MelayuKuHebat....|Isu Terkini|Seks|Artis|Gossip|Bisnes|Ebook|

|Isu Terkini|Seks|Artis|Gossip|Macam2|Politik|Resepi|Islam|Internet|Bisnes|Ebook| Macam-macam ada... Memang Lain Dari Yang Lain..Penuh Kontroversi...



Penyakit pening kepala sering dialami oleh setiap dari kita . Sekarang ni, Anem rasa yang muda pun ramai dah mengalami sakit pening yang serius. Korang pun mesti pernah kena,kan? Melainkan korang memang jenis menjaga pemakanan, jenis cool bila berfikir dan mempunyai persekitaran yang sangat menenangkan, bak kata orang 'kau ni macam xde masalah !' - seumur hidup (ada ke?). Wallahualam. Tapi demam, hampir semua pernah mengalaminya, dan jika makin demam, tak boleh elak, memang akan pening sedikit. Jadi melalui Majalah Solusi yang pernah anem baca, Anem titipkan sedikit perkongsian untuk kalian.

Yang selalu pening tu, elok baca tau!

Sebab atau Punca Pening:

Demam atau selesema.[ menyerang seluruh kepala]
Radang hidung.[depan kepala, selalu waktu pagi]
Radang otak.[pening terus-menerus]
Penurunan penglihatan.[Pening depan kepala, sakit sebab letih]
Hipertensi.[Rasa sakit di bahagian belakang kepala]
Gangguan saraf.[Rasa sebahagian kepala, pada waktu pagi, rasa nak muntah]

Cara atau kaedah Merawat Pening kepala:

Mengikat Serban -
 Ia boleh mengatasi pening dan migrain. Cuma cara berbeza, ada yang mampu disejukkan dengan dikepalanya diletak kain yang dibasahkan samaada dengan ais , atau ada yang sembuh dengan dikepalanya diletak kain yang dibasahkan dengan air yang dipanaskan seperti tuam. Ada yang berehat atau kurang bercakap saja sudah sembuh.

Merawat dengan Inai
Sifatnya sejuk dan mudah kering. Inai yang ditumbuk halus dan dicampur luka dan dibalut di kepala. Boleh hilangkan rasa denyutan pening. Selain itu, boleh merawat luka terbakar/. Jika dikunyah pula, sesuai juga merawat pecah-pecah pada mulut bayi. Malah jika dibalut, sesuai merawat mata bisul.

Merawat dengan Berbekam-
 Rasulullah bersabda , "berbekamlah'-tatkala ada orang mengadu sakit kepala.

__________

Dalam Kitab as-shahih sewaktu menjelang wafat, Rasullullah mengaduh katanya, "Aduh, kepalaku"
Lalu Baginda mengikat kepalanya untuk menahan sakit (Hadis ditakhrij oleh an-Nasa'i, ibn Majah dan Ahmad]

Read more...


Kritikan ni sememangnya benda yg kurang enak di dengar oleh sesiapa pun.
Kita kerap kali rasa berang/bengang/marah dgn kritikan yg di berikan, di tambah pula dgn ego dan tak mau mengalah  diri kita, kita seolah2 menidakkan kritikan tersebut. Jom baca cara bagaimana cara yg baik utk menghadapi kritikan.

Kritikan ni sememangnya baik, boleh memperbaiki hidup kita, kita sememangnya mengatakan diri kita betul tp  kena ingat, kita tak selalunya betul, orang lain tak selalunya salah. :D

Cara pertama ialah kita kena faham apa kritikan yang di berikan.
Kita kadang2 tak faham kritikan yg di lontarkan orang kepada kita. Selalu bila kena fire je kita lawan balik. Kita kenala tau sape yang bagi kritikan tu. Paling penting kita akan tau apa msg yang di sampai oleh orang tu. Mula-mula kita tengokla samada orang tu berpelajaran (well educated). Selalunya orang yg berpelajaran akan memberikan kritikan yang membina, bukan menghentam semata-mata, kalau menghentam sekalipun ia pasti akan di iringi dgn nasihat yang baik. Apapun tidak semestinya orang tak berpelajaran tak memberikan kritikan yang membina.

Bertenang dan berfikir sewaktu orang memberikan kritikan.
Kita tak boleh cepat melatah kalau orang memberikan kritikan kat kita. Dengar dulu dengan jelas. Jangan terburu-buru. Fahami apa maksud yg tersirat dalam kritikan tersebut.

Berfikiran postif dgn kritikan yang di berikan.
Waktu orang dah selesai memberikan krikan kepada anda, anda harus berfikiran positif dan jangan ambik negatif. Cakapla dlm hati hampa suma "mungkin kritikan ni baik utk aku", "Oh, mungkin cara aku selama ini salah". Bila kita dah berfikiran positif. Secara tak langsung akan timbul idea @ilham bernas untuk menyelesaikan permasalahan tersebut. Ia pastinya dpt mengembalikan kembali anda di paksi yang betul.

Ambil idea tu bertindak dan bermuhasabah diri.
Lepas dah dpt idea cara nak menangani kritikan yg telah dilontarkan kepada anda, bertindaklah dengan ikhlas dan hati yang terbuka. Jangan berpura-pura @ berdrama dgn perubahan semata-mata hendak menjaga hati dan menunjukkan perubahan anda kepada pengkritik. JANGAN AMBIK HATI dengan kritikan yang dah di berikan. Anggaplah kritikan tu sebagai proses pembelajaran anda untuk menghadapi kehidupan ini. Paling penting anda harus ingat Setiap manusia pasti melakukan kesilapan dan dosa, tp setiap manusia berhak untuk menjadi yang lebih baik dari sebelumnya.

Read more...

(06 Mei 2011) Jawatan Kosong Universiti Teknologi MARA (UiTM) Perak
Posted: 28 Apr 2011 08:08 PM PDT
Kerja Kosong Universiti Teknologi MARA (UiTM) Perak
Universiti Teknologi MARA (Perak) dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan tetap di Kampus Seri Iskandar dan Kampus Tapah bagi memenuhi Wawasan 2020 Negara.

1. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F29
2. PENOLONG PEGAWAI FARMASI U29
3. PENOLONG PENGURUS ASRAMA N27
4. JURURAWAT MASYARAKAT U19
5. PENJAGA JENTERA ELEKTRIK R17
6. PENGAWAL KESELAMATAN KP11

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

Sila kemukakan permohonan kepada:

TIMBALAN PENDAFTAR KANAN
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (PERAK)
SERI ISKANDAR
32610 BANDAR SERI ISKANDAR
PERAK DARUL RIDZUAN

NO.TEL: (05) 374 2043/2044/ 2045

Tarikh Tutup Permohonan:- 06 Mei 2011
This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now
(12 Mei 2011) Jawatan Kosong Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA)
Posted: 28 Apr 2011 07:45 PM PDT
Kerja Kosong Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA)
Pemohon-Pemohon warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut di dalam Perkhidmatan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda:-

1. JURUTERA (AWAM) GRED J41
2. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F41
3. JURUTEKNIK (AWAM) GRED J17
4. PEMANDU KENDERAAN (EMPO) GRED R3

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

Permohonan boleh dibuat dengan menggunakan borang yang boleh dicetak daripada Laman Web MADA http://www.mada.gov.my permohonan hendaklah dikemukakan kepada:-
Pengurus Besar,
Lembaga Kemajuan Pertanian Muda,
Bahagian Khidmat Pengurusan,
Ibu Pejabat MADA,
Ampang Jajar,
05990 ALOR SETAR.

