih mudah untuk dicernakan. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan.
Budu umpama seteguk air multivitamin yang menyumbang kepada pelbagai keperluan untuk tubuh badan.
Wallahu a’lam… Read more...

Workaholic- Bagi lelaki yang menjadikan pekerjaan adalah keutamaan di dalam kehidupan, mereka pasti akan menganggap hubungan adalah halangan kerana perlu memperuntukkan masa atau tenaga terhadap pasangan. Berkemungkinan juga mereka telah menetapkan bahawa tujuan bekerja adalah untuk mereka sendiri. Selain daripada itu, ada sesetengah lelaki juga telah menetapkan beberapa matlamat yang hendak dicapai didalam kehidupan mereka. Soal hubungan, mereka akan ketepikan untuk sementara kerana ingin memberi seratus peratus fokus mengejar matlamat yang diimpikan. Ini yang membuatkan mereka untuk memilih kehidupan bersendirian buat sementara waktu.
Kaki party- Pada kebiasaannya, lelaki yang suka untuk berfoya-foya lebih gemar untuk single berbanding mempunyai hubungan. Ini adalah untuk mengelakkan mereka daripada terikat dengan mana-mana wanita. Berkemungkinan juga mereka telah menetapkan satu peringkat umur untuk mereka menjalinkan hubungan yang betul-betul serius. Sebelum sampai ke peringkat umur yang telah ditetapkan, mereka lebih gembira untuk menghabiskan masa bersama rakan-rakan sebelum memberi komitmen terhadap perhubungan.
Lelaki yang pemalu- Seorang lelaki yang pemalu juga akan sukar untuk mendapat pasangan. Ini adalah kerana untuk mengenali seseorang wanita perlu dimulakan dengan perbualan. Sekiranya seseorang lelaki takut untuk berbual dengan wanita, agak mustahil untuk mereka mengenali wanita itu dengan lebih rapat. Lelaki seharusnya lebih yakin untuk berbual dengan wanita. Jika sikap malu ini terus membelenggu diri, pasti lelaki ini akan terus single. Anda perlu bijak untuk mengeluarkan diri daripada sifat malu ini. Sifat malu juga adalah penting untuk menilai adab atau tingkahlaku seseorang, tetapi ia haruslah bertempat dan sesuai dengan keadaan.
Terlalu memilih- Adakah keutamaan sesuatu hubungan itu untuk mencari kesempurnaan atau saling melengkapi kelemahan masing-masing? Ia terpulang terhadap individu untuk membuat pilihan. Tetapi perlu diingatkan, untuk mencari sesuatu kesempurnaan itu adalah agak mustahil. Lelaki yang telah menetapkan terlalu banyak kriteria-kriteria yang perlu dipenuhi oleh seseorang wanita sebelum menjadi pasangan mereka agak sukar untuk mendapat pasangan. Ini adalah kerana mereka sendiri telah meletakkan terlalu banyak halangan untuk seseorang menjadi pasangan mereka.
Selesa dengan kehidupan sendirian- Ada juga sesetengah lelaki yang sengaja tidak mahu untuk mencari pasangan. Ini adalah kerana mereka berasa selesa terhadap kehidupan yang mereka lalui sekarang. Mungkin juga mereka hendak menikmati kehidupan secara bersendirian dahulu sebelum mereka berkongsi hidup bersama pasangan. Pada kebiasaannya lelaki seperti ini bijak untuk memilih pasangan yang mereka rasakan sesuai untuk mereka kerana mereka tidak gelojoh dalam memilih pasangan.
Read more...

(30 november 2011) Jawatan Kosong Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC)
Posted: 28 Nov 2011 06:02 AM PST
Jawatan Kerja Kosong Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC)
Kerja Kosong Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC)
The Securities Commission Malaysia (SC) is a statutory body set up to regulate and develop the Malaysian capital market. Our vision is to develop a quality, vibrant capital market for both issuers and investors. We seek talented and highly motivated professionals to join us in enhancing gate-keeping, supervision and enforcement within a strong regulatory framework. If you are an outstanding individual wanting a career that will allow you to develop and challenge your experience, skills and competence, the SC offers positions with genuine responsibilities, exceptional exposure and wide opportunities for career growth. Innovative, dedicated and dynamic Malaysians are invited to apply for the following positions:

1. AssistantManager/ Manager
2. Investment Management Supervision
3. Senior Manager
4. Investment Management Supervision
5. Assistant General Manager
6. Investment Management Supervision
7. Assistant Manager/Manager
8. Transaction Disclosures
9. Senior Manager
10. Prosecution & Civil Enforcement
11. Assistant General Manager
12. Prosecution & Civil Enforcement
13. Senior Executive
14. Property Valuation
15. Assistant Manager/Manager
16. Property Valuation

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN DAN PERMOHONAN ONLINE

Tarikh Tutup Permohonan:- 30 November 2011
(31 Disember 2011) Jawatan Kosong CIMB Bank Group
Posted: 28 Nov 2011 06:02 AM PST
Jawatan Kerja Kosong CIMB Bank Group
Kerja Kosong CIMB Bank Group
As the group continues to evolve and expand, so too does its spirit, adventure and opportunities for staff. The possibilities are endless.

