MelayuKuHebat....|Isu Terkini|Seks|Artis|Gossip|Bisnes|Ebook|

|Isu Terkini|Seks|Artis|Gossip|Macam2|Politik|Resepi|Islam|Internet|Bisnes|Ebook| Macam-macam ada... Memang Lain Dari Yang Lain..Penuh Kontroversi...

Agak terkilan melihat gambar yang dipaparkan di internet iaitu sebuah Myvi yang menampal sticker menyerupai Kalimah Allah, apa tujuan ianya ditampal sebegitu? atau sememangnya pemilik kenderaan tidak mengetahui tentang Sticker itu? atau... pelbagai persoalan terdapat di gambar ini.
Sticker Kereta Myvi Yang Menyentuh Sensitiviti Agama ?

Semoga Kalimah Allah tidak digunakan untuk tujuan yang sesat!

Read more...

Antara rtis-artis indonesia memberikan sokongon kepada pasukan mereka...

Luna Maya

Gambar Luna Maya Dan Monahara Di Stadium Gelora Bung Karno

Monahara

Gambar Luna Maya Dan Monahara Di Stadium Gelora Bung Karno

Lain-lain artis Indonesia

Gambar Luna Maya Dan Monahara Di Stadium Gelora Bung Karno

Gambar Luna Maya Dan Monahara Di Stadium Gelora Bung Karno


perasan tak? Cameraman zoom dekat artis-artis dengan cewek-cewek cun je kan?
Read more...


JAKARTA: Kekasih Ariel Peterpan, Luna Maya yang turut menyaksikan perlawanan akhir kedua Piala AFF di Stadium GBK kelmarin dicaci sekumpulan penyokong Indonesia.
“Huu...Dasar bintang porno! Kenapa dia datang,” ejek seorang penyokong pasukan Garuda, lapor wartawan.

Luna yang datang dengan beberapa rakannya, bagaimanapun menolak untuk diwawancara dan tidak mempedulikan ejekan itu. — Agensi Read more...


JAKARTA: Penyanyi dangdut, Julia Perez atau Jupe, bersungguh-sungguh mahu memakai coli laser bagi mengganggu tumpuan pemain Malaysia pada perlawanan akhir kedua Piala AFF kelmarin.
Bagaimanapun, apabila perlawanan itu berlangsung, Jupe yang juga pelakon cerita seram, tidak kelihatan di Stadium Gelora Bung Karno.

Alasannya, coli lasernya ‘ditahan.’ “Saya memang mahu pakai coli laser itu. Lebih-lebih lagi selepas berbelanja berjuta-juta rupiah untuk mendapatkannya. “Tetapi coli itu ditahan dan disandera,” kata Jupe ketika dihubungi wartawan okezone, semalam.
Selebriti kontroversi itu bagaimanapun enggan memberitahu pihak yang menahan coli berkenaan.

“Saya tidak mahu memberitahu. Yang pentingnya, ia ditahan. Tambahan pula, pihak berkuasa sudah memberi amaran supaya tidak membawa laser ke stadium,” katanya.

Kerana coli lasernya ditahan, Jupe mengambil keputusan untuk tidak ke stadium.

“Saya tidak ke GBK. Saya kini berada di Medan kerana ada urusan. Jika saya berada di stadium, sudah tentu kamera akan mencari saya, seperti Luna Maya dan Manohara,” kata Jupe.

Jupe pertama kali menyatakan hasratnya memakai coli laser sebagai membalas dendam setelah percaya kononnya pasukan Indonesia kalah dalam perlawanan akhir pertama di Kuala Lumpur Ahad lalu kerana penyokong Malaysia menggunakan laser bagi mengganggu tumpuan pemain negara itu. - AP Read more...

HULU SELANGOR: Tiga remaja perempuan dikurung dan dijadikan hamba seks selama sebulan oleh seorang guru yoga di Kuala Kubu Baru, di sini, sebelum diselamatkan polis, Rabu lalu.
Ketika serbuan di rumah guru yoga berusia 54 tahun terbabit, polis menemui beberapa peralatan seks dan dua peket dadah dipercayai syabu.

Ketua Polis Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Afendy, berkata pihaknya percaya sepanjang sebulan dikurung, mangsa yang berusia 16 hingga 20 tahun dirogol berulang kali, selain didera secara seksual termasuk diikat dan dirantai pada katil.
Menurutnya, ketiga-tiga mangsa dilaporkan oleh keluarga mereka tidak pulang selepas mengikuti kelas yoga di rumah guru terbabit pada hujung November lalu. “Seorang daripada ibu mangsa membuat laporan anaknya yang berusia 16 tahun keluar bersama suspek dan selepas itu tidak pulang ke rumah. Ibu mangsa memberitahu dia menghubungi suspek, tetapi suspek enggan memberitahu di mana anaknya berada,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Norel Azmi berkata, selepas menerima laporan ibu mangsa yang juga seorang penoreh getah berusia 38 tahun pada 30 November lalu, pihaknya menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat kes itu.

Menurutnya, siasatan polis mendapati suspek mempunyai 11 rekod jenayah dan dia kini direman empat hari sehingga 3 Januari ini.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan dan ketiga-tiga mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.