[ u.p.: Cawangan Pengurusan Sumber Manusia ]

Tarikh Tutup Permohonan:- 12 Mei 2011
This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now
(15 Mei 2011) Jawatan Kosong Kementerian Belia Dan Sukan (KBS)
Posted: 28 Apr 2011 07:40 PM PDT
Kerja Kosong Kementerian Belia Dan Sukan (KBS)
WARGANEGARA MALAYSIA YANG BERKELAYAKAN ADALAH DIPELAWA UNTUK MENGISI KEKOSONGAN JAWATAN BAGI KUMPULAN PERKHIDMATAN SOKONGAN DI KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN DI SELURUH MALAYSIA,

1. PEKERJA AWAM R1

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN

PERMOHONAN ATAS TALIAN (ONLINE)

Tarikh Tutup Permohonan:- 15 Mei 2011
This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now
(11 Mei 2011) Jawatan Kosong Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)
Posted: 28 Apr 2011 06:44 PM PDT
Kerja Kosong Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)
Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan, komited dan berdedikasi untuk berkhidmat di Lembaga Minyak Sawit Malaysia bagi jawatan seperti berikut:

1. PEGAWAI PENYELIDIK (EDITOR TEKNIKAL)

KLIK SINI UNTUK MUAT TURUN SYARAT LANTIKAN DAN PERMOHONAN SECARA ONLINE

Tarikh Tutup Permohonan :
11 Mei 2011
Read more...



Al-Masjid al-Aqsa adalah merupakan masjid ketiga tersuci di dalam agama Islam. Ianya juga merupakan tempat di mana Allah memperjalankan nabi Muhammad SAW pada waktu malam semasa peristiwa Isra’ dari al-Masjid al-Haram di Makkah ke al-Masjid al-Aqsa di al-Quds. Lokasinya terletak di kawasan yang diberkati dan suci. Keberkatan kawasan tersebut bukan sahaja dapat dinikmati daripada aspek keagamaan sahaja, tetapi daripada aspek fizikal pun dapat dirasai, seperti kesuburan tanah yang menghasilkan produk perladangan terbaik, cuaca yang nyaman dan seumpamanya. Ramai nabi menjadikan bumi ini sebagai tempat tinggal di dalam misi dakwah mereka. Masjid ini juga pernah menjadi kiblat pertama bagi umat Islam.

Suatu masa dahulu, umat Islam bebas untuk keluar masuk di dalam al-Aqsa. Ramai yang memulakan pergerakan menunaikan haji dari masjid ini. Apatah lagi terdapat galakan langsung daripada nabi Muhammad untuk menziarahinya. Sabda nabi Muhammad SAW di dalam sepotong hadith:

وعن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: لا تشد الرحال إلا إلى ثلاثة مساجد: المسجد الحرام، والمسجد الأقصى، ومسجدي متفق عليه، واللفظ للبخاري

Daripada Abi Sa’id al-Khudri R.A. Rasulullah SAW dilaporkan berkata: 
Janganlah bersungguh-sungguh/bersusah-payah pergi berjalan melainkan ke tiga masjid, al-Masjid al-Haram (Makkah), al-Masjid al-Aqsa (Al-Quds) dan Masjidku (Masjid Nabi di Madinah)

Sehinggalah penjajahan Zionis ke atas Palestin, al-Masjid al-Aqsa kini sunyi daripada pengunjung Muslim bukan Arab. Sekatan serta fatwa pengharaman menziarahinya oleh Mufti Palestin yang turut disokong ramai ulamak kerana perlu membayar wang yang banyak kepada penjajah Zionis, menyebabkan hanya sedikit daripada kita yang mengenali bangunan al-Aqsa yang sebenarnya.

Di dalam bersemangat mempertahankan al-Aqsa, ada antara umat Islam yang cuba untuk memperkenalkan bangunan al-Aqsa.

Antara maklumat yang kerap disebarkan melalui rantaian email dan laman web seperti ini, ialah menyatakan yang Qubbah al-Sakhrah (Dome of the Rock) adalah bukan al-Aqsa. Mereka mendakwa yang ianya adalah propaganda Zionist untuk mengalihkan fokus umat Islam daripada mempertahankan al-Masjid al-Aqsa yang sebenarnya. Ramai daripada kita yang percaya dengan maklumat ini. 



Gambar yang kerap disebarkan untuk menunjukkan al-Aqsa yang sebenar

Dalam artikel ini, saya akan cuba berkongsi maklumat yang sebenar mengenai bangunan al-Masjid al-Aqsa seperti yang dikenali penduduk Palestin. Saya perlu memberikan kredit kepada pensyarah Universiti al-Najah, Dr Haithem F. al-Ratrout yang telah melakukan kajian perkembangan senibina al-Aqsa di dalam kajian PhD semasa menuntut di Al-Maktoum Institute.

Dr Haithem F. al-Ratrout

Saya telah mendapat keizinan beliau untuk menyebarkan maklumat kajiannya, kerana menurut beliau ini merupakan tanggungjawab Muslim bagi memperkenalkan bangunan al-Aqsa yang sebenarnya.

Pembina Al Aqsa Yang Sebenarnya

Untuk mengetahui al-Aqsa, kita terlebih dahulu perlu mengetahui siapakah pembinanya. Menurut ulamak, tidak ada satu nas yang amat sahih menyatakan secara jelas siapakah pembina al-Aqsa. Cuma terdapat sepotong hadith sahih menceritakan secara umum pembinaan al-Aqsa, seperti yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim:

حديث سليمان بن مهران الأعمش، عن إبراهيم بن يزيد التيمي، عن أبيه، عن أبي ذر قال: قلت: يا رسول الله أي مسجد وضع أول؟ قال: المسجد الحرام. قلت: ثم أي؟ قال: المسجد الأقصى. قلت: كم بينهما؟ قال: أربعون سنة

Hadith Sulaiman bin Mahran al-A’mash, daripada Ibrahim bin Yazid al-Tamimi, daripada bapanya Abu Zarr beliau berkata, aku bertanya kepada Rasulullah 
“Wahai Rasulullah, masjid yang manakah dibina terlebih dahulu (dalam sejarah)?” Nabi menjawab, “al-Masjid al-Haram.” Aku bertanya lagi, “Selepas itu?” Jawab nabi, “al-Masjid al-Aqsa.” Aku bertanya lagi, “Berapa jarak pembinaan antara keduanya?” Nabi menjawab, “40 tahun.”….

Berdasarkan hadith di atas, oleh kerana jarak pembinaan antara al-Masjid al-Haram dan al-Masjid al-Aqsa adalah dekat, iaitu 40 tahun, ditambah lagi dengan umur umat terdahulu yang amat panjang, maka ramai ulamak berpandangan pembina kedua-dua masjid ini adalah orang yang sama. Justeru, dalam usaha mencari siapakah pembina al-Aqsa, adalah perlu untuk kita mencari siapakah pembina al-Masjid al-Haram di Makkah.