1.Account Manager – Developer Relationship Management
2.Account Manager – Mortgage Sales Team
3.Business Relationship Manager
4.Call Centre Executive
5.Credit Card Advisor
6.Mobile Relationship Manager
7.Mortgage Advisor
8.Negotiator – Collection Officer
9.Personal Financial Consultant
10.Personal Loan Advisor (Awam-i)
11.Assistant Manager (Project Management Officer)
12.Assistant Manager / Executive
13.Assistant Manager / Manager / Senior Manager
14.Assistant Vice President / Assistant Manager
15.Assistant Vice President / Assistant Manager / Analyst
16.Associate Director
17.Clerk
18.Client Manager
19.Executive
20.Relationship Manager (Preferred)
21.Small Medium Enterprise (SME) Advisor
22.SME Relationship Manager
23.Team Sales Manager – Credit Card
24.Team Sales Manager – Mortgage
25.Team Sales Manager – Personal Loan Advisor
26.Team Sales Manager – SME

MUAT TURUN IKLAN & PERMOHONAN ONLINE

Tarikh Tutup Permohonan:- 31 Disember 2011
(30 Disember 2011) Jawatan Kosong Bank Islam
Posted: 28 Nov 2011 06:02 AM PST
Jawatan Kerja Kosong Bank Islam
Kerja Kosong Bank Islam
Bank Islam Malaysia Berhad aims to play a meaningful role in fostering economic development and social progress in Malaysia. Employing over 3,500 people, Bank Islam hopes to contribute in the development of knowledge and expertise in Islamic banking and finance in Malaysia.A career with Bank Islam Malaysia Berhad is not only an opportunity to work with the Banking industry but also with an organisation that is totally committed to develop the country's

1.Branch Manager
2.Customer Service Officers & Operations Officers

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN

If you do not find any suitable positions in our current vacancy postings but would like to be considered for future openings, please email your application, along with a detailed resume stating your qualifications, work experience, current and expected salary to career@bankislam.com.my.

Please indicate the position at the email subject.

Tarikh Tutup Permohonan:- 30 Disember 2011
Read more...

Bersistematik-Pada kebiasaannya, orang yang bebas hutang adalah seorang yang bersistematik. Mereka peka terhadap aliran wang masuk dan keluar didalam kehidupan mereka.  Selain itu, mereka juga mengetahui setiap perbelanjaan yang mereka lakukan. Disebabkan perancangan yang bersistematik inilah akan membuatkan mereka lebih cenderung untuk tidak membeli apa yang mereka rasakan tidak mampu.
Sedar bahawa hutang adalah suatu yang membebankan pada masa hadapan- Ada sesetengah pendapat menyatakan bahawa hutang adalah suatu bentuk perhambaan yang diwajibkan pada masa akan datang. Dimana kita akhirnya mengorbankan pendapatan masa depan hanya untuk kepuasan sementara.  Ini secara tidak langsung akan menimbulkan lagi seribu satu kesulitan untuk menempuhi kehidupan akan datang.
Lebih praktikal- Seorang yang bebas hutang juga adalah merupakan seorang yang amat praktikal di dalam kehidupan mereka. Sebagai contoh, mengapa perlu membeli mesin basuh yang baru sedangkan mesin basuh yang lama masih boleh untuk dibaiki? Ini adalah salah satu contoh seorang yang menjalani kehidupan yang praktikal.
Berdikari- Seorang yang bersifat berdikari akan berusaha untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan dengan usaha sendiri. Mereka juga akan memastikan mereka hidup di dalam batas kemampuan, dan berusaha untuk menyimpan wang yang ada untuk kesenangan di kemudian hari tanpa menyusahkan orang lain.
Tidak boros- Sekiranya diperhatikan di keadaan sekeliling, lebih ramai yang berbelanja mengikut keinginan berbanding keperluan. Disebabkan faktor citarasa yang tidak bersesuaian dengan pendapatan mereka inilah, akan membuatkan mereka untuk terus berhutang.
Penyabar- Pada kebiasaannya, seorang yang lebih penyabar akan mampu untuk lebih berjimat. Ini adalah kerana mereka tidak membiarkan keinginan mereka untuk mempengaruhi perbelanjaan. Segala pembelian yang mereka lakukan dipertimbangkan dengan baik.
Tidak menggunakan kad kredit- Sekiranya anda seorang yang bersistematik, pastinya anda tidak akan mengalami kesukaran menggunakan kad kredit. Tetapi sekiranya anda seorang yang boros, sebelum memakai kad kredit, anda harus berfikir seribu kali.
Bertanggungjawab- Seorang yang bebas hutang juga adalah seorang yang bertanggungjawab. Mereka dikatakan bertanggungjawab adalah kerana persediaan mereka terhadap masa depan mereka sendiri. Sekiranya mengalami apa-apa kesulitan pada masa akan datang, mereka sudah ada perancangan yang sepatutnya.
Tidak materialistik- Mereka juga boleh dikatakan seorang yang tidak materialistik. Ini adalah kerana segala perbelanjaan yang dilakukan adalah berdasarkan kemampuan. Pada kebiasaanya, seorang yang lebih mementingkan jenama berbanding kemampuan adalah seorang yang materialistik dan suka menunjuk barangan yang mereka miliki.
Read more...




