MelayuKuHebat....|Isu Terkini|Seks|Artis|Gossip|Bisnes|Ebook|

|Isu Terkini|Seks|Artis|Gossip|Macam2|Politik|Resepi|Islam|Internet|Bisnes|Ebook| Macam-macam ada... Memang Lain Dari Yang Lain..Penuh Kontroversi...

neelofa nabil vitagen Gossip: Neelofa Juara Dewi Remaja 10 Tinggalkan Kekasih Vitagen, NabilKalau anda tidak kenal siapa jejaja bernama Ahmad Nabil ini, tidak mengapa. Memang tidak begitu popular.
Wajah beliau paling berkesan tampil untuk iklan Vitagen tahun lalu & selepas itu kantoi berendam dalam kolam renang bersama teman wanita.
Luckily, teman wanita yang basah bersama itu bukan Neelofa. Kisah lama yang di’angkat kembali demi memberi idea siapa insan bernama Nabil ini.
Selepas menjadi juara untuk Dewi Remaja 2010, nama Neelofa mula di’kenali sekaligus status beliau mula di’buru oleh ramai jejaka.
Neelofa mengakui hatinya sudah di’miliki dan ramai percaya jejaka yang berjaya bertakhta di’hati gadis ini adalah jejaka Vitagen tersebut, Nabil.
Namun, berita terbaru yang di’khabarkan melalui Twitter oleh Cuit Sikit (@cuitsikit), menyatakan Neelofa telah pun memutuskan hubungan dengan lelaki bernama Nabil ini.
Punca perpisahan masih tidak di’ketahui jika bersandarkan kepada ayat ringkas si pemberi maklumat, namun Nabil di’katakan terlalu sedih dengan perpisahan ini.
Nabil mendakwa diri beliau banyak membantu menaikkan nama Neelofa dalam bidang seni sehingga hari ini namun segalanya kini sudah berakhir.

Read more...

Walaupun ianya masih ada dua tahun lagi sebelum Windows 8 dilancarkan, seperti sedia maklum, Microsoft sudah pun mulakan pembangunan sistem operasi generasi akan datang itu. Buat masa ini, masih tiada banyak info mengenainya, namun begitu, beberapa paparan skrin pemasangan Windows 8 mula tersebar di internet kini.


Skrin Pemasangan Windows 8 [via]
Apa yang diperlihatkan tidaklah banyak, memandangkan hanya dua paparan skrin pemasangan sahaja. Namun begitu, melaluinya, ianya memperlihatkan beberapa perkara, termasuk kebolehan untuk mengimport segala data daripada Windows 7 dengan mudah. Pada masa yang sama, ianya juga menggunakan tahun 2012 pada bahagian hak cipta, sekaligus memperlihatkan yang mana mungkin Windows 8 RTM akan dilepaskan seawal 2012 kelak.
Ianya kini diperkatakan yang mana Windows 8 kini dalam fasa MileStone 2, dan mempunyai perjalanan pembangunan yang lama lagi sebelum ianya mencapai suatu fasa yang bakal membolehkan para pengguna seluruh dunia mengujinya secara percuma.
Read more...

th 79677 siput sedut 122 423lo Petua Membersihkan Siput Sedut
Ambil satu bekas hampas kelapa dan gaulkan bersama siput sedut yang masih hidup itu. Biarkan semalaman. Keesokkan harinya, mulakan kerja-kerja mengerat bahagian hujung cengkerang siput tersebut sebelum ia dicuci dan dimasak. Bau lumpur akan hilang dari siput dan rasa lemaknya juga akan bertambah apabila dimasak.
Read more...

Seorang nenek didenda dan diperlakukan seperti penjenayah setelah didenda kerana memungut sampah yang dijatuhkannya. Demikian dilaporkan Daily Mail.
Lesley Apps (64)  ini diancam akan dipenjara jika dia gagal membayar di tempat denda yang dikeluarkan pegawai pemerintah setempat.
Namun, dia menolak membayar kerana dia tidak membuang sampah sembarangan dan dia mengambil sampah ketika itu juga. Dia mengaku sering merasa takut jika tukang tagih datang ke rumahnya meminta wang denda tersebut.
Apps mengatakan dia singgah di kedai setempat untuk membeli sebungkus rokok dan tidak sengaja menjatuhkan pembungkus rokok di jalan. Seorang staf dewan kota mendekatinya ketika dia memungut pembungkus rokok itu. “Meski saya melakukan kebaikan tetap saja saya dikenai hukuman. Seharusnya saya tinggalkan begitu saja sampah itu,” katanya.
Read more...

SAYA berusia 22 tahun dan kerap mengalami kekejangan pada zakar apabila melihat wanita, terutama yang seksi.
Apa harus saya lakukan kerana apabila alat sulit menegang dan kejang, sukar untuk saya melakukan kerja lain.
MOHON BANTUAN
Ipoh, Perak

Adalah perkara biasa jika lelaki dewasa mengalami ereksi atau kekejangan otot zakar ketika terangsang seperti melihat wanita atau memikirkan sesuatu yang mengghairahkan

Proses ini semula jadi dan bukan penyakit atau masalah. Jika perkara ini tidak berlaku, itu ialah masalah. Anda tidak perlu buat apa-apa. Mungkin alihkan muka anda ke objek yang tidak mengghairahkan anda.
Namun, jika anda fikirkan perkara mengghairahkan, kekejangan akan berlaku juga. Bersyukurlah kerana anda mempunyai anggota kelamin yang aktif dan mantap. Read more...