Sebahagian kita berpandangan yang pembina al-Masjid al-Haram ialah Nabi Ibrahim. Ini berdasarkan kepada ayat al-Quran di dalam surah al-Baqarah ayat 127:

وَإِذْ يَرْفَعُ إِبْرَٰهِيمُ ٱلْقَوَاعِدَ مِنَ ٱلْبَيْتِ وَإِسْمَٰعِيلُ

Dan ketika Nabi Ibrahim dan Ismail mengangkat kembali tapak asas tapak rumah ibadah itu (Al-Masjid al-Haram).

Jumhur ulamak, walau bagaimanapun menyatakan yang ayat di atas hanyalah menunjukkan yang nabi Ibrahim membina kembali tapak al-Masjid al-Haram yang telah dibina oleh nabi sebelumnya. Dengan erti kata lain, nabi Ibrahim bukanlah orang pertama yang membina al-Haram. Sekiranya nabi Ibrahim bukan orang pertama membina al-Haram, maka baginda juga bukanlah orang pertama membina al-Aqsa.

Ketika mentafsirkan ayat di atas, Imam al-Tabari telah merekodkan beberapa riwayat mengenai pembina al-Masjid al-Haram yang sebenarnya. Antaranya ialah seperti yang dilaporkan oleh Ato’ bin Abi Rabah dan Abdullah bin Amru yang menyatakan bahawa pembina Ka’bah yang pertama sebenarnya ialah nabi Adam.

Apabila nabi Adam diturunkan dari langit, baginda telah membina rumah ibadah pertama di muka bumi dengan arahan Allah SWT. Baginda tawaf di keliling Ka’bah tersebut, berdasarkan sempadannya yang telah ditetapkan. Ka’bah itulah merupakan asal bagi al-Masjid al-Haram. Kemudian berdasarkan hadith Abu Dzar tadi, baginda telah membina al-Aqsa 40 tahun selepasnya. Adapun nabi Ibrahim, baginda hanyalah membangunkan kembali asas binaan tersebut yang telah roboh berikutan banjir besar serta faktor cuaca yang lain.

Justeru, ramai ulamak yang menyatakan nabi Adam adalah pembina al-Aqsa kerana baginda juga membina Ka’bah.

Konsep Binaan Masjid Di Dalam Islam

Untuk mengetahui bangunan al-Aqsa, kita juga perlu untuk mengetahui konsep binaan masjid di dalam fiqh Islam. Secara ringkasnya, yang dinamakan masjid itu perlulah mempunyai empat elemen:
  1. Lokasi.
  2. Sempadan.
  3. Qiblah.
  4. Aktiviti, termasuklah ritual ibadah dan juga segala aspek kehidupan yang membawa kesejahteraan akhirat.
Gabungan lokasi dan sempadan, menurut ulamak, tidak membawa maksud yang masjid itu perlu berada di dalam satu bangunan. Masjid di zaman nabi Muhammad pun tidak mempunyai bangunan. Yang paling penting ialah, pembina masjid tersebut perlu menentukan lokasi dan sempadannya. Adalah menjadi satu kesilapan sekiranya kita memahami yang masjid itu perlu dibuat di dalam bangunan.

Lokasi Al-Aqsa

Dalam peta politik moden, al-Aqsa terletak di sebuah kawasan yang dikenali sebagai Pekan Lama atau Old City of Jerusalem, Tebing Barat (West Bank). Semasa zaman nabi, banyak istilah yang digunakan untuk merujuk kawasan ini, seperti Eiliya’, Sham, al-Ard al-Muqaddasah, al-Ard al-Mubarakah dan al-Quds. Old City of Jerusalem dikelilingi oleh pagar. Di dalamnya terletak kawasan penempatan lama. Ianya agak padat. Dahulu Muslim Arab merupakan majoriti, akan tetapi selepas penjajahan, orang Yahudi semakin ramai menguasai kawasan penempatan di dalam Old City of Jerusalem. Turut berada di dalam pagar Old City berkenaan, ialah Holy of Sepulchre, gereja utama agama Kristian. Al-Masjid al-Aqsa terletak di tenggara pagar Old City.


Pandangan udara Old City of Jerusalem dan al-Aqsa

Plan Kaabah Di Al-Masjid Al-Haram

Selain itu, kita juga perlu mengetahui bagaimanakah plan asal Ka’bah yang telah dibina oleh nabi Adam. Ini adalah kerana kita telah faham bahawa pembina kedua-dua bangunan ini berkemungkinan besar adalah orang yang sama berdasarkan hadith Abu Dzar tadi. Ramai yang memahami Ka’bah sebagai bangunan berbentuk kiub yang dilitupi oleh kain kiswah hitam. Fakta ini kurang tepat, kerana sebenarnya kawasan Hijir Ismail adalah juga sebahagian Ka’bah berdasar pandangan ramai ulamak. Jika diteliti laporan daripada al-Azraqi (meninggal 222 H), beliau telah melakarkan plan Ka’bah seperti yang telah direnovasi oleh nabi Ibrahim seperti imej berikut:



Bangunan Al-Aqsa Yang Sebenar

Antara gambar terbaik untuk melihat pandangan udara al-Aqsa ialah seperti berikut.


Secara ringkas, al-Masjid al-Aqsa yang sebenar ialah meliputi semua monumen bangunan dan tanah lapang di sekitar pagar empat segi di atas. Hujjahnya ialah seperti berikut:

1. Nabi Muhammad diisra’ ke al-Aqsa. Kemudian dimikrajkan dari al-Aqsa juga. Semua bersetuju yang nabi dinaikkan ke langit daripada lokasi Dome of the Rock sekarang yang letaknya di bukit paling tinggi di dalam pagar di atas. Justeru tidaklah tepat sekiranya Dome of the Rock dikatakan bukan sebagai al-Aqsa.

2. Masjid tidak semestinya berada di dalam satu bangunan. Ianya boleh jadi di atas tanah lapang, atau dalam bangunan, atau gabungan tanah lapang dan bangunan, selagi mana ditentukan lokasi dan sempadannya.

3. Al-Aqsa mempunyai hubungan dan persamaan dengan Ka’bah. Tidak mustahil, kerana pembinanya adalah orang yang sama. Bahkan jika dibesarkan plan Ka’bah, kita akan dapati yang plannya adalah sama dengan pagar sempadan al-Aqsa. Dengan erti kata lain, sudut bukaan setiap hujung empat seginya adalah sama. Penjelasan lanjut boleh diperolehi daripada buku Dr Haithem yang sebenarnya merupakan thesis PhD beliau.


Memang benar Saidina Umar seakan marah dan tidak bersetuju dengan cadangan Ka’ab al-Ahbar mengenai lokasi di mana perlunya dibina bangunan masjid di dalam al-Aqsa. Ka’ab mencadangkan di lokasi Dome of the Rock sekarang. Umar tidak bersetuju kerana lokasi itu adalah lokasi paling suci dalam agama Yahudi, dan keduanya bangunan utama yang menempatkan Imam sembahyang, perlulah berada di tempat paling hampir dengan qiblat/Ka’bah.