Untuk kehidupan bujang, membuat anggaran perbelanjaan adalah lebih mudah. Mereka lebih bijak untuk menguruskan wang yang bakal masuk dan mengesan perbelanjaan yang telah dilakukan. Ini kerana mereka hanya perlu memenuhi keinginan mereka sahaja. Tetapi merancang untuk keluarga adalah lebih sukar. Ianya disebabkan oleh pertambahan jumlah orang yang perlu diuruskan. Pada kebiasaannya, keluarga mempunyai beberapa punca sumber pendapatan terutama daripada suami atau isteri. Dan sekiranya salah seorang daripada pasangan ada yang boros, akan timbulnya kekeliruan atau kesukaran untuk merancang perbelanjaan keluarga. Ini merupakan salah satu punca utama yang menyebabkan perancangan perbelanjaan keluarga tidak berhasil. Walaubagaimanapun, mempunyai perancangan perbelanjaan dan berjaya mengikut perancangan yang telah ditetapkan adalah amat penting untuk mengukuhkan kewangan jangka masa panjang sesebuah keluarga itu. Merancang perbelanjaan keluarga mungkin agak sukar, tetapi ianya bukanlah satu perkara yang mustahi. Di bawah adalah 7 langkah yang mungkin dapat membantu anda untuk membuat perancangan yang lebih baik.
Catatkan jumlah sebenar pendapatan. Sekiranya pendapatan tidak konsisten untuk setiap bulan, dapatkan purata pendapatan untuk sebulan. Perancangan haruslah berdasarkan pendapatan purata dan bukannya pendapatan semasa.
Jejak semua perbelanjaan setiap hari untuk sumber rujukan anda pada hujung bulan. Simpan semua resit perbelanjaan yang telah dilakukan untuk memudahkan anda mengesan aliran wang keluar yang telah dilakukan.
Catat jumlah perbelanjaan yang wajib dibayar oleh anda setiap bulan. Ianya adalah seperti bayaran kereta, rumah, bil api/air dan lain-lain. Asingkan perbelanjaan yang wajib dibayar terlebih dahulu untuk mengelakkan anda terguna untuk kegunaan lain.
Untuk melakukan perancangan perbelanjaan yang lebih tepat, dapatkan pandangan daripada ahli keluarga mengenai keperluan mereka. Setiap orang di dalam ahli keluarga pasti mempunyai keperluan yang berlainan. Berbincang dan berusaha untuk mencari jalan terbaik untuk mengurangkan perbelanjaan yang dirasakan tidak perlu.
Setiap orang didalam ahli keluarga juga perlu diasuh untuk belajar berjimat. Ini kerana masing-masing mempunyai peranan  untuk membantu terhadap kejayaan sesebuah perancangan perbelanjaan yang telah dilakukan. Sebagai contoh, asuh anak untuk lebih berjimat terhadap penggunaan tenaga elektrik, air dan sebagainya.
Anggarkan berapa banyak yang keluarga anda mampu jimat untuk perbelanjaan rutin. Berkemungkinan ada sesetengah perbelanjaan rutin tidaklah terlalu penting dan ia seharusnya dikeluarkan daripada senarai perbelanjaan. Anda perlu lebih bijak untuk membezakan antara barangan keperluan atau keinginan.
Sekiranya anda masih menglami kesukaran untuk membuat simpanan, ulang langkah ini semula dan lakukan perancangan yang lebih terperinci. Cuba ubah strategi yang anda lakukan sebelum ini tetapi objektifnya tetap sama.
Read more...


KUANTAN – Memalukan. Itulah perkataan yang sesuai menggambarkan perbuatan tidak senonoh dua individu dipercayai sepasang kekasih apabila tanpa segan silu melakukan maksiat dalam kereta yang diletakkan di tempat letak kereta belakang lorong kedai, Jalan Datuk Lim Hoe Lek di sini, petang semalam.
Perbuatan terkutuk pasangan berusia dalam lingkungan 20-an itu sempat dirakam orang awam kebetu-lan berada di kawasan itu.
Lebih memalukan, pasangan wanita yang melakukan adegan itu nampak sopan dengan bertudung dan berbaju kurung.
Orang awam dikenali sebagai Fook berkata, adegan memalukan dalam kereta jenis Proton Saga itu berlaku kira-kira 20 minit.
Menurutnya, dia kebetu-lan di pejabat berhampiran kawasan itu ternampak kelibat mencurigakan pasangan terbabit sebelum keluar meninjau kerana bimbang berlaku kejadian jenayah di situ.
“Selepas mengamati barulah saya tahu peristiwa sebenar di mana pasangan kekasih itu sedang asyik bermadu asmara di tempat terbuka tanpa segan silu,” katanya.
Fook berkata, tidak lama kemudian dia ternampak kereta itu beredar namun masih berlegar di kawasan terbabit sebelum meninggalkan kawasan itu.
Sementara itu, seorang pekerja swasta di kawasan berkenaan yang mahu dikenali sebagai Rahman berkata, lorong belakang yang agak tersorok dan jarang dilalui kenderaan memberi kesempatan kepada pasangan gelojoh nafsu seperti itu melakukan aksi terlarang.
Dia berkata, beberapa rakannya pernah menceritakan terserempak dengan pasangan kekasih yang sedang memadu asmara dalam kereta seperti mana aksi yang dirakamkan itu.
“Kalau boleh, pihak berkuasa agama turut memberi tumpuan dan membuat rondaan di kawasan lorong belakang bagi membendung gejala negatif ini.
“Mungkin pasangan kekasih seperti itu berani melakukan maksiat kerana mereka tahu kawasan itu ‘selamat’ dan tersorok,” katanya. Read more...