Dalam kes berasingan, seorang wanita berusia 22 tahun membuat laporan mendakwa dirogol rakan teman lelakinya di Pangsapuri Putra Ria, Bangsar, di sini, pada 22 hingga 27 Disember lalu.

Sumber polis berkata, sepasukan anggota forensik pergi ke lokasi kejadian semalam bagi mencari bahan bukti dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol. “Namun, polis menyiasat kemungkinan kejadian berlaku kerelaan wanita itu,” katanya. Read more...


LILY SHANG


NEW YORK - Seorang suami, David Gleen Rucker membuat ancaman untuk mendedahkan video seks isterinya, Lily Shang di Internet jika mereka gagal mencapai kata sepakat berhubung pembahagian harta perceraian, lapor sebuah akhbar semalam.
Pasangan itu berkahwin di Toronto, Kanada pada April tahun lalu namun Rucker memfailkan perceraian pada Oktober lalu.
Dalam dokumen mahkamah yang difailkan di sebuah mahkamah di Manhattan di sini, Lily menyatakan suaminya enggan menyerahkan rakaman video itu atau memusnahkannya.
Menurut dokumen tersebut, suami Lily membuat ancaman itu jika dia tidak bersetuju dengan penyelesaian kewangan dalam pembahagian harta perceraian.
Rucker menyatakan dia akan membuat suntingan supaya pengguna Internet cuma dapat melihat aksi isterinya melakukan perlakuan seks. - Agensi Read more...


RAHMA AZHARI


JAKARTA - Bintang sinetron dan model Indonesia, Rahma Azhari sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila dia mengakui terpikat dengan penyerang skuad bola sepak Malaysia yang dikenalinya sebagai Safee, lapor sebuah akhbar semalam.
Rahma, 29, atau nama sebenarnya, Rahma Syahidah Azhari, merupakan adik kepada aktres popular Indonesia, Ayu Azhari, 41.
Dia mencurahkan isi hatinya itu di akaun Twitter miliknya sebelum perlawanan akhir antara Malaysia dengan Indonesia di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta pada Rabu lalu.
"Sasaran saya seterusnya ialah SAFEE…," katanya.
Penyerang Malaysia yang dimaksudkan oleh bintang sinetron itu dipercayai ialah Mohd. Safee Bin Mohd. Sali.
Rahma dalam komennya di Twitter memberitahu, dia mahu keluar menonton wayang bersama Safee.
Sebelum ini, Rahma telah beberapa kali mencetuskan kontroversi apabila gambarnya dalam keadaan intim dengan beberapa lelaki tersebar di Internet. - Agensi Read more...



Anggota parlimen Serdang Teo Nie Ching yang dihurung kontroversi terbaru berhubung isu pakaiannya di perkarangan sebuah masjid di Cheras, hari ini meminta satu senarai pantang larang disediakan berhubung perkara itu.


Wakil rakyat DAP itu berkata, ini kerana, hampir 30 tahun tinggal di Malaysia, berdasarkan pelbagai persoalan sekitar umat Islam dan bukan Islam, beliau menjadi semakin keliru.


"Sama ada orang bukan Muslim boleh masuk surau? Sama ada orang bukan Muslim boleh masuk perkarangan masjid? Sama ada orang bukan Muslim boleh baca Quran? Sama ada orang bukan Muslim boleh guna Kalimah Allah?" soalnya bertalu-talu.


"Sekiranya Datuk Seri Najib (Razak) dan pemimpin-pemimpin Umno yang lain cannot be bothered untuk menjawab soalan-soalan saya, mungkin pemimpin-pemimpin MCA, GERAKAN ataupun MIC boleh mengeluarkan satu senarai 'OK Tak OK' untuk semua warga bukan Muslim negara ini?" tegasnya.


Utusan Malaysia hari ini melaporkan, selepas kontroversi memasuki surau di Kajang Ramadan lalu, Teo didakwa masuk ke perkarangan Masjid Taman Cheras Jaya, Balakong dengan memakai baju ketat dan melakukan senamrobik bersama-sama jemaah masjid.


Memetik sebuah blog, harian berbahasa Melayu itu dilapor mempersoal sama ada Islam yang diperjuangkan PAS di Selangor berbeza dengan negeri-negeri lain, seperti Kelantan yang mengasingkan kaunter bayaran berlainan jantina.



Blog tersebut, Ruang Bicara Faisal juga dilaporkan menyindir sama ada tahun depan mungkin masjid itu boleh menganjurkan pesta tari-menari dalam kawasannya sebagai sebahagian acara sambutan Maal Hijrah.


Teo: Utusan tak layak beri ajaran agama


Menulis di laman Facebook beliau hari ini, Teo berkata, walaupun Najib memberikan pelbagai saranan kepada media dalam sebuah konvensyen akhbar Cina pada 20 Disember, dalam masa yang sama, Utusan "memainkan isu agama dan kaum yang sempit dan bahaya."