MAYAT bayi lelaki yang masih mempunyai tali pusat dan uri ditemui di dalam longkang di Ayer Hitam, Batu Pahat semalam.


BATU PAHAT - Penduduk Taman Mekar, Ayer Hitam dekat sini gempar apabila mayat seorang bayi lelaki lengkap dengan tali pusat dan uri ditemui di dalam longkang berair yang masih dalam pembinaan di kawasan perumahan tersebut pagi semalam.
Mayat bayi itu ditemui seorang pekerja kontrak, Hamid Marsuki, 43, pada pukul 8.10 pagi ketika hendak memulakan tugas membina tembok rumah dan longkang di Jalan Mekar 5 di taman tersebut. Read more...

FASHA... tidak perlu ada pihak tokok tambah.
FASHA... tidak perlu ada pihak tokok tambah.
SETINGGI mana dia terbang memperdagangkan bakat, sebesar itu juga kontroversi yang mengulit. Bukan kehendaknya, namun rencah anak seni yang bernafas di bawah limpahan populariti, Fasha Sandha akur meskipun setiap inci peribadinya dibogelkan.
Peluh dan kerut dahinya yang sukar disembunyi kerana berlari ke lokasi penggambaran drama siri terbaru lakonannya, Samson Delaila dan kembali menguruskan salun miliknya, Salon Chinta yang bakal beroperasi tidak lama lagi, Fasha terus diasak dengan berita mengejut perpisahannya dengan kekasih, Rizal Ashram Ramli atau Jejai.
Tidak terhenti di situ, sehari kemudian aktres kelahiran Johor Bahru ini berdepan pula kemelut berbalas kenyataan dengan bekas isteri kepada Jejai yang juga dramatis, Nora Danish.

Sejak awal pagi Khamis lalu sejurus segala pengumuman dan perang kenyataan di dada akhbar, aktres terkenal ini tidak henti-henti mendedahkan status ‘berani’ yang cenderung menyerang pihak lawannya di ruangan sosial peribadi Twitter miliknya, @FashaSandha1.

Persoalannya, sampai bila Fasha akan terus mengharungi cerita panas sebegini? Adakah mungkin ia berterusan hingga mencipta satu stigma dan persepsi? Kepada wartawan SELEBRITI, Murshid Eunos, Fasha berkongsi rasa.
Persoalannya, sampai bila Fasha akan terus mengharungi cerita panas sebegini? Adakah mungkin ia berterusan hingga mencipta satu stigma dan persepsi? Kepada wartawan SELEBRITI, Murshid Eunos, Fasha berkongsi rasa.

“MUSTAHIL saya merancang atau sengaja mencurah pasir ke dalam periuk nasi sendiri. Tidak mungkin saya bertindak bodoh seperti itu jika tiada alasan kukuh.

Ternyata, saya terpaksa berbuat demikian bagi menegakkan kebenaran dan keadilan diri sendiri. Saya tidak mahu ada pihak lain sewenang-wenangnya menindas saya dengan bergayut sekali dalam permasalahan yang saya hadapi.

Jujurnya, memang ia sedikit mengganggu perjalanan rutin harian, lebih-lebih saya sibuk di lokasi penggambaran dan terpaksa berlari-lari memantau salun yang hampir siap.

Namun itulah harga yang terpaksa saya bayar atas segala kegemilangan dikecapi. Saya akur dan terpaksa menelan semua itu meskipun rasanya sangat pahit.

Selepas pengumuman pihak Jejai dan saya berhubung perpisahan kami, tidak sepatutnya ada pihak lain yang sibuk ingin merasa tempias publisiti dengan memberi kenyataan atau komen. Cerita itu merungkai segala spekulasi ramai pihak. Namun ada pula yang sengaja ingin memanjangkan isu itu hingga mencabar tahap kesabaran saya sebagai wanita.

Berita di muka depan mengenai perpisahan kami itu sudah cukup dan tidak perlu pula ada orang yang tidak tahu-menahu untuk menambah fakta dan bercakap lebih, sedangkan dia tidak tahu kisah di sebaliknya. Bagai menjolok sarang tebuan, usah bising jika sengatnya membunuh secara perlahan.

Saya terpaksa mendedahkan semua bukti yang saya ada seperti senarai panggilan, mesej dalam telefon bimbit dan beberapa keping gambar bagi membuka dimensi mata peminat atau sesiapa yang tekun mengikuti sorotan kisah ini supaya persepsi kononnya saya hanya bersembunyi di sebalik helah adalah salah.

Saya tidak mahu berbuat demikian kerana bimbang ia akan mengaibkan sesiapa, namun jika keadaan mendesak seperti mana pernah dicanangkan sebelum ini, saya tidak akan teragak-agak.

Bukan saya ingin membuktikan siapa menang atau dalang mana yang cuba membelit fakta, sebaliknya saya perlu memikirkan soal reputasi yang seolah-olah sengaja dicalarkan berhubung perkara ini.

Saya tidak peduli soal perasaan sesiapa kerana keutamaan adalah diri sendiri. Saya perlu berdiri untuk menegakkan apa yang benar dan mana yang sepatutnya dibicarakan.