Pelajar Sekolah Jual Tubuh Cuma RM10
Hanya RM10, dapatlah..
KOTA KINABALU: Hanya RM10. Itu bayaran dikenakan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang masih bersekolah kepada rakan sekelas yang mahu mengadakan hubungan seks dengannya.
Remaja berkenaan juga tidak kisah melakukan perbuatan terkutuk itu pada siang hari di hotel murah pilihannya dan lebih memeranjatkan sudah melakukannya sejak berusia 15 tahun lagi.
Dalam pertemuan dengan wartawan Harian Metro, pelajar itu yang hanya mahu dikenali sebagai Lina berkata, dia mula membabitkan diri dengan kegiatan tidak bermoral itu selepas dipengaruhi beberapa rakan wanita lebih tua yang dikenalinya ketika melepak di kompleks beli-belah di bandar raya ini.
“Ketika itu, saya memerlukan wang untuk membeli pakaian berjenama selain mendapatkan peralatan sekolah lebih lengkap, sedangkan keluarga tidak mampu menyediakannya termasuk buku latihan disebabkan faktor kemiskinan,” katanya.
Lina berkata, selepas menceritakan masalah kewangan dihadapinya, seorang rakan mempengaruhi supaya melakukan pekerjaan itu kerana boleh memperoleh wang dengan mudah.
“Pada mulanya, saya pelik dengan pekerjaan ditawarkan kerana dibawa ke sebuah bilik hotel dengan alasan untuk ‘ditemu duga’ sebelum didatangi seorang lelaki berusia sekitar 30-an.
“Sebelum berbual, saya melihat lelaki berkenaan menyediakan segelas air sebelum memasukkan sejenis pil lalu mengarahkan saya meminumnya dengan alasan untuk menghilangkan perasaan takut dan gemuruh,” katanya.
Katanya, selepas beberapa minit meneguk air berkenaan, dia berasa ghairah sebelum lelaki berkenaan mengarahkannya berbaring.
“Saya hanya tersedar beberapa jam selepas itu dalam keadaan tidak berpakaian. Pada masa itu, saya hanya mampu menangis, namun ditenangkan rakan itu sambil menunjukkan sejumlah wang untuk saya,” katanya.
Lina berkata, selepas kejadian itu, dia semakin ketagih untuk melakukan hubungan seks dan mula menawarkan diri kepada rakan lelaki yang dikenali saja.
“Selepas kejadian itu, saya sering mengulangi perbuatan sama terutama selepas waktu sekolah hingga mampu hidup senang.
“Bagaimanapun, disebabkan terlalu kerap melakukan hubungan seks dengan pelbagai lelaki, saya mengalami jangkitan kuman pada kemaluan,” katanya.
Menurutnya, keadaan itu menyebabkan dia berhenti daripada kegiatan itu dan akhirnya menyesal dengan apa dilakukannya.
“Mungkin itu balasan atas perbuatan saya kerana mahu mencari wang dengan mudah. Mujur saya tidak mengandung, jika tidak pasti nasib lebih buruk,” katanya. Read more...

Mumbai: Kebanyakan orang semasa makan biasaanya diselangi dengan minum kononnya untuk membantu makanan mudah tertelan ke dalam tenggorok atau kerana haus. Sesungguhnya perlakuan ini tidak baik bagi tubuh kerana minum semasa makan menyebabkan gangguan proses pencernaan perut.
Berdasarkan sebuah kajian, amalam makan sambil minum itu juga menyebabkan peningkatan insulin yang dapat mengikat lebih banyak lemak di dalam tubuh.
Mr Shonali Sabherwal, ahli makrobiotik dari India, mengatakan, “kebanyakan orang minum sambil makan. Teorinya adalah bahawa hal itu membuat makanan turun lebih cepat. Sebenarnya mereka tidak tahu tabiat itu amat buruk bagi tubuh dan sistem pencernaan mereka.”

Perut memiliki kemampuan untuk tahu bila akan makan dengan menghantar isyarat lapar ke otak lalu segera melepaskan cairan pencernaan. Jika kita makan lalu minum air pada masa yang sama, air itu telah mengikis cairan pencernaan yang telah dilepaskan untuk mencerna makanan. Akhirnya ia akan menghalang kerja sistem pencernaan. Air yang diminum semasa makan akan diserap oleh dinding perut. Penyerapan ini akan terus terjadi sehingga cairan pencernaan tertumpu untuk memulakan mencerna makanan.
Oleh sebab cairan penghadaman telah bercampur dengan air, kepekatan bahan kini menjadi lebih tebal daripada kandungan makanan dalam perut. Ia menyebabkan cecair gastrik yang kurang dirembeskan untuk mencerna makanan. Hasilnya, makanan tidak dicerna akan masuk ke dalam sistem kerana diserap oleh dinding perut. Ini akan menyebabkan refluks asid dan membakar jantung (haba sensasi di dada), “kata Shonali.
Minum semasa makan juga boleh membawa kepada meningkatkan tahap insulin. Lebih banyak insulin dilepaskan dalam aliran darah, badan yang lebih cenderung untuk menyimpan lemak.
Untuk mengelakkan banyak minum semasa makan, Shonali memberi beberapa nasihat, antara lain, jangan makan makanan yang terlalu masin atau boleh menyebabkan dahaga dan boleh membuat anda makan banyak, dan cubalah makan secara perlahan-lahan.
Read more...