Maka dibinalah bangunan masjid kecil di selatan sempadan pagar al-Aqsa yang betul-betul dibina oleh nabi Adam menghadap ke arah Ka’bah. Masjid asal yang dicadangkan saidina Umar itu dikenali penduduk tempatan sebagai Jami’ Qibli atau Jami’ al-Aqsa. Adapun sekiranya menyebut al-Masjid al-Aqsa, maka ianya merujuk kepada semua yang berada di dalam pagar sempadan al-Aqsa tadi, termasuklah Jami’ Qibli, Masjid Buraq, pelbagai masjid kecil di dalamnya, beberapa bilik perpustakaan, pejabat dan kelas pengajian, Dome of the Rock, Dome of Ascension, Dome of Chain, tanah lapang, dan lain-lain.


Semua yang berada di dalam garisan kuning di atas adalah al-Masjid al-Aqsa

Kesimpulan

1. Al-Aqsa ialah kawasan yang meliputi semua monumen, bangunan dan tanah lapang di dalam pagar al-Aqsa seperti gambar di atas. Ini termasuklah Dome of the Rock, yang merupakan sebahagian daripada al-Masjid al-Aqsa.

2. Umat Islam perlu menghentikan penyebaran maklumat salah yang kononnya Dome of the Rock bukan sebahagian daripada al-Aqsa. Sasaran Zionis sekarang ialah membina Haikal Sulaiman di atas tapak Dome of the Rock, yang dianggap sebagai The Holiest of Holy oleh orang Yahudi. Sekiranya kita membiarkan fokus kita daripada mempertahankan Dome of the Rock, maka mudahlah orang Yahudi merampas al-Aqsa.

3. Saya amat mencadangkan rakan-rakan pembaca untuk membeli buku Dr Haithem, serta membaca kajian lanjut mengenai pembinaan Ka’bah, pembinaan Jami’ Qibli, Dome of the Rock dan kubah-kubah lain, sejarah pemerintah yang menguasai dan memakmurkan al-Aqsa dan lain-lain.
Read more...

Pada kebiasaannya ramai orang menggunakan kemudahan laman sosial seperti Facebook hanya untuk bersosial secara dalam talian. Yang main game yang melalaikan pun ramai juga. Perpecahan keluarga pun banyak berlaku gara-gara Facebook, suami curang dan isteri main kayu tiga. Sebab apa? sebab kita hanya mencari keseronokan dan menggunakannya ke arah yang tidak baik. Walaupun kita boleh mengaji Al-Quran secara langsung dengan kitab Quran, namun bila dah mengadap komputer layan game dalam facebook, sempat ke nak mengaji? Wallahualam...

Sekarang lebih baik kita belajar mengaji Al-Quran beserta dengan tafsirnya sekali dalam Facebook. Anzur Technology telah memperkenalkan "Kempen Jom Mengaji" kat Facebook bermula 26 April 2011. Masih baru dan setakat ni dah 7 ribu lebih orang yang Like page tersebut. Agak menggalakkan dan mendapat sambutan.
Mari Mengaji di Facebook
Pilihan dari Surah Al-Fatihah hinggalah Surah Al-Naas dan lengkapi dengan suara mengaji yang jelas dan mudah difahami. Untuk belajar mengaji melalui Facebook dan ketahui lebih lanjut pasal Anzur Technology, sila ke Kempen Jom Mengaji. Read more...


Assalamualaikum WBT,

Hasil dari kebimbangan 1 anak tak sah taraf yang dilahirkan setiap 11 minit satu wacana khas gejala sosial di Malaysia yang bertajuk - Isu anak tak sah taraf : Punca dan penyelesaian telah dianjurkan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dengan menjemput tiga panel dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Wakil dari JKM, Puan Zuraidah Salleh berkata, hasil kajian yang dibuat mendapati punca meningkatnya kes-kes kelahiran anak tak sah taraf hasil dari perzinaan mahupun kes rogol adalah kerana remaja kini sangat mudah memperolehi maklumat berkaitan seks.

Remaja pada masa kini sangat berbeza dengan zaman remaja saya dulu dan juga jauh berbeza dengan zaman remaja ibu bapa kita dahulu. Sekarang, untuk melihat gambar-gambar porno dan aksi-aksi lucah melampau semuanya hanya dihujung jari. Ini tidak dinafikan kerana kebanyakkan individu yang melayari internet akan menjadikan tujuan utama mereka untuk mencari bahan-bahan seperti ini.

Bagaimana ini boleh dibendung? Penerapan iman yang sempurna dan modul untuk lahirkan insan yang bertaqwa perlu diterapkan dalam setiap aspek kehidupan. Pengasingan antara lelaki dan perempuan dalam apa juga acara dan keadaan perlu dikuatkuasakan. Usaha bagi memantapkan iman perlu dijalankan secara berterusan dan bukannya bermusim. Dengan iman yang sempurna, bukan sahaja untuk melihat gambar porno, malah untuk melihat aurat lelaki mahupun wanita, bagi individu yang mempunyai iman yang sempurna akan rasa satu kesalahan yang besar.

Mungkin ada yang memandang sinis dan berkata "tak logiklah takde langsung individu yang langsung tak pernah melihat gambar dan video porno". Memang saya akui kebanyakkan pelayar di internet mencari bahan-bahan porno (hasil pemerhatian keyword), tapi bukanlah kesemuanya. Saya amat yakin ada individu yang bersih hatinya dan mempunyai tahap taqwa yang tinggi menjadikan internet salah satu medium untuk mereka mencari bahan-bahan ilmiah. Jangan kita samakan mereka seperti kita kerana kita belum mampu bersifat seperti mereka.

Kewujudan pusat-pusat hiburan, rumah-rumah urut, dan pelbagai lagi premis yang mengundang berlakunya maksiat perlu dikawal ataupun dihapuskan terus. Cadangan menjadikan Malaysia sebagai hub hiburan sebagai satu langkah memacu industri pelancongan perlu ditentang dengan sehebat-hebatnya. Jadi, jika satu atau dua jabatan sentiasa memikirkan dan mencari penyelesaian bagi menurunkan statistik kelahiran anak tak sah taraf ini tapi dalam masa yang sama sumber-sumber yang menjadikan remaja kita semakin hilang rasa takutnya pada Allah dan semakin menurun tahap keimanannya ditambah kewujudannya, bagaimana mungkin hasrat ini akan tercapai. Renung-renungkanlah... Read more...

(gambar hiasan)
Hari ini akak nak kongsi tentang artikal ini. Akak agak tertarik dengan penulisan Nurulanis dalam blognya. Kita boleh berkongsi sama ideanya ini.

Menjaga kejelitaan semulajadi (natural beauty) dengan TIDAK MEMAKAI BAHAN-BAHAN LUARAN TETAPI MENJAGA EMOSI, FIZIKAL DAN MENTAL. Gunakan masa untuk perkara yang berfaedah dan tentukan wawasan secara objektif, jangan banyak angan-angan. Tidur awal setiap malam dan bangun awal setiap pagi untuk solat subuh. Jangan tidur siang hari.

1)MENJAGA SUARA: Latih diri bercakap dengan nada yang lembut, tidak sengau atau suaranya terlalu kuat.

2)MENJAGA CARA BERKATA-KATA:Biasakan menggunakan perkataan yang melambangkan keluhuran budi seperti ‘tolong’ serta ‘minta maaf’.

3)JANGAN GUNAKAN PERKATAAN YANG TERLALU BEREMOSI: seperti bosan, sakit hati, menyampah, benci dan sebagainya kerana ia akan menyebabkan muka jadi berkerut dan masam.