Peminat saya arif dan bijak. Mustahil mereka leka dan berbuai dengan segala macam cerita yang timbul. Alhamdulillah, mereka tidak sesekali lari atau merasa benci, sebaliknya semakin kerap pula peminat menghantar kata-kata semangat dan dorongan kepada saya melalui Twitter.

Twitter adalah ruangan peribadi untuk saya berkongsi rasa atau apa saja yang ingin disembangkan. Ia adalah komunikasi bersama peminat dan mereka yang ingin mengikut perkembangan saya.

Justeru, saya tidak melihat perkara itu sebagai satu peperangan atau mencerminkan sifat peribadi seseorang. Usah terlalu dalam memikirkan soal itu.

Saya hanya ingin berkongsi perasaan bersama peminat dan begitu juga dengan sesiapa yang lain. Masing-masing punya hak untuk menaikkan status di Twitter bagi meluahkan perasaan. Senario itu bukan satu peperangan, sebaliknya hanya medium berkongsi rasa.” Read more...

th 80061 rambut kerinting 122 406lo Tips luruskan rambut kerinting
Perah sebiji kelapa bersama segelas air dan campurkan air limau nipis. Simpan di dalam peti sejuk hingga bahagian atasnya menyerupai krim. Gunakan krim ini untuk menyapu kulit kepala serta seluruh rambut. Balut rambut dengan tuala panas selama satu jam. Bilas hingga bersih. Amalkan 3 kali seminggu.
Selamat mencuba Read more...

(28 Februari 2011) Jawatan Kosong Majlis Daerah Hulu Selangor
Posted: 28 Jan 2011 11:10 PM PST
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan. Keutamaan kepada rakyat Negeri Selangor yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:

1. Pembantu Akauntan W17

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN

Tarikh Tutup Permohonan: 28 Februari 2011
(06 Februari 2011) Jawatan Kosong Suruhanjaya Tenaga
Posted: 28 Jan 2011 11:11 PM PST
Suruhanjaya Tenaga (Energy Commission), a statutory body established under the Energy Commission Act 2001 is the regulatory body for the energy sector in Malaysia, specifically the electricity supply industry and piped gas supply industry in the Peninsula Malaysia and Sabah. We are in the process of recruiting a professional to fill up the position of:

1.DIRECTOR, DEPARTMENT OF GAS SAFETY AND SUPPLY REGULATION

Head Office at Putrajaya

Responsibilities:
The position is responsible to perform safety, technical and economic regulation of the piped gas industry under the purview of Suruhanjaya Tenaga based on the Gas Supply Act and regulations, which include:
• Developing legislation, codes, guidelines and plans for the gas supply industry;
• Analysing industry issues and advising relevant stakeholders;
• Monitoring gas supply security;
• Monitoring quality of gas supply services;
• Regulating safety of gas installations and gas equipment;
• Assessing competency of gas industry technical personnel;
• Reviewing gas tariff;
• Investigating gas related accidents and complaints;
• Monitoring and promoting compliance;
• Managing administrative matters.

Requirements:
• Recognised degree in Gas Engineering, Mechanical Engineering, Chemical Engineering or other related disciplines;
• Applicants with the following additional qualifications shall have an added advantage:
o Relevant post graduate level qualifications
o Registered professional / competent engineers
• Minimum ten (10) years’ experience in the piped gas supply industry. Experience in gas supply regulatory activities will be an added advantage;
• Strong organisational, leadership, interpersonal and communication skills;
• Strong problem solving and analytical skills;
• Excellent command of both written and spoken in English and Bahasa Malaysia.

How to Apply:
Applicants who meet the requirements described below are invited to submit their applications by 6 February 2011. Interested candidates are invited to submit their applications, together with detailed resume and a recent passport-sized photograph either online to recruitment@st.gov.my or in writing to the address below:-

Director (Corporate Services)
Suruhanjaya Tenaga
No. 12, Jalan Tun Hussein,
Precinct 2, 62100 Putrajaya

All applications will be treated in strict confidence. Only shortlisted candidates will be notified.

Closing Date: 6 February 2011
(31 Januari 2011) Jawatan Kosong Majlis Sukan Negeri Selangor
Posted: 28 Jan 2011 11:11 PM PST
1. Pembantu Belia Dan Sukan (Gred S17)

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN

Tarikh Tutup Permohonan: 31 Januari 2011
Read more...

INI DIA... Alias bersama isteri, Salmah menunjukkan buku risalah yang masih disimpannya berkaitan penentangan Malayan Union.
INI DIA... Alias bersama isteri, Salmah menunjukkan buku risalah yang masih disimpannya berkaitan penentangan Malayan Union.
SEGAMAT: Percaya atau tidak, lelaki berusia 97 tahun ini masih terang penglihatannya serta mampu pergi ke kebun serta bercucuk tanam selain memandu kenderaan, termasuk kereta mahupun motosikal, tanpa berteman.
Daya ingatannya juga masih tajam selain mengingati detik bersejarah negara, termasuk perjuangan Melayu dalam menentang Malayan Union sekitar 1948.

Alias Bujal tidak mengamalkan apa-apa senaman istimewa, malah tidak pernah menuntut ilmu pusaka yang berkebolehan tinggi.
Dia hanya mengamalkan pengambilan makanan berasaskan sayuran, termasuk ulam-ulaman seperti pucuk paku, ulam pegaga, ulam raja, petai dan jering.

Beberapa jenis ulaman berkenaan diamalkan warga emas itu setiap hari, malah dia mengakui sayuran kampung itu adalah petua serta kunci utama untuk sentiasa sihat selain lanjut usia.