ALLAH SWT berfirman (maksudnya), “Sesungguhnya bilangan bulan di sisi ALLAH adalah 12 bulan sebagaimana ketetapan ALLAH ketika DIA menciptakan langit dan bumi. Di antaranya ada empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu.” (Surah at-Taubah, 9: 36)
Nabi SAW bersabda, “Waktu itu telah berputar sebagaimana biasa sejak ALLAH menciptakan langit dan bumi. Satu tahun ada 12 bulan, di antaranya empat bulan haram. tiga bulan berturut-turut, iaitu Zulkaedah, Zulhijah, Muharam, dan satu lagi ialah Rejab yang terletak di antara Jamadilakhir dan Syaaban.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Muharam ialah bulan yang mulia dan ia memiliki keutamaannya tersendiri. Nabi SAW menyatakan Muharam ialah bulan ALLAH, dan puasa yang paling afdal setelah Ramadan ialah puasa dalam Muharam.
Kata Nabi SAW, “Puasa yang paling afdal setelah puasa Ramadan ialah puasa di bulan ALLAH, al-Muharam. Solat yang paling afdal setelah solat yang difardukan adalah solat pada malam hari.” (Hadis Riwayat Muslim)
Dalil-dalil ini semuanya menunjukkan kemuliaan di bulan haram, terutamanya Muharam. Selain itu, di dalamnya turut ditegaskan lagi akan larangan menganiaya diri. Ini menunjukkan perbuatan maksiat di bulan haram lebih diharamkan lagi berbanding bulan-bulan selainnya. Sebaliknya, amalan soleh pula akan diberikan ganjaran yang besar.
Hikmah bulan haram
Di antara hikmah dijadikan empat bulan haram di mana tiga bulan secara berturut-turut dan satu bulan lagi dengan menyendiri adalah bagi memberi ketenangan kepada umat Islam yang melaksanakan ibadah haji. Iaitu Zulkaedah merupakan satu bulan pertama sebelum bermulanya bulan haji. Seterusnya bulan Zulhijah di mana umat Islam disibukkan dengan ibadah haji dan melaksanakan manasiknya. Kemudian dijadikan bulan yang seterusnya juga sebagai bulan haram, iaitu Muharam supaya pada bulan tersebut mereka dapat kembali ke wilayah atau negara mereka masing-masing yang saling berjauhan secara aman.
Manakala Rejab yang berada di pertengahan tahun pula adalah supaya pada bulan tersebut umat Islam di sekitar Jazirah Arab dapat mengunjungi Kaabah dan melaksanakan umrah dengan aman. (Lihat: Tafsir Ibnu Katsir, 4/148)
Ini adalah kerana dalam bulan-bulan haram, umat Islam diharamkan untuk berperang melainkan sekiranya umat Islam lebih dahulu diserang atau diperangi. Pada ketika umat Islam lebih dahulu diserang, mereka dibolehkan untuk mempertahankan diri serta membuat serangan balas.
Amalan sunnah Muharam
Di antara amalan sunnah yang disebutkan secara khusus pada Muharam adalah berpuasa sunnah.
Sebagaimana disebutkan dalam hadis di atas, puasa yang paling afdal setelah puasa Ramadan adalah puasa Muharam. Maksud puasa dalam hadis tersebut adalah puasa sunnah secara umum. Memperbanyakkan amalan puasa sunnah dalam bulan ini (Muharam) terutamanya pada hari ke-10 Muharam adalah termasuk sunnah-sunnah yang sangat dianjurkan.
‘Abdullah B ‘Abbas r.a berkata, “Nabi tiba di Madinah dan beliau mendapati orang-orang Yahudi sedang berpuasa ‘Asyura (hari ke-10 Muharam).” Nabi bertanya, “Puasa apakah ini?”
Orang-orang menjawab, “Hari ini adalah hari yang baik, iaitu hari di mana ALLAH telah menyelamatkan bani Israel daripada kejahatan musuhnya, maka Musa pun berpuasa sebagai tanda syukur beliau kepada ALLAH dan kami pun turut serta berpuasa.
” Nabi SAW pun berkata, “Kami lebih berhak terhadap Musa daripada kamu semua.” Akhirnya Nabi pun berpuasa dan memerintahkan umat Islam untuk berpuasa.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Sejarah penetapan puasa ‘Asyura mengalami beberapa fasa. Pada awalnya, ketika di Makkah Nabi berpuasa ‘Asyura tanpa memerintah orang lain untuk berpuasa. Kemudian apabila sampai di Madinah, beliau tetap terus berpuasa di hari Asyura dan memerintahkan umat Islam agar turut berpuasa.
Tetapi setelah perintah kewajiban berpuasa Ramadan turun, puasa pada hari Asyura menjadi sunnah dan tidak diwajibkan. Rasulullah mengatakan, “Sesiapa yang hendak berpuasa (pada hari Asyura), silakan berpuasa, bagi yang tidak berpuasa, juga tidak mengapa.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Kemudian ketika di penghujung hayatnya, Rasulullah SAW bertekad untuk tidak hanya berpuasa pada hari Asyura (hari ke-10) Muharam, tetapi juga bertekad untuk puasa pada hari yang ke-9.
Ibnu ‘Abbas r.a berkata, “Ketika Nabi sedang berpuasa pada hari Asyura dan memerintahkan para sahabatnya untuk turut berpuasa, para sahabat berkata, “Wahai Rasulullah, hari Asyura adalah hari yang diagungkan oleh Yahudi dan Nashara.”
Maka Rasulullah SAW berkata, “Jika begitu, tahun depan insya-ALLAH kita puasa sekali pada hari yang ke sembilannya.” Ibnu ‘Abbas berkata, “Tetapi belum sempat sampai tahun depan, beliau telah wafat terlebih dahulu.” (Hadis Riwayat Muslim)
Dari hadis ini, umat Islam tidak hanya disunnahkan agar berpuasa di hari ke-10 Muharam atau dikenali sebagai hari Asyura, tetapi juga turut disunnahkan agar berpuasa pada hari ke sembilan Muharam.
Rasulullah mengisyaratkan tentang kelebihan puasa ‘Asyura sebagaimana sabdanya, “Adapun puasa di hari Asyura, aku memohon kepada ALLAH agar ia dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu.” (Hadis Riwayat Muslim) Read more...