4)MENJAGA KULIT: Kebersihan sentiasa dijaga. Makanan yang berupa ulam-ulam yang wangi serta sayuran dan buah-buahan segar patut selalu dimakan. Gunakan sabun yang tidak merosakkan kulit.

5)MENJAGA MUKA: Tangan perlu sentiasa bersih dan lembut. Jangan gunakan bedak yang bukan-bukan. Selalu menggunakan bedak sejuk untuk menjaga kulit muka. Jangan banyak berangan.

6)MENJAGA RAMBUT: Ia mahkota kejelitaan gadis. Bersihkan rambut tapi jangan terlalu kerap. Bila bersikat, ulangi sikatan ke seluruh bahagian kepala 100 kali untuk menjadikan rambut subur dan berkilat. Ramai lelaki suka pada gadis berambut panjang tapi kemas.

7)MENJAGA CARA BERJALAN: Latih cara berjalan. Jauhi dari berjalan mengengkang atau tangan terlalu dihayun. Langkah jangan terlalu besar. Berjalan jangan terlalu laju. Badan jangan terlalu membongkok atau tegak. Leher jangan terteleng (senget sebelah). Muka elok ditundukkan sedikit.

8)MENJAGA GERAK-GERI: Bila duduk di atas lantai duduklah dengan cara bersimpuh. Kalau duduk di atas kerusi, eloklah sila panggung. Jangan mengangkang. Tangan jangan terlalu digerakkan bila bercakap. Cara bergerak biarlah lemah-lembut.

9)MENJAGA SENYUM. Latihlah senyum jangan tersengeh. Tutup mulut bila ketawa. Ketawa secara sederhana. Selalu senyum tapi untuk tujuan baik.

10)MENJAGA MATA. Mata janganlah terlalu liar memandang sekeliling. Tundukkan mata dan memandang hanya kepada apa yang sedang anda hadapi. Jangan terlalu kerap mengerdipkan mata. Usah terlalu kerap menjeling walaupun kepada buah hati anda.

11)MENJAGA KEHORMATAN: Sentiasa bertemankan ibu atau saudara bila keluar. Minta izin ibubapa. Pakaian sopan. Pulang seawal mungkin. Menjaga sikap. Taat beragama. Jangan bohong. Jauhi dari merungut. Jauhi dari menjadi amat cerewet dan jaga hati orang lain.
Read more...

(Terbuka) Jawatan Kosong Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka (eKERJA)
Posted: 27 Apr 2011 11:48 PM PDT
Kerja Kosong Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka (eKERJA)
-Sistem permohonan jawatan kosong ini adalah di bawah bidang kuasa Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka.
-Permohonan jawatan tetap bagi gred jawatan (17 hingga 54) adalah di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA). Pemohon perlu mendaftar di alamat www.spa.gov.my
-Bilangan jawatan yang boleh dipohon adalah maksimum 3 jawatan.
-Data pemohon jawatan kosong (Sepanjang Masa) di Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka hanya sahlaku sehingga enam (6) bulan.
-Kerajaan Negeri Melaka berhak menolak permohonan sekiranya data yang diberi adalah palsu/tidak lengkap.
-Sekiranya pemohon sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan-badan Berkanun atau Pihak -Berkuasa Tempatan, salinan Laporan Penilaian Prestasi dan Penyata Perkhidmatan yang terkini perlu diserahkan semasa calon ditemuduga.
-Permohonan terkini akan membatalkan permohonan terdahulu

NAMA JAWATAN
GRED GAJI
R1
G11
KP11
N3
R3
N1
R3
R11
R9

SILA KLIK PADA JAWATAN UNTUK SYARAT KELAYAKAN

Tarikh Tutup Permohonan:- Terbuka Sepanjang Tahun
(06 Mei 2011) Jawatan Kosong Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
Posted: 27 Apr 2011 11:38 PM PDT
Kerja Kosong Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi memohon jawatan berikut:

1. PENOLONG PEGAWAI FARMASI GRED U29

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

Permohonan hendaklah sampai kepada:-

PENGARAH
JABATAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
(BAHAGIAN PERJAWATAN DAN PENGAMBILAN)
DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
TINGKAT 3, MENARA TUN RAZAK,
JALAN RAJA LAUT, 50350 KUALA LUMPUR


Tarikh Tutup Permohonan:- 06 MEI 2011
This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now
(04 Mei 2011) Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya
Posted: 27 Apr 2011 08:06 PM PDT
Kerja Kosong Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia (Anak Negeri Melaka) untuk mengisi kekosongan jawatan di Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) seperti berikut :

1.Penolong Pegawai Tadbir Gred N27
2.Pembantu Veterinar Gred G17
3.Juruteknik Perancang Bandar dan Desa Gred J17
4.Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W17

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN

MUAT TURUN BORANG PERMOHANAN

Tarikh Tutup Permohonan:- 04 Mei 2011
This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now
(01 Mei 2011) Jawatan Kosong Amlife Bhd
Posted: 27 Apr 2011 05:33 PM PDT
Kerja Kosong Amlife Bhd (a member of Ambank Group)

Maklumat Syarikat 
AmAssurance Bhd
142L, 1st Floor
Burmah place, Jln Burma
10050 Georgetown, Penang

Nama Jawatan 
Amlife Bhd mempelawa seluruh warganegara Malaysia ( Semenanjung sahaja) untuk mengisi jawatan :

- Advisor
- Junior Executive
- Kerani

Kelayakan 
- SPM /STPM/Diploma/Ijazah
- Lepasan universiti digalakkan memohon
- Ada/tiada pengalaman
- Kebolehan berkomunikasi dengan baik dengan semua peringkat umur

Maklumat Tambahan 
- Income RM2000- RM 3000+
- Latihan penuh diberikan kepada calon  yang berjaya.
- Cawangan seluruh semenanjung Malaysia

Cara Memohon 
SMS (nama) (alamat) (jawatan) ke 013-5914446  (Miss Nafishah)
atau
E-mail  (nama) (alamat) (jawatan) (no.telefon) ke fie.amlife@gmail.com

untuk kami mendaftarkan anda ke temuduga di cawangan Amlife Bhd.

Tarikh Tutup Permohonan :- 01 Mei 2011
(25 Mei 2011) Jawatan Kosong AIT Management Consultants Sdn Bhd
Posted: 27 Apr 2011 05:27 PM PDT
Kerja Kosong AIT Management Consultants Sdn Bhd

Maklumat Syarikat 
AIT Management Consultants Sdn Bhd (692080-A)
No. 20D, Jalan 22/1, Persiaran Jubli Perak, Seksyen 22
40300 Shah Alam, Selangor

Nama Jawatan 
KERANI TELEPEMASARAN

Skop Kerja 
Perlu berinteraksi dan menangani pertanyaan pelanggan yang menelefon,

Kelayakan 
·Berpersonaliti menarik dan memahami etika telepemasaran,
·Berpengetahuan dalam mengendalikan aplikasi komputer seperti Microsoft Word dan Excel,
·Berupaya bekerja tanpa penyeliaan,
·Boleh berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris,

Cara Memohon
Email: aitmgmt@gmail.com

Tarikh Tutup Permohonan:- 25 Mei 2011

(08 Mei 2011) Jawatan Kosong Pengangkutan Bersama
Posted: 27 Apr 2011 05:23 PM PDT
Kerja Kosong Syarikat Pengangkutan Bersama

Maklumat Syarikat 
NO: U1841 KG.GERSIK,
PETI SURAT 232,
87008 WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

Nama Jawatan 
PEMANDU BAS

Kelayakan
SYARAT:
1-MEMPUNYAI LESEN MEMANDU KENDERAAN JENIS BERMOTOR.
2-BAGI MEREKA YANG MEMPUNYAI PENGALAMAN MEMANDU KENDERAAN BESAR SEPERTI BAS /
3-BAGI MEREKA YANG BELUM PERNAH DAN INGIN MEMOHON KERJA SEBAGAI PEMANDU BAS (MESTILAH MEMPUNYAI LESEN SEPRTI SYARAT NO.1)
4.SANGGUP UNTUK MEMANDU BAS PADA WAKTU MALAM UNTUK MENGAMBIL PEKERJA DARIPADA KILANG PADA SETIAP MALAM, KECUALI PADA HARI SABTU DAN AHAD DAN KETIKA CUTI UMUM.