Lebih menarik lagi, Alias turut menjadikan ulam-ulaman sebagai minuman harian yang diambil bersama madu lebah dan juga telur ayam kampung secara mentah.
Selain itu, dia mengamalkan mengunyah bawang putih mentah setiap hari sebagai petua awet muda.

“Kalau watak kartun Popeye makan bayam untuk jadi kuat, begitu juga yang saya amalkan sejak berusia belasan tahun lagi.

Selain itu, dia mengamalkan mengunyah bawang putih mentah setiap hari sebagai petua awet muda.

“Kalau watak kartun Popeye makan bayam untuk jadi kuat, begitu juga yang saya amalkan sejak berusia belasan tahun lagi.
“Tidak lengkap makanan saya setiap hari tanpa ulam-ulaman kampung dimakan bersama nasi, nampaknya petua yang diamalkan itu berbaloi kerana sehingga kini saya masih boleh melihat kemajuan negara,” katanya.

Selain memakan ulam-ulaman, Alias mendedahkan dia tidak pernah meminum air sejuk kerana menyifatkan bahan minuman sebegitu mengakibatkan badan menjadi lesu serta cepat letih.

“Air sejuk tidak elok untuk badan kerana boleh mengakibatkan pelbagai penyakit selain semput, lelah, asma dan demam.

“Pak cik boleh demam jika minum air sejuk,” katanya yang masih boleh menghayun cangkul, membajak tanah selain tidak perlu memakai cermin mata untuk membaca mahupun ketika memandu kereta atau menunggang motosikal.

Penulis melihat sendiri bagaimana lelaki berusia emas itu masih mampu memandu kereta selain bercucuk tanam dengan menghayun cangkul di belakang rumahnya.

Warga emas ini mengakui mempunyai empat isteri yang dikahwininya sejak 1930-an sehingga kini dan hasil perkongsian hidup bersama empat wanita berbeza itu dia dikurniakan empat cahaya mata.

Difahamkan, menerusi dua perkahwinan pertama, dia dikurniakan dua anak lelaki, manakala hasil perkahwinan ketiga, dua anak perempuan.

Semua isterinya berasal dari Johor iaitu isteri pertama dari Labis; kedua, Kota Tinggi; ketiga, Segamat dan isteri keempat, juga dari Labis.

Bagaimanapun, Alias dikatakan hanya berkahwin baru selepas isteri terdahulunya meninggal.

Alias bersyukur walaupun usianya mencecah 100 tahun dia masih boleh melihat 30 cucunya lahir ke dunia, malah berkesempatan mengazankan seorang daripada 14 cicitnya.

Katanya, dia kini tinggal berdua bersama isteri keempatnya, Salmah Hussein, 59, di Kampung Tenang, di sini, sejak lima tahun lalu.

Ketika menceritakan pengalamannya melalui beberapa peristiwa yang mengubah sejarah negara mahupun dunia, Alias berkata, dia masih ingat saat pemimpin terdahulu menuntut kemerdekaan Malaysia.

“Saya bersama Datuk Onn Jaafar pergi menjelajah satu Malaya untuk menentang penindasan dilakukan pemerintah Inggeris melalui Malayan Union.

“Saya juga merasa keperitan dijajah tentera Jepun dan komunis selain diseksa, termasuk dipaksa melakukan kerja berat seperti membina landasan kereta api,” katanya.

Menurutnya, penindasan demi penindasan diterima orang Melayu ketika itu akhirnya membangkitkan satu semangat bersatu padu dan melawan demi menuntut kemerdekaan.

Alias juga dianggap antara pejuang kemerdekaan oleh penduduk setempat, malah beliau tidak lokek berkongsi pengalaman bersama generasi muda setempat.

Dia yang dilahirkan pada 1914 berkata, pada usia emasnya dia melihat beberapa perubahan negara, termasuk bersalaman dengan empat mantan Perdana Menteri iaitu Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn dan Tun Mahathir Mohamad.

Namun, di sebalik usia emasnya dia melahirkan rasa kecewa apabila generasi muda kini lebih gemar berfoya-foya dan semakin melupakan sejarah kemerdekaan negara, malah semakin rosak akhlak dari semasa ke semasa.

Seperkara menarik mengenai Alias, dia tidak pernah gagal menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia apabila 12 kali mengundi di kawasan Parlimen Labis dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang sejak puluhan tahun lalu.

“Pada 30 Januari (hari ini), saya akan mengundi buat kali ke-13 dan mungkin jika panjang umur murah rezeki saya akan mengundi kali ke-14 pada Pilihan Raya Umum ke-13,” katanya. Read more...


Mereka kini boleh tinggal lebih lama di negara kita dengan

adanya perkhidmatan 'suami sewaan'.
Jabatan Imigrasi mengenal pasti satu perniagaan baru dalam kategori "industri perkhidmatan" sedang mendapat tempat di kalangan mereka yang berumur dalam lingkungan pertengahan, berpendapatan rendah dan mestilah seorang lelaki.

Pelanggan mereka adalah perempuan asing dari negara luar yang datang mencari makan dengan aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral seperti menjadi GRO, pelacur dan lain-lain.