Inilah beberapa jenis makanan yang seharusnya terdapat dalam senarai menu harian bagi kaum lelaki. Jenis makanan yang tersenarai ini sudah dalam kajian para pakar pemakanan dan dipercayai dan terbukti memiliki khasiat yang sangat diperlukan oleh kaum lelaki kerana makanan ini mampu meningkatkan potensi tenaga  kelelakian : 


Pisang
Pisang adalah makanan terbaik untuk seks. Pisang mengandungi sumber yang kaya dengan vitamin B, mengubah karbohidrat menjadi energi, yang mampu membantu bertahan lebih lama di ranjang. Buah ini juga membantu tubuh  untuk memproduksi hormon seks seperti testosteron. Sebelum aksi, lebih baik makan beberapa biji pisang.
 
Makanan pedas
Jenis makanan pedas mampu bertindak untuk memanaskan suasana diranjang. Serbuk lada, cili merah, dan halia membantu menaikkan sirkulasi atau peredaran darah.
Makanan Laut [Seafood]
Ikan dan tiram mengandungi ubat kuat untuk seks. Ikan kaya akan Omega 3 dimana asid lemak berfungsi mengaktifkan metabolisme tubuh. Ikan juga merangsang sistem hormon dopamin [terdapat dalam serum darah] yang memberi kesegaran sistem otak dan kaya akan vitamin B untuk kesuburan. Sedangkan tiram pula mengandungi zink yang menyihatkan kelenjar prostat serta merangsang produksi testosteron bagi lelaki.
 
Coklat hitam
Coklat hitam mengandungi zat kimia yang disebut phenethylamine yang dapat melahirkan perasaan rileks, senang dan mabuk kepayang. Makanan manis ini juga mampu meningkatkan suasana hati, meredakan stres yang disebabkan serotonin dan merangsang keinginan untuk melakukan hubungan jasmani dan menurunkan perasaan menahan diri.
Minyak zaitun
Minyak zaitun membantu tubuh memproduksi hormon testosteron. Kurangnya hormon ini boleh menyebabkan kurangnya perasaan ghairah dan kenikmatan seksual, serta ketidakmampuan untuk mencapai orgasme.
Selamat mencuba dan mengamalkannya.
Read more...

Jangkitan virus influenza, ada kalanya dikenali sebagai "flu", sangat mudah berlaku dan menyebabkan gejala umum seperti demam, sakit kepala dan sengal otot, serta hidung tersumbat, sakit tekak, hidung berair dan batuk. Pada masa dahulu, masyarakat di negara tropika dan subtropika menganggap influenza hanya berlaku di negara barat yang beriklim lebih sejuk.

Bagaimanapun, sistem pemantauan influenza di Malaysia dan negara jiran sentiasa menunjukkan bahawa influenza adalah punca utama penyakit di kalangan kanak-kanak. Sejak virus influenza yang biasanya terdapat dalam burung (A/H5N1) menjangkiti manusia di Asia Timur pada 1997, kerajaan telah menambah baik dan meluaskan pemantauan. Selain mengenal pasti virus jenis baru yang boleh menyebabkan wabak global yang serius, sistem pemantauan ini memberi maklumat yang berharga tentang siapa yang mendapat influenza dan bila jangkitan paling banyak berlaku. Di Malaysia, jangkitan influenza berlaku sepanjang tahun dan memuncak antara Mei-Jun dan Ogos-September. Pengetahuan ini boleh membantu pihak berkuasa kesihatan dan doktor anda membuat keputusan yang lebih baik untuk mencegah influenza menerusi pemvaksinan dan untuk merawat jangkitan influenza di kalangan kanak-kanak yang lebih berisiko mengalami komplikasi serius.