Maklumat Tambahan
GAJI YANG DITAWARKAN:
1- GAJI YANG DITAWARKAN ADALAH TETAP BAGI SETIAP BULAN IAITU RM 1000 DAN DIBAYAR TUNAI.

Cara Memohon 
KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT DAN INGIN MENCARI KERJA BOLEHLAH MENGHUBUNGI TALIAN INI SECEPAT MUNGKIN SEBELUM 8/MEI/2011.
1-016-8371044 (HJ SINRING BIN TALETE)/
2-012-8610210 (SALMAH BTE HJ SINRING)/

Tarikh Tutup Permohonan:- 08 Mei 2011
Read more...


Siapa-siapa yang bumper kereta dia pecah atau rosak teruk,boleh cuba cara ni..(kalau muka tak malu haha..) tak pakai banyak modal.rasa-rasa la kan,lulus puspacom ni...haha...!!


Read more...


bayi_bersyukurBila bercakap tentang bayi genius. Wah... itulah perasaan kita. Cam bombastik kan bila bayi boleh membaca seawal usia beberapa bulan. Terbit rasa cemburu dengan geniusan anaknya. Persoalannya, kenapa anak kita tak sehebat anak mereka ? Dalam entri kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda beberapa kesilapan kita dalam mendidik bayi genius.


1. Berimpian besar
Soalan pertama ialah, kita ada impian ke nak tengok bayi kita jadi genius ? Pada usia berapa bayi kita patut pandai membaca ? Bila b[ayi perlu pandai mengira ? Bila bayi perlu pandai hafaz Quran ?
2. Meniru jejak ibubapa bayi jenius
Selepas kita menulis dengan jelas impian kita. Carilah ibubapa yang telah berjaya menjadikan bayi mereka mencapai impian yang sama dengan impian yang ingin kita capai. Tirulah jejak mereka.
3. Perancangan dan usaha
Ramai yang terhenti setengah jalan dalam berusaha. Tidak merancang apa yang akan diajar dalam sehari kepada anak dan membuang masa dengan aktiviti sia-sia. Jika anda ingin berjaya, jangan berhenti berusaha, latihlah anak anda menjadi genius kerana otak bayi umpama span yang menyerap segala-galanya. Pengulangan adalah kunci kejayaan.
4. Penilaian
Setelah samapai satu tempoh masa pengajaran, anda boleh menguji kebolehan anak anda menyerap semua yang telah diajarkan padanya. Buatlah satu rekod kejayaannya dan berilah hadiah serta penghargaan kepadanya. Teruskan
usaha sehingga berjaya.

Jika hari ini bayi kita belum pandai membaca, kitalah yang belum kuat berusaha melatihnya membaca. Sebenarnya membaca yang dimaksudkan bukan bayi menyatakan "clap" untuk tulisan "clap" tapi cukup jika bayi mampu menepuk tangan bila  melihat perkataan "clap". Itu sahaja, proses membaca bukan melalui proses kuno iaitu dengan cara mengeja tapi mengenalpasti bentuk perkataan dan menyatakan dalam bentuk yang bermakna.
Sebagaimana anda mengenal lambang Petronas untuk Petronas, begitulah bayi mengenal perkataan "petronas" untuk Petronas. Mudahkan ! Dalam usaha membijakkan anak, semoga kita tak lupa menuangkan akhlak dalam diri anak-anak. Mampukah anak-anak mengamalkan doa-doa harian, membaca al-Quran dan mendirikan solat di awal usianya ? Dan kitalah cerminan mereka !
Read more...

Keputusan kemasukan ke Program Matrikulasi akan diumumkan bermula pada 28 April 2011. Pelajar yang ditawarkan ke Program Matrikulasi KPM Sesi 2011/2012 boleh memuat turun perkara berikut mulai 28 April 2011 sahaja. Sila layari Laman Web Rasmi Kementerian Pelajaran Malayisia untuk semakan keputusan tawaran di alamat berikut http://apps.moe.gov.my/matrikulasi/tawaran
1. Surat Tawaran
2. Panduan Pendaftaran Pelajar
3. Borang Perjanjian Pelajar
4. Dokumen Peribadi Pelajar
Dokumen yang dicetak daripada laman web ini sebelum 28 April 2011 adalah tidak sah. Read more...

Sebagai Ketua Tentera, baginda telah menyedari taktik untuk menyerbu dan menyerang tentera Islam yang seperti itu. Lalu baginda membalas serangan secara barisan yang berlapis-lapis.

Apabila barisan pertama bertempur dengan musuh yang datang menyerbu, barisan kedua tentera Islam pula menyerbu musuh yang sedang bertempur dengan barisan pertama itu. Ini diikuti dengan barisan ketiga akan membantu barisan pertama dan kedua untuk mengalahkan serangan pertama pihak musuh itu.

Begitulah taktik peperangan yang Nabi perkenalkan.

Sambil menyerang, tentera-tentera Islam akan melaung-laungkan "Amit! Amit!" (bunuh! bunuh!) dengan begitu bersemangat sekali untuk mengalahkan musuh.

Taktik seperti ini berjaya menggemparkan dan mengharu-birukan pihak musuh. Ramai anggota tentera musuh yang mati kerana tidak mampu mempertahankan diri daripada serangan tentera Islam yang datang berlapis-lapis dan bertubi-tubi itu. Akhirnya bendera atau panji Quraisy yang dibawa tidak sahaja bertukar tangan kerana setiap kali ia cuba dipertahankan maka setiap kali itu juga tentera Islam akan memanah si pemegang dengan tepat mahupun akan memenggal tangan sehingga putus. Sehinggalah bendera itu itu sendiri jatuh melayang menyembah bumi dan semakin ramailah juga tentera kafir Quraisy yang bertempiaran lari.

Abu Dujanah sendiri dengan serban merah yang sangat menggerunkan itu benar-benar menunaikan hak pedang yang dipinjamkan daripada Rasulullah itu.

Antara yang dilaungkan oleh Abu Dujanah yang turut menimbulkan gerun di hati semua orang; "Akulah orangnya yang dijanjikan kekasihku.

Tatkala kami di As Safah di rimbunan pohon kurma

Bahawa selamanya aku tidak akan berundur ke belakang

Aku melibas milik Allah dan Rasul akan sebilah tajamnya pedang!"

Abu Dujanah benar-benar mengkucar-kacirkan barisan tentera Musyrikin.