Dalam beberapa serbuan yang dijalankan oleh pihak berkuasa, perempuan asing terutamanya daripada negara China dan juga vietnam akan melepaskan diri mereka dengan mengeluarkan sijil perkahwinan. Apabila suami mereka dipanggil oleh pihak berkuasa, suami mereka akan muncul dan mereka didapati dari kalangan penoreh getah dan juga nelayan.



Saya tak pasti samada ada kaum melayu yang terlibat dalam industri penyewaan diri sebagai suami atau tidak setakat ini. Ini merupakan satu lagi gejala baru masyarakat yang sanggup berbuat apa sahaja asalkan mendapat ganjaran. Institusi kekeluargaan telah menjadi perkara mainan dan diperniagaan zaman kini.

Tertanya-tanya jugak saya samada mereka dapat tidur bersama dengan perempuan yang telah menyewa mereka sebagai suami. Kalau ada, satu generasi zuriat baru akan muncul dalam masyarakat kita yang dalam surat beranak mereka akan dinyatakan waris mereka sebagai 'ayah sewaan'.

Kemana agaknya arah masyarakat kita....?

Read more...


Kompom!! Bara yang digenggan Gobala sudah jadi bara. Tangan Gobala yang menyeluk perkasam sudah berlemoih sampai ke lengan.

Bravo Gobala!! Kasi satu kali sama itu PKR!! Tapi aaa... apabila lu tarak, PKR punya kapla akan sikit ringan juga. PKR banyiak lega. Gobala tarak kalu.... PKR punya kapla, tarak pusing.

Gobala tarak kalu.... Manikavasagam ada.
Gobala tarak kalu.... Sivarasa ada.
Gobala tarak kalu.... Dr Xavier ada
Gobala tarak kalu.... N Surendran ada.

Tarak apa.... Tarak apa.... tapi sikit mau tanya, boleh ka??

Itu kerusi parlimen Padang Serai apa macam?? Tarak lepas, ka?? Ayoyo.... rakyat angkat itu kerusi, kasi sama lu.... sebab itu kerusi ada label PKR. Kalau lain punya label.... rakyat tarak mau angkat. Now, apa macam?? Tarak mau kasi rakyat balik, itu kerusi ka??

Tak boleh itu maciam..... Sudah angkat orang punya kerusi, misti kasi balik. Itu kerusi rakyat punya hak. Tak boleh 'curi' itu kerusi, itu macam. By right, itu kerusi masih pakai label PKR. Tempoh masa tarak lebeh daripada 5 tahun. Sudah habis 5 tahun, baru boleh tukar itu label, ikut rakyat punya cita rasa.

Sikarang.... kalu lu respek sama rakyat, lu kasi balik itu kerusi sama rakyat. Kalu tidak.... lu tarak maruah punya wakil rakyat.

Apa??? Sikarang... you wakil rakyat bebas?? Ciiittt....!! Poorraaahhh!! Tarak malu punya orang. Read more...

Tiada penari bogel atau tiada artis yang berpakaian seksi ataupun pemuzik-pemuzik mengiringi majlis seperti yang diperlukan oleh Zahid Hamidi bagi memenuhkan dewan Majlis Makan Malam buat masyarakat Cina.

Dengan berdirinya sesusuk tubuh berjubah labuh dan beberapa susuk tubuh lagi pemimpin Pakatan Rakyat cukup untuk memenuhkan Dewan dimana Majlis Makan Malam Tahun Baru di Labis ini..


Mereka yang hadir tidak dibayar bagi memakai 'T' Shirt Pakatan Rakyat.. tetapi mereka sanggup membayar hanya untuk mendengar amanat dari pemimpin Pakatan Rakyat..

Berikut adalah sedikit gambar untuk dikongsi bersama..









Read more...

Bila muzik dah menguasai diri..terus lupa diri..sebab terlampau feeling dgn lagu...kihkihkih..

Read more...

Mungkin ramai yang dah sedia maklum, petang semalam ramai yang meninggalkan mesej kepada kami mengenai website 1malaysia.com yang telah di’hack. Dan berita tersebut terus tersebar di segenap ruangan blog di Malaysia.
1malaysia-hacked
Oh! Media adalah salah satu platform media utama yang cuba mengangkat laman website ini melalui internet. Di samping itu, pihak akhbar juga turut serta memperkenalkan website ini kepada seluruh rakyat Malaysia. Apa yang tidak enaknya, bila ada pihak lain cuba untuk menjatuhkan website ini. Dan dalang awal’nya kami jangka mungkin adalah kerja orang Malaysia sendiri sebelum website tersebut tersunggur digodam oleh hackers dari Indonesia.
1malaysia-hacked
Mesej ini ditinggalkan di halaman web Devilzc0de, si hacker yang berjaya menjahanamkan website 1malaysia ini. Dan apa yang pasti, ianya bukan datang dari pihak pentadbir website 1malaysia tetapi dari pihak lain yang mencabar mereka-mereka di Devilzc0de untuk cuba menggodam laman web 1malaysia. Dan akibatnya diterima laman 1malaysia.com dan mereka terus kecundang.
1malaysia-hacked
Agak kasihan dengan website yang baru cuba untuk membangun dalam masa 1 minggu, terus rosak segalanya. Tak tahu lah kalau-kalau mereka ada buat backup data-data yang ada. Tapi apa yang lebih menyedihkan, dalang-dalang yang mencabar Devilzc0de itu, sememangnya berperangai menyedihkan. Read more...

