Teringat aku masa zaman sekolah dulu, setiap hari selain hari Khamis dan Sabtu, pasti ada kuliah Maghrib. Bila ingat-ingat balik, banyak ilmu aku terlepas, rugi eh.
Konfom aktiviti harian tu ada yang tidur, ada yang bercerita, ada yang khusyuk memandang ke depan, tapi akal fikiran entah ke mana, namun ada juga yang betul-betul dengar pengisian yang disampaikan. Aku? Semua pernah rasa, haha.
Satu hari, ustaz tu bagi tazkirah macam biasalah, dia punya cerita masuk sana masuk sini, lepas tu dia cakap, semua ilmu ada dalam Al-Quran. Lebih kurang ilmu buat nasi goreng, tukar bodykit kereta, macam mana nak kembang biak ayam dalam farmville, semua ada dalam Al-Quran.
Semua yang tadi bercerita, yang ayat-ayat gadis di belakang, malah yang tidur sambil kepala cecah lantai pun terus terbangun dan khusyuk nak tahu apa maksud ustaz tu. Sampai tidak sedar air liur basi masih meleleh. Ok, metafora melampau, ahakz.
Diam, sepi, menanti ayat mana yang menerangkan benda tu semua. Mana tahu kalau keluar soalan exam, senang nak menjawab. Lalu ustaz tu membuka mulut, membuka bicara.
“Kamu cari sendiri, esok ustaz nak dengar jawapan kamu semua dulu.”
“Alaaaaaaaa.” (Baca dalam 5 harkat yang bernada kecewa)
******************************
Khatam Al-Quran, time budak-budak, siapa sudah khatam, bangga woo. “Kau sudah khatam?” “Kau belum khatam kan?”. Memang sadislah kalau kena tanya macam ni. Jalan selamat, senang jak.
“Sudah khatam, masa majlis khatam al-quran beramai-ramai di sekolah.” Sambil tersenyum bangga menjawab. Padahal surah Al-Ikhlas jak di baca, ish3x~
Sekarang ni, konfom ada yang cakap “Dah banyak kali khatam dah”, clap clap, syabas bete.
Ada korang khatam dengan maknanya? “Untuk? Perlukah? Rasanya dengan baca Al-Quran, aura dia pun terasa woo.”
Sah, pengaruh lagu korea, yang korang boleh feel, tapi makna pun langsung tak tahu.
Paling-paling kurang, bagi makna, tampal dekat blog, atau post-post di fb, menunjukkan betapa mereka seolah-olah menitikberatkan Al-Quran.
Makna di sini bukan bermaksud tafsir, tapi membaca makna ini adalah bermaksud membaca terjemahannya.
Memang membaca Al-Quran itu sunat, tetapi adakah cukup sekadar membaca sahaja? Cuba kita renung kembali, mengapa Al-Quran diturunkan? Adakah sekadar untuk dibaca tanpa memahami? Sudah tentu tidakkan? Kerana ada sesuatu yang hendak disampaikan.
Jadi, kesimpulannya, berapa banyak korang baca Al-Quran, berapa kerat yang khatam makna?
******************************
Banyak ahli sains non-muslim yang cuba memahami makna Al-Quran dan mengkajinya, terus memeluk islam. Banyak mereka yang mencari kebenaran dengan membaca makna Al-Quran terus jatuh cinta dengan Islam.
Kenapa banyak kes murtad yang berlaku? Sebab kebanyakkannya tidak membaca Al-Quran. Tapi ada kes yang membaca Al-Quran malah khatam lagi namun masih murtad? Adakah mereka membaca makna dan memikirkan kehendak dalam Al-Quran? Wallahualam.
Soal hidayah, ditanganNya, tetapi kita perlu usahakan mencari kan?
******************************
Baginda Nabi Muhammad s.a.w bersabda : “Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.”
Gulp, pesanan untuk aku juga, terasa seram buat post ini. Aku pun baru jak start nak baca makna ni, selama ni khatam bacaan jak, tanpa memahaminya langsung. Ilmu Allah itu luas, dan asasnya telah tercatat dalam Al-Quran.
Ha, nak tahu apa ayat tu?
“Bertanyalah kepada orang yang mengetahui jika kamu tidak mengetahui” (Surah al-Nahl : 43)
Kalau nak tahu cara buat nasi goreng, tukar bodykit kereta, nak biak ayam farmville, pergilah tanya mereka yang tahu. Itu baru secebis ilmu Al-Quran, jom, yang belum ada terjemahan, kita pakat pergi beli.
Sama-samalah kita bermuhasabah diri dan saling berpesan-pesan.
Read more...