Malah jika bertemu buku dengan ruas, sama kuat dan sama gagah maka kepintaran lebih memberikannya peluang untuk mengalahkan musuh. Sekalipun perisainya dapat menahan serangan musuh, saat itu jugalah Abu Dujanah membalas sepantas kilat dia membunuh.

Abu Dujanah sentiasa mampu mara ke hadapan umpama musuh yang menjadi semak samun berjaya ditebas dan memberikan satu lorong baru untuk beliau lalui.

Sehinggalah Abu Dujanah sampai ke barisan musuh yang dianggotai oleh tentera perempuan.

Saat itu, Abu Dujanah tidak menyedari bahawa yang di hadapannya kini adalah seorang perempuan dan hampir-hampir sahaja beliau hendak terus menyerang dan sekali gus membunuhnya.

"Aku melihat seorang dari pihak musuh sedang mencakar-cakar dan mengherdik orang lain. Lalu aku pun menuju kepadanya untuk kutamatkan riwayatnya.

"Maka apabila aku telah mengangkat pedangku untuk menghabiskan riwayatnya, ia pun berpaling dan alangkah terkejutnya apabila mendapati bahawa dia adalah seorang wanita. Maka aku menghormati pedang Rasulullah ini agar tidak digunakan untuk menetak wanita," kata Abu Dujanah.

Abu Dujanah sebenarnya terserempak dengan Hindun itu sendiri dan sebagaimana yang diceritakan oleh Az Zubair bin Al Awwam pula; "Aku melihat Abu Dujanah telah mengangkat pedangnya untuk menetak ke leher Hindun binti Utbah, kemudian ditarik balik pedangnya, lalu aku berkata; Allah dan Rasulnya lebih mengetahui mengapa Abu Dujanah tidak jadi membunuhnya."

- UTUSAN Read more...

Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dalam memilih produk berkaitan farmaseutikal kerana kajian bioteknologi menunjukkan 15 peratus produk yang dibungkus dengan kapsul gelatin sebenarnya diperoleh daripada sumber babi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, dalam hubungan ini, pihak pembekal dan pengilang perlu bekerjasama dengan kerajaan dalam memastikan produk yang dikeluarkan perlu mempamerkan label kandungan bahan yang digunakan.

Kata beliau, berdasarkan akta sedia ada, kementerian melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak mempunyai kuasa untuk menyekat dan mengambil tindakan terhadap pembekal yang menjual produk seumpama itu.

“Tindakan hanya boleh diambil oleh Jakim jika produk berkenaan mempunyai logo halal atau apa-apa yang membawa maksud sama. Bagaimanapun, di bawah Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, setiap produk perlu mengisytiharkan sumber bahannya pada label.

“Kementerian tetap berusaha untuk menghalang situasi tersebut. Justeru itu, kita akan menggiatkan promosi maklumat kepada orang ramai selain mewujudkan akta halal yang kini dalam proses diperkemaskan sebelum dibentangkan nanti,” katanya ketika menjawab soalan Senator Muhamad Yusof Husin pada sidang Dewan Negara di sini hari ini.

Jamil Khir berkata, sehingga kini sebanyak 141 syarikat farmaseutikal telah mendapatkan sijil halal bagi produk mereka dan orang ramai khususnya umat Islam boleh membuat semakan melalui laman web www.halal.gov.my.

“Kita tahu ramai yang keliru dengan label-label yang ada pada setiap produk kerana ia menggunakan istilah sains seperti porcine.

“Bagi mereka yang tidak tahu, ramai yang tidak mengendahkannya walhal istilah itu sebenarnya menunjukkan ia mengandungi bahan daripada babi,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin yang turut menjawab soalan berkaitan berkata, selain tuntutan agama Islam bahawa kandungan babi adalah bahan yang diharamkan, sumber bahan itu juga boleh mengakibatkan alahan kepada pemakai.

Kata beliau, kementerian boleh menggantung dan membatalkan lesen pembekal atau pengilang yang gagal memberi maklumat tentang kandungan ubat dan yang memberikan maklumat palsu.

Menurutnya, dasar kementerian adalah untuk memastikan produk yang dipasarkan dalam negara adalah produk yang berdaftar dengan kementerian melalui Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) dan bahagian penguat kuasa farmasi.

“Setakat ini kementerian bersedia untuk mengkaji logo halal bagi semua produk yang dikeluarkan oleh kementerian.

“Dalam pada itu juga, kita menggalakkan masyarakat untuk membuat rujukan terhadap notifikasi produk yang dipasarkan dengan laman web kementerian,” kata beliau.

Rosnah menjawab soalan ahli Dewan Negara, Senator Dayang Madinah Tun Abang Openg yang menyatakan bahawa produk kesihatan dan kosmetik yang terdapat di pasaran mengandungi bahan yang memudaratkan.

- UTUSAN Read more...

(08 Mei 2011) Jawatan Kosong Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kelantan
Posted: 27 Apr 2011 01:39 AM PDT
Kerja Kosong Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kelantan
Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan tetap di UiTM Cawangan Kelantan Kampus Kota Bharu bagi memenuhi Wawasan 2020 Negara.

1. PEMBANTU AM PEJABAT GRED N1

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA yang boleh diperolehi dengan melayari laman web UiTM di http://kelantan.uitm.edu.my/kotabharu
Sila kemukakan permohonan kepada :

PENOLONG PENDAFTAR
(UNIT PENGURUSAN PERJAWATAN-PENTADBIRAN)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN KELANTAN
KAMPUS KOTA BHARU
WISMA KUB, JALAN SULTAN IBRAHIM
15050 KOTA BHARU
KELANTAN DARUL NAIM

NO. TEL : (09) 7417707/7709/7710/7711/7713

Tarikh Tutup Permohonan:- 08 Mei 2011
This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now
(07 Mei 2011) Jawatan Kosong Kesedar Perkilangan SDN. BHD (KPSB)
Posted: 27 Apr 2011 01:30 AM PDT
Kerja Kosong Kesedar Perkilangan SDN. BHD (KPSB)
Pemohon adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia terutama rakyat Negeri Kelantan yang berkelayakan untuk memohon jawatan seperti berikut:

1. Penyelia Ladang

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN

Cara Memohon:-
Pemohon-pemohon yang berminat boleh menghantar ‘resume’ berserta sijil-sijil akademik dan sijil-sijil lain yang berkaitan dan sekeping gambar terkini berukuran pasport serta menulis nama jawatan yang dipohon pada ‘resume’ dan sampul ke ;-

Ketua Pegawai Eksekutif,
Kesedar Perkilangan Sdn. Bhd,
Ibu Pejabat Kesedar,
18300 Gua Musang,
Kelantan.

( u.p : Pengurus Kewangan & Khidmat Korporat)

Tarikh Tutup Permohonan:- 07 Mei 2011
(07 Mei 2011) Jawatan Kosong SIRIM Berhad
Posted: 27 Apr 2011 01:20 AM PDT
Kerja Kosong SIRIM Berhad
SIRIM Berhad is a well-established corporate entity responsible to lead and enhance technology and quality in Malaysia. We urgently seek qualified and dynamic professionals who are ready for a challenging career to join us as:

1. SENIOR ACCOUNTANT
2. ENGINEER

MAKLUMAT LANJUT & PERMOHONAN ONLINE

How to Apply:-
Interested applicants may apply directly at www.sirim.my not later than 07 May 2011. Only short-listed candidates will be notified.