Nampaknya masih belum reda drama sensasi minggu ini yang melibatkan aktress panas, Fasha Sandha. Namun kali ini melibatkan beberapa orang blogger & wartawan.
Tiga buah blog menulis tentang laporan polis Fasha Sandha yang di’dakwa sebagai tidak wujud dalam simpanan pihak polis.

norabaru 2 Gambar: Fasha Sandha Tepis Dakwaan Reka Laporan Polis, Tampil Bukti
Ramai termasuk kami pasti wanita yang di’maksudkan adalah Nora Danish dek kerana drama yang sedang berlangsung sepanjang minggu ini.
Namun, laporan polis yang di’kemukakan oleh Fasha Sandha seperti gambar di’atas bertarikh 14 Februari 2008, jam 6.15 pm ini turut menimbulkan tanda tanya.
Selain kandungan laporan polis yang tidak di’dedahkan (kami pasti atas alasan kandungan sulit), pihak polis nampaknya mengambil masa agak lama untuk selesaikan kes ini.
Jadi, jika benar ini laporan polis yang Fasha Sandha maksudkan beberapa hari lepas, apakah status siasatan sekarang? Read more...


015818937 Berita Yang Anda Tidak Peduli: Memey Suhaiza Bakal Kahwin Norman Hakim Hujung Tahun Ini. Hmm.Selepas lebih 2 tahun insiden khalwat Memey Suhaiza & Norman Hakim, mereka bakal berkahwin.
Oh Tuhan. Bosan’nya menulis kisah pasangan sensasi tabloid ini. Kami terpaksa kerana kami tahu ada antara anda yang masih peduli.
Lihat sahaja gambar kemesraan mereka berdua di’sebelah yang kami curi dari mStar Online hari ini. Berpegangan perut. Wahh.
Pasangan ini beritahu media yang persiapan perkahwinan mereka sudah siap 40% termasuk membeli kelengkapan perkahwinan di Bandung, Indonesia.
Untuk kami yang pernah menjejakkan kaki ke Bandung, membeli belah di Bandung tidak menunjukkan anda kool, ia menunjukkan anda tiada taste & looks cheap. Oopss!
Memey Suhaiza turut menyatakan yang beliau telah menetapkan konsep perkahwinan mereka nanti — ala taman. Mereka juga di’katakan sedang berbincang dengan beberapa penaja yang berminat. Read more...

KUALA LUMPUR: Akibat disihir dengan minyak dagu mayat, seorang pelakon wanita drama bersiri popular membuat pengakuan pernah meninggalkan suami dan tiga anaknya semata-mata untuk bersekedudukan dengan seorang lelaki warga Kemboja yang baru dikenali walaupun ketika itu dia hamil tiga bulan.
Mangsa mendakwa ilmu hitam itu menyebabkan dia seolah-olah menjadi hamba seks lelaki terbabit selama lebih dua tahun sekitar 2007 hingga 2009. Sepanjang tempoh itu juga, semua pendapatan bulanannya turut diserahkan kepada lelaki berkenaan.

Lebih tragis lagi, pelakon itu yang berusia 27 tahun dan hanya mahu dikenali sebagai D berkata, dia juga terlantar selama sebulan di wad psikiatrik, Hospital Selayang dekat sini, selepas doktor mengesahkan dia mengalami gangguan mental.
“Segala-galanya bermula selepas saya berkenalan dengan seorang penghantar surat yang kerap datang ke pejabat saya di Damansara atas urusan kerja.

“Entah mengapa saya tiba-tiba seperti hilang pertimbangan diri kerana sentiasa dihantui wajah lelaki berusia 24 tahun itu seolah-olah ada satu daya tarikan istimewa pada dirinya.

“Saya gagal mengawal diri sehingga tidak mampu menolak setiap arahan yang diberikan, malah tidak teragak-agak meninggalkan suami dan anak untuk tinggal serumah dengan lelaki itu di Gombak,” katanya.
D berkata, sepanjang tinggal dengan lelaki itu, dia dilayan seperti pembantu rumah apabila diarah melakukan semua kerja rumah selain terpaksa menyerahkan semua wang pendapatannya.

“Biarpun dimaki-hamun dan dipukul saban hari, saya tidak pernah terfikir untuk meninggalkannya, malah hati saya tetap menyayanginya. Setiap kali saya berhasrat pulang ke pangkuan anak-anak, seolah-olah ada satu kuasa mematikan niat saya itu,” katanya.

Menurut D, hampir tiga tahun bersama lelaki durjana itu, dia langsung tidak pernah menjenguk orang tuanya di kampung dan suaminya juga gagal menjejaki tempat tinggalnya.

“Saya juga seperti dirasuk kerana setiap kali ada pihak melarang hubungan kami, saya tidak teragak-agak memarahi serta memaki-hamun mereka,” katanya.

Kemuncaknya, keadaan diri D menjadi tidak keruan apabila lelaki itu menghilangkan diri. Dia mula meracau siang dan malam memanggil nama lelaki itu hingga akhirnya terpaksa dimasukkan ke hospital.

Selepas terlantar di hospital, barulah keluarganya dapat bertemu dengan D selepas dihubungi pihak hospital dan sokongan mereka membuka laluan untuk D kembali pulih seperti sedia kala.

“Saya hanya menangis sepanjang tempoh ditahan di hospital. Ketika itu, bapa menasihati saya supaya kuat semangat dan memohon pertolongan daripada Allah.