Kita perlu mengubah tanggapan umum bahawa influenza bukan penyakit biasa dan bukan pula penyakit teruk. Virus influenza sentiasa tersebar di seluruh dunia, menyebabkan berjuta-juta orang jatuh sakit dan kerugian ekonomi yang sangat besar, terutamanya dari segi kehilangan hari kerja dan sekolah, dan berjuta-juta kunjungan ke klinik. Dalam selang waktu yang tidak dapat diramalkan, virus influenza jenis baru boleh muncul, menyebabkan kebanyakan orang tidak mempunyai pelalaian untuk melindungi diri daripada ancamannya. Ini boleh mengakibatkan wabak global, seperti yang berlaku pada 2009 apabila virus influenza H1N1 muncul. Setakat Ogos 2010, lebih 214 negara telah diserang wabak H1N1, dengan lebih 18,449 kematian dilaporkan. Di Malaysia sahaja, sehingga bulan Mei 2010, sebanyak 14,772 kes H1N1 disahkan dengan 87 kematian dilaporkan.

Amalan menjaga kebersihan seperti membasuh tangan dengan kerap, menutup mulut apabila bersin dan batuk, dan tidak keluar rumah apabila merasa tidak sihat, boleh membantu mengurang penyebaran influenza. Bagaimanapun, pada hakikatnya, tabiat ini sukar diamalkan, lebih-lebih lagi di kalangan kanak-kanak dan dalam keadaan sesak. Cara paling berkesan untuk mencegah jangkitan influenza ialah dengan pemvaksinan tahunan.

Tempias bersin

Sebab utama influenza sangat mudah berjangkit ialah kerana ia boleh tersebar daripada seorang kepada seorang menerusi tempias daripada mulut apabila seseorang yang dijangkiti batuk, bersin ataupun bercakap. Tempias virus dalam udara boleh menjangkiti orang yang menyedut udara ini. Virus influenza boleh juga tersebar apabila seseorang menyentuh permukaan atau objek yang tercemar.

Anda boleh menyebarkan influenza sebelum anda sendiri menyedari anda dijangkiti, kerana manusia boleh menjangkitkan virus ini kepada orang lain bermula satu hari sebelum penyakit ini menunjukkan gejalanya. Orang yang dijangkiti boleh terus menjangkitkan virus ini kepada orang lain sehingga 5 hari selepas mereka jatuh sakit, iaitu apabila mereka mula menunjukkan gejala penyakit. Kanak-kanak yang dijangkiti influenza selalunya mengalami gejala gastrousus seperti loya, muntah dan juga cirit-birit.

Menjauhkan masalah

Jika dibiarkan dan tidak dikawal, virus influenza sering menyebabkan wabak di rumah, sekolah dan dalam masyarakat. Pemvaksinan adalah langkah paling penting yang anda boleh ambil untuk mencegah jangkitan influenza. Disebabkan virus sentiasa berubah, vaksin influenza sentiasa dikemas kini untuk memastikan perlindungan daripada jenis virus yang sedang tersebar. Terdapat juga virus jenis utara dan jenis selatan, merujuk kepada wabak yang berlaku semasa musim sejuk di kedua-dua hemisfera. Inilah juga sebabnya kita perlu mengambil vaksin influenza setiap tahun. Vaksin influenza paling baru bagi 2010-2011 melindungi kita daripada tiga jenis virus – influenza A (H3N2 dan H1N1) dan influenza B – jenis yang paling biasa tersebar.

Tahukah anda bahawa jangkitan influenza juga boleh menyebabkan komplikasi perubatan yang serius? Read more...

Hadith:

RASULULLAH saw bersabda bermaksud: "Janganlah ada diantara kamu yang bercita-cita hendak mati. Sekiranya ia seorang yang baik mudah mudahan ia dapat menambahkan lagi kebaikan, dan sekiranya ia seorang yang jahat mudah mudahan ia dapat bertaubat kepada Allah."

Riwayat: Riwayat Hadith Al-Bukhari dan Muslim

Huraian Hadith:

1. Haram hukumnya bagi seseorang muslim bercita cita dan berdoa untuk mati apabila hidup didalam kesengsaraan dan menderita.

2. Setiap mukmin yang panjang umurnya mempunyai banyak peluang untuk ia beramal ibadat kepada Allah sebagai bekalan di akhirat nanti.

3. Islam tidak membenarkan umatnya bercita cita untuk mati, tetapi menggalakkan umatnya supaya bercita cita untuk menambahkan ilmu pengetahuan demi kemajuan ummah. Read more...

Isteri pelakon Que haidar, Linda Jasmine, disahkan 95% oleh doktor bakal menimang bayi perempuan pada Mei 2012. Linda yang sedang hamil empat bulan itu begitu teruja apabila mendengar berita tersebut memandangkan dia memang inginkan anak perempuan selepas kelahiran bayi kedua, Tengku Ratu Haidar, 2 tahun.

Sebelum ini, Linda melahirkan Ratu secara pembedahan dan dia akui alahan dengan ubat tahan sakit. Selepas dua tahun Ratu lahir, mereka memang mahu merancang untuk mempunyai anak lagi. Linda begitu nampak gembira sekali dan bersyukur kerana hamil lagi. Lagipun usia saya semakin meningkat. Read more...