Tarikh Tutup Permohonan:- 07 Mei 2011
(06 Mei 2011) Jawatan Kosong Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS)
Posted: 26 Apr 2011 08:32 PM PDT
Kerja Kosong Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) 
Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor merupakan sebuah badan berkanun di Negeri Selangor Darul Ehsan dan ingin mempelawa calon-calon yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan bagi mengisi kekosongan jawatan-jawatan seperti berikut di Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS). Keutamaan akan diberi kepada rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan.

1. PEGAWAI UNDANG-UNDANG L41 (4 Kekosongan)
2. PEGAWAI PENGUATKUASA N41 (2 Kekosongan)
3. PEMBANTU TADBIR (UNDANG-UNDANG) L17 (4 Kekosongan)
4. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N17 (1 Kekosongan)
5. PEMBANTU PENGUATKUASA N17 (3 Kekosongan)
6. PENGHANTAR NOTIS N3 (5 Kekosongan)
7. PEMANDU KENDERAAN R3 (1 Kekosongan)

MUAT TURUN SYARAT LANTIKAN

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

Tarikh Tutup Permohonan : 06 Mei 2011
Temuduga Terbuka Angkatan Tentera Darat Malaysia (ATM)
Posted: 26 Apr 2011 07:02 PM PDT
Temuduga Terbuka Angkatan Tentera Darat Malaysia (ATM)
Tentera Darat Malaysia mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk menghadiri sesi Pemilihan Awal Perajurit Muda Lelaki/KAGAT (Kor Agama Angkatan Tentera) dan Wanita/KAGAT (Kor Agama Angkatan Tentera). Mereka yang berjaya di dalam pemilihan awal akan ditawarkan untuk menghadiri sesi pemilihan akhir dan seterusnya bagi yang berjaya akan menjalani latihan asas ketenteraan selama 6 bulan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), Port Dickson, Negeri Sembilan.

TEMUDUGA TERBUKA:

1. Perajurit Muda

KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT

Tarikh Tutup Permohonan : 04 Mei 2011
This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now
(30 April 2011) Jawatan Kosong Ireka Corporation Berhad
Posted: 26 Apr 2011 06:49 PM PDT
Kerja Kosong Ireka Corporation Berhad 
Ireka Corporation Berhad (‘Ireka’) was listed on the Second Board of Bursa Malaysia on 12 July 1993, and transferred to the Main Board on 13 June 2002. Today, the Group’s current activities are divided into three core businesses: Infrastructure, Real Estate and Technologies.

1. SECRETARY

Requirements:
-Secretarial Course
-Age 20 to 26.
-Good communication / interpersonal skill.
-Proficiency in English and Bahasa Malaysia, both spoken and written.
-Ability to converse in the Chinese language will be an added advantage.
-Computer literate: MS Word / Excel.
-2 - 3 years working experience in secretary work.


2. ASSISTANT MANAGER, CORPORATE COMMUNICATIONS

Requirements:
-Degree/Diploma in Mass Communication/Business Administration or related field.
-Minimum 3-5 years related working experience in communications and media relations.
-Able to coordinate, drive and implement all communication activities/events/signing ceremonies and other assigned tasks.
-Familiar in liason with business and financial media, will be an added advantage.
-Excellent communication skills, results-oriented, dynamic and self-motivated.
-Proficiency in verbal and written English.


3. SYSTEM ENGINEER / SENIOR SYSTEM ENGINEER

Requirements:
-Diploma/Degree in Computer Engineering or Information Technology, Computer Science/Information Technology or equivalent.
-Experience in Microsoft XP/7/Window 2003/2008/Exchange, Networking, Security/anti-virus, Data-storage/backup products and solutions (such as VPN, firewall, router, spam-filter, access point, network load-balancer, and etc.).
-Experience in Microsoft Active Directory, DNS, DHCP, Microsoft Exchange 2003/2007, SQL 2000/2005 installation.
-Experience in Backup software such as Symantec Backup Exec, CA ARCServe, Symantec Antivirus.
-At least 3-5 years of working experience on hands-on technical support, network and system trouble-shooting.
-Experience in VMware ESX server, Linux and Unix will be a bonus.
-Familiar with industrial system/storage hardware such as HP, IBM, Dell.
-Good working attitude, a team player but also able to work independently.
-Those with relevant Industrial IT Certificate (e.g. MCSE etc) will be given priority consideration.


4. VICE PRESIDENT, ASSET MANAGEMENT

Requirements :
-Diploma/Degree in Property Management/Estate Management.
-At least 10 years experience in property management/building works or related field.
-Good interpersonal and communication skills.
-Ability to oversee preventive maintenance and monitoring renovation work.
-Good leadership skills.


5. EXECUTIVE, ASSET MANAGEMENT

Requirements :
-Diploma in Property Management/Estate Management.
-At least 5 years experience in property management/building works or related field.
-Good interpersonal and communication skills.
-Ability to work independently and in teams.


6. M & E ENGINEERING / COORDINATOR

Requirements :
-Diploma/Degree in Mechanical/Electrical Engineering.
-Minimum 8 years working experience in the construction of high-rise luxury condominium, high-rise office building and hotel.
-Responsible for planning, organizing, coordinating and driving works at site to meet construction programmes.
-Coordinate with consultants in all mechanical and electrical services like plumbing, air-conditioning, fire-fighting, lift, water reticulation, cold water & sewerage, ELV, -electrical systems etc.
-Able to produce shop/coordination drawings, method of statement, submission for material sample, product technical catalogue and etc to relevant parties.
-Coordinate/liason with local authorities related to all necessary MEP requirements for the project.
-Participate in testing & commissioning of all building M & E services.


7. QUANTITY SURVEYOR / ESTIMATOR

Requirements :
-Diploma/Degree in Building/Quantity Surveying or equivalent.
-At least 3-4 years working experience.
-Good analytical skills and a good sense of judgment.
-Familiar with bills of quantities, tender documents, tender process etc.
-Proficiency in using Microsoft Excel and Word.
-Experience in high rise building/condominium
-Able to work independently with minimum supervision.


8. ELECTRICAL CHARGEMAN, ASSET MANAGEMENT

Requirements :
-Minimum SPM and possess Electrical Chargeman Certificate.
-At least 3 years related working experience.
-Good interpersonal and communication skills.
-Ability to work independently with minimum guidance.


9. EXECUTIVE, LEGAL

Requirements :
-Bachelor's degree in law (LLB)
-Knowledge of Construction Law/Corporate Law
-Preferably with 3 years experience in litigation work.
-Good communication / interpersonal skills.

If you are interested in applying for any of the above positions, please submit your application and your most updated resume stating your present and expected salary together with a recent passport-sized photograph to hrdrecruit@ireka.com.my

The above positions are also open to Ireka staff and staff who wish to refer to friends to apply.

To refer your friend/s for the above positions, you may:
Refer your friend/s to www.ireka.com.my to apply for the positions online and indicate you as the referral; OR Advise them to submit their softcopy application with recent passport-sized photo and most updated resume to hrdrecruit@ireka.com.my personally.
 
Tarikh Tutup Permohonan:- 30 April 201
Read more...

Guablog.com

Related Posts with Thumbnails