“Bimbang melihat keadaan saya semakin parah, bapa membawa saya berjumpa pengamal perubatan tradisional kerana mengesyaki saya terkena ilmu hitam,” kata D.

Menurutnya, selepas berubat dengan dua pakar perubatan tradisional, dia diberitahu lelaki itu menggunakan ilmu hitam dengan mencalitkan minyak dagu pada badannya.

“Saya turut diberitahu lelaki terbabit menggunakan sihir itu untuk mengikis harta ramai gadis sebelum menghilangkan diri,” katanya.

D bersyukur kepada Allah kerana hasil rawatan tradisional dia semakin pulih dan kini sudah mampu melupakan lelaki berkenaan.

Bagaimanapun, perbuatan kejam lelaki itu menyebabkan rumah tangga D berakhir apabila dia diceraikan suaminya pada penghujung tahun lalu.

“Tentunya dia marah dan kecewa dengan apa yang berlaku, tapi dia tak tahu saya menjadi mangsa ilmu hitam. Kini saya sudah mampu menjalani kehidupan seperti biasa dan melupakan episod perit yang meragut kebahagiaan rumah tangga saya.

“Saya sanggup berkongsi pengalaman hidup saya kerana mahu ia menjadi pengajaran kepada semua wanita. Berhati-hatilah dan jangan mudah percaya dengan lelaki,” katanya. Read more...


KESAN dirotan pada belakang badan Wan Mohd. Faris.


KUALA TERENGGANU - Seorang murid tahun empat trauma untuk pergi ke sekolah selepas mendakwa dia dirotan oleh seorang guru selepas menghantar kertas ujian di sebuah sekolah di Kuala Besut di sini pada Rabu lalu.
Semasa kejadian, Wan Mohd. Faris Wan Zukri, 10, mendakwa dia baru menghantar kertas ujian kertas pendidikan Islam sebelum dikejutkan dengan tindakan guru lelaki itu yang tanpa sebab telah merotan badannya secara tiba-tiba.
Tindakan guru itu menyebabkan dia terkencing di dalam kelas kerana menahan kesakitan.
"Waktu kejadian, cikgu itu bagi kertas ujian dan selepas saya hantar kertas ujian pada cikgu, saya jenguk kawan saya untuk tengok apa yang dia buat.
"Tiba-tiba cikgu datang terus rotan belakang badan saya. Selepas itu cikgu tanya sakit tak. Belum sempat saya jawab dia rotan saya sekali lagi," katanya ketika dihubungi di sini semalam. Read more...


ALING (kiri) dan Thim Thai dibawa ke Mahkamah Sesyen Ampang semalam atas pertuduhan memperdagangkan bayi.


AMPANG - Dua wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan memperdagangkan seorang bayi perempuan berusia seminggu bagi tujuan eksploitasi di Ampang Jaya di sini dua minggu lalu.
Tertuduh Yoong Thim Thai, 53, warga tempatan dan Aling Athu, 36, seorang pendatang tanpa izin dari Indonesia didakwa dengan niat bersama telah memperdagangkan bayi perempuan itu di tempat letak kereta pasar raya Tesco Ampang, Ampang Jaya pada pukul 2.30 petang 14 Januari lalu.
Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 dan boleh dihukum penjara tidak kurang daripada tiga tahun dan tidak lebih 20 tahun dan boleh dikenakan denda. Read more...

Hebat sungguh lelaki yang bernama Milton Mbhele ni. Kahwin bukan satu tapi terus empat serentak. Mbhele ni dah kahwin dengan salah seorang dari 4 isterinya selama 12 tahun dan ‘mengahwininya’ sekali lagi di majlis yang sama bersama 3 isteri yang lain. Agaknya tanak bini tua dia kecik hati kot mase kawin dulu tak buat majlis grand macam ni. Cayalah, tahap kehebatan mamat  ni memang gaban~~~



Read more...

Gambar hiasan
Bagaimana mahu memulakan harian anda dengan suasana sihat dan 'mood' yang segar. Jawapannya mulakannya dari bilik tidur anda.  Begitulah hasil kajian pasukan penyelidik yang diketuai oleh Dr Debby Herbenick, saintis penyelidikan Amerika dan kolumnis seks mendapati pasangan orang dewasa yang sering mengadakan hubungan suami isteri pada  waktu pagi  [ subuh sebelum atau selepas] ternyata tidak hanya merasa lebih bersemangat untuk  hari itu, tetapi juga bermanfaat untuk menguatkan sistem kekebalan tubuh.
Penyelidikan tersebut menunjukkan bahawa orang dewasa yang memulakan hari mereka dengan cara ini akan lebih sihat dan lebih bahagia daripada mereka yang hanya memilih untuk minum teh dan roti bakar sebelum keluar ke tempat kerja.  Ini kerana bahan kimia yang dilepaskan semasa hubungan seks pagi dapat meningkatkan kesihatan dan 'mood' baik untuk sepanjang hari, malah ia dapat mengelakkan bukan saja masalah angin dalam badan dan flu tetapi juga mampu meningkatkan kualiti rambut , kulit serta kuku mereka  lebih sihat.  Dr Debby Herbenick berkata: "Hubungan seks pada pagi hari akan melepaskan kimia oksitosin  yang dapat mewujudkan perasaan ceria  yang membuat pasangan merasa saling mengasihi dan terikat sepanjang hari."
Hubungan seks waktu pagi mampu menguatkan sistem kekebalan tubuh anda untuk hari itu dengan meningkatkan tahap  IgA anda, sejenis antibodi yang melindungi  jangkitan.  Zat kimia yang dilepaskan meningkatkan kadar estrogen, yang meningkatkan kualiti tekstur kulit dan rambut."
Kajian yang dilakukan oleh Queens University di Belfast mendapati bahawa melakukan hubungan seks tiga kali seminggu boleh mengurangkan separuh risiko serangan jantung atau stroke.
Oleh itu, orang dewasa harus tetap cuba untuk mencari masa untuk melakukannya walaupun banyak halangan seperti masa yang terbatas, kerja dan anak-anak.
Penyelidikan dari Universiti Nottingham pula mendapati bahawa lelaki yang terus mengamalkan kehidupan seks yang teratur pada usia 50an mereka juga berisiko lebih rendah terkena kanser prostat
Read more...