Tahniah kepada Along Raja Lawak dan juga isterinya Zila Seron kerana Zila telah selamat melahirkan anak sulung mereka pada 12 November yang lalu. Nama anak adalah, Ahmad Danial. Ahmad Danial dilahirkan di Hospital An-Nur, Bangi Selangor pada jam 2.04 petang dan kelihatan sihat dengan berat badan 2.52 kilogram. Sekarang Zila yang masih dalam waktu berpantang bersama bayi mereka di kediaman orang tuanya di Johor.

Read more...

Permohonan Kemasukan ke UPU Sesi Akademik 2012/2013. Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar atau lebih dikenali sebagai Unit Pusat Universiti (UPU) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah mengumumkan bahawa permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA, Politeknik, TEVT, ILKA) bagi sesi akademik 2012/2013 adalah seperti berikut :IPTA, Politeknik, TEVT, ILKA
  1. Program Pengajian Lepasan SPM dan setaraf
  2. Program Pengajian Lepasan SKM dan Sekolah Menengah
  3. Program Pengajian Lepasan STPM 2011 dan STAM 2010/2011
  4. Program Pengajian Lepasan Matrikulasi dan Asasi Sesi 2011/2012
  5. Program Pengajian Lepasan Diploma dan setaraf serta STPM/ Matrikulasi/ Asasi 2010 dan sebelumnya

PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM DAN SETARAF

Bagi lepasan SPM terbahagi kepada dua iaitu :
  1. Permohonan kemasukan ke IPTA dan Politeknik Premier bagi program pengajian peringkat Diploma dan Asasi Sesi Akademik 2012/2013 atau Ambilan Julai 2012
  2. Permohonan kemasukan ke Institusi Pendidikan Teknikal & Latihan Vokasional (TEVT) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dan Politeknik bagi program peringkat Sijil dan Diploma Ambilan Julai 2012.
Read more...


Aksi nekad para selebriti dunia adalah hal yang biasa, apalagi untuk mengangkat populariti mereka. Apalagi dengan memperlihatkan bahagian tubuh mereka yang sangat vital dan sensitif di depan umum dan di tonton oleh juta penonton TV di seluruh dunia. Festival Film seperti Academy Award, Festival Film cannes Perancis, MTV music award mereka jadikan sebagai medan mencari perhatian dan populariti, yang rata-rata disorot dari segi penampilan mereka. Dalam Festival Film Cannes Perancis artis Yasmine Latiffe memperlihatkan hal tersebut datang dengan busana baju terusan dengan belahan bahagian rok sampai ke selangkangan, bahkan yang unik dan vulgar adalah memperlihatkan bahagian “itunya” secara jelas dan tidak ditutup-tutupi. Kalau dah bahagian itu di pamerkan kan lebih baik berbogel sahaja Read more...


KUALA LUMPUR – Penjaga gawang gol skuad Harimau Muda, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apex hari ini mencabar mana-mana pihak yang menyebarkan kandungan Blackberry Messenger (BBM) yang memburuk-burukkannya agar tampil membuktikan kebenaran mereka.
Apex yang dihubungi oleh sebuah lama blog hiburan terkenal, Oh! Bulan, lewat tengahari tadi berkata, memang benar beliau mengenali Shida Harmi, namun perkenalan dan hubungan antara mereka tidak lebih dari sekadar kawan biasa.
“Andai kata dakwaan tersebut adalah betul, sila tampil ke hadapan dan tunjukkan bukti kukuh,” tegas Khairul Fahmi.
“Saya memang mengenali Shida Harmi. Dia bukannya skandal seperti yang diperkatakan oleh orang lain, sebaliknya dia hanya kawan biasa.
“Saya mengenali Shida sekitar awal tahun ini, kalau tak silap bulan March. Ketika itu, saya masih belum bertunang lagi. Gambar itu pula diambil semasa kami karaoke,” jelas Apex panjang lebar kepada blog hiburan tersebut.


Apex melahirkan rasa kesalnya dengan cubaan pihak-pihak tertentu yang cuba mencalarkan reputasinya ketika dirinya cuba memberikan fokus 100 peratus terhadap latihan dan perlawanan skuad bimbingan Ong Kim Swee itu yang akan datang.
“Saya kesal apabila diri ini kerap dikaitkan dengan pelbagai kontroversi yang tidak henti-henti. Sesetengah orang di luar sana tidak henti-henti mencari kesalahan saya.
“Kalau cerita seperti ini keluar, memang tak menang tangan saya nak jawab panggilan telefon. Apa pun, saya perlu fokus kepada perlawanan akan datang. Game makin dekat ni!,” tegasnya.
Selain itu, beliau turut hairan tentang bagaimana gambar-gambar tersebut boleh jatuh ke tangan media dan yakin bahawa ia bukanlah dihantar oleh Shida Harmi sendiri.
“Saya tak pasti macam mana gambar ini boleh sampai ke pihak media. Tapi, saya tak rasa Shida sengaja buat macam ni, nak syak sesiapa pun tak boleh. Saya perlu hubungi dia terlebih dahulu sebab nak siasat dengan lebih jelas,” katanya lagi kepada laman web yang sama.
Walaupun dihimpit pelbagai kontroversi yang tidak enak didengar, Apex tetap menjanjikan persembahan yang terbaik di setiap perlawanan agar semangat Harimau Muda sentiasa tersemat di kalangan peminat bola sepak tanahair. Read more...

Guablog.com

Related Posts with Thumbnails