Syarikat produksi Metrowealth International Group of Company (MIG) mengeluarkan sebanyak RM4.5 juta untuk memberi hadiah kepada individu-individu yang menjayakan penerbitan filem dan drama di bawah syarikat itu pada malam penghargaan dan penyampaian bonus “1 Dekad, 49 Filem” yang diadakan di Hotel One world, PJ, baru-baru ini.

Hadiah-hadiah yang diagihkan itu diberi sebagai tanda penghargaan dan menganggap keuntungan yang diperoleh harus dikongsi dengan semua yang terlibat secara langsung seperti karyawan, artis dan pihak media.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MIG, David Teo, pihaknya meraih jumlah kutipan yang membanggakan iaitu sebanyak RM42 juta bagi 11 filem yang diterbitkan. Dalam pada masa yang lai, Lisa Surihani, Nora dan Putri Mardiana masing-masing menerima wang sebanyak RM15,000, manakala Azad Jazmin, Angah dan Nora Danish menerima RM10,000 setiap seorang. Pengarah Ngangkung, Ismail Bob Hasim pula dihadiahkan sebuah kereta mewah Toyota Alphard 3.5 Read more...

Hahaaha..
kerusi nie hanya untuk lelaki sahaja..
haha..


mmg pas-pas je...
haha..
Read more...

Mana lagi cepat yang ikat?robot ke manusia?

 
Read more...

Anda bengang tak kalau kalah lumba lari. Atau sebelum itu anda dipotong oleh saingan terdekat anda?. Tentu marah kan..untuk melepaskan rasa marah, amalan  seperti di atas ini mungkin salah satu penyelesaiannya
Read more...


Ikan piranha ini berukuran besar bahkan terbesar di dunia. Oleh kerana ukurannya inilah sehingga ikan ini mampu menjadikan seekor buaya sebagai mangsa.

Giginya sangat tajam, berjumlah 32 batang. Panjang badannya 1,5 meter, beratnya sekitar 45 kilogram. Inilah piranha raksasa.

Ikan ini ditemui oleh Jeremy Wade, pembawa acara River Monsters show yang juga seorang pemancing berbangsa Inggeris. Dia melakukan ekspedisi ke sungai di Congo, Afrika.

Dengan gagah berani, Wade sempat mengambil foto dengan ikan ganas ini. Dia memegang badan ikan itu sambil mulutnya terbuka lebar memperlihatkan gigi-giginya yang runcing.
Ikan tigerfish raksasa ini dipercayai sebagai ikan air tawar yang lebih ganas dari piranha biasa. Giginya seukuran dengan hiu putih. Dia juga dikenali kerap menyerang manusia bahkan menjadikan buaya sebagai mangsa.
“Ikan ini punya gigitan yang sangat kuat dan boleh menjadikan mangsa apa pun yang seukuran dirinya, menyerang manusia, dan mencarik-carik buaya,” kata Wade.
“Ikan ini benar-benar berbahaya, kamu harus hati-hati, bila tidak dengan mudah kamu akan kehilangan jari, bahkan boleh lebih buruk lagi.”
Wade mengambil masa lapan hari untuk membawa ikan itu ke darat, tetapi kemudian melepaskannya kembali
Read more...

Aleisha Hunter, seorang kanak-kanak berusia 4 tahun adalah seorang kanak-kanak yang termuda disahkan menghidap kanser payudara. Aleisha yang berasal dari Toronto, Canada itu terpaksa menjalani pembedahan mastectomy iaitu pembedahan untuk membuang payudaranya.

Walaubagaimanapun, pembedahan itu telah berjaya menghalang kanser itu dan kini Aleisha dilaporkan sihat walafiat. Ibunya, Melanie Hunter berkata beliau terkejut kerana terasa benjolan (lump) di dada anaknya itu ketika sedang mengeringkan Aleisha selepas mandi. Kejadian itu berlaku pada tahun 2008 ketika Aleisha berusia 2 tahun!
Benjolan sebesar kacang hijau itu pada mulanya disangkakan penyakit kulit yang biasa, namun Melanie terkilan apabila diberitahu keadaan sebenar anaknya. Aleisha kemudiannya dihantar untuk pembedahan mastectomy dan pemeriksaan lanjutan mendapati kanser itu tidak lagi merebak. Beliau kemudiannya dibenarkan pulang selepas 3 hari. Pakar bedah, Dr Nancy Down berkata beliau tidak pernah berjumpa pesakit yang begitu muda untuk menghidap kanser payudara sepanjang 25 tahun kareernya.
Read more...

Guablog.com

Related Posts with Thumbnails