"Adalah jelas sekali bahawa Utusan Malaysia bukanlah penggalak kesederhanaan tetapi penggalak ekstremisme, tetapi adakah perdana menteri ataupun menteri dalam negeri akan mengambil sebarang tindakan terhadap Utusan Malaysia?" katanya.


Mempertahankan tindakannya, Teo yang juga pembantu setiausaha publisiti DAP menjelaskan, tindakannya menyertai program masjid itu bertujuan merapatkan hubungan antara komuniti.


"Sudah banyak kali saya lihat orang bukan Islam menghadiri majlis hari raya Aidilfitri di perkarangan masjid. Jadi, apa kesalahan saya untuk menghadiri majlis-majlis yang dianjurkan di perkarangan surau ataupun masjid apabila dijemput?"
"Adakah saya salah kerana saya memang telah melanggar ajaran Islam? Ataupun sebab saya seorang ahli politik DAP?" soalnya.


Mengambil peluang itu, beliau mengkritik Utusan yang didakwanya hanya tahu benci-membenci dengan menggunakan fahaman ekstremis baik aspek kaum, jantina mahupun agama. 




"Saya tidak akan ikut adat yang ditetapkan oleh Utusan Malaysia ataupun Umno kerana saya percaya Utusan Malaysia tidak layak untuk memberi ajaran agama Islam," kata anggota parlimen muda itu.
Read more...


Lakukan seks dua kali seminggu dapat mengurangkan risiko lelaki diserang sakit jantung. Kajian terbaru yang melibatkan 1000 lelaki ini mendapati aktiviti seks yang kerap mempunyai kesan yang baik untuk jantung lelaki, walau bagaimanapun  kajian itu tidak pula mengkaji kesan aktiviti seks terhadap kesihatan jantung wanita.
Kajian itu mendapati lelaki yang kerap melakukan seks 45% kurang berisiko menghidap penyakit jantung yang mengancam nyawa berbanding dengan lelaki yang hanya melakukan seks sekali sebulan atau kurang daripada itu.
Kajian yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik di Institut Penyelidikan New England di Massachusetts itu merekodkan aktiviti seksual lelaki berusia antara 40 hingga 70 tahun. Kumpulan lelaki ini menyertai projek jangka panjang yang dipanggil Kajian Jangka Hayat Lelaki Massachusetts yang dimulakan sekitar tahun 1987. Dalam tempoh 16 tahun, setiap lelaki yang menyertai projek ini ditanya tentang kekerapan mereka melakukan seks dan mengesan tanda penyakit jantung pada mereka dalam tempoh tersebut.
Dalam kajian ini, pasukan penyelidik mengambil kira faktor risiko seperti umur, berat badan, tekanan darah, dan paras kolesterol responden. Hasilnya, jantung lelaki yang didapati kerap melakukan seks lebih sihat. Menurut penyelidik, aktiviti seks dapat memanfaatkan kesan fizikal dan emosi terhadap badan.
Read more...

Imam Al-Ghazzali berkata bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari adalah hari Jumaat.Pada hari itu dijadikan Adam a.s. dan pada hari Jumaatlah terjadinya kiamat.
"Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan semulia-mulia hari di sisi Allah."
Imam Al-Ghazzali menambah bahawa Kaab Al-Ahbar (seorang tabien dan ulama yahudi yang memeluk ugama islam pd zaman Saiyidina Abu Bakar) berkata burung-burung dan haiwan apabila bertemu satu sama lain pada hari Jumaat mengucapkan "Selamat, selamat hari yang baik".
Imam Al-Ghazzali juga berkata malam Jumaat mempunyai banyak kelebihan dan disunnahkan pd mereka yg mempunyai isteri bersatu pd malam itu.
Doa Antara Dua Khutbah
Kebanyakan ulama berpendapat waktunya adalah antara dua khutbah, iaitu pd saat imam sedang duduk setelah khutbah pertama sebelum beliau bangun utuk khutbah kedua. Saat inilah saat yang paling dimustajabkan doa.
Sedekah Pada Hari Jumaat
Bersedekah membawa pahala yang besar. Ia menjauhkan bala, menjauhkan penyakit dan mendekatkan diri kepada Allah. Apalagi jika dilakukan pada hari Jumaat.
Mati Pada Malam Jumaat
Hadis nabi "Tidak seorang muslim yg mati pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali diselamatkan Allah daripada fitnah kubur".
Kelebihan Menunaikan Sembahyang Jumaat
Nabi bersabda "Barangsiapa yg dapat menunaikan sembahyang Jumaat maka baginya disisi Allah pahala seratus orang yg mati syahid. Dan barangsiapa meninggalkan sembahyang Jumaat sebanyak 3 kali tanpa darurat, maka Allah akan mengecap hatinya". barangsiapa
Ibadah pada hari Jumaat.
Perjalan ke masjid - adalah sunnah mengambil jln yg jauh tetapi apabila pulang sunnah ambil jln yang dekat - Imam Al-Ghazzali.
Selawat
Sabda nabi "Banyakkanlah berselawat ke atasku pd hari Jumaat kerana sesungguhnya ia adalah hari saksi (hari Jumaat) disaksikan oleh para malaikat.
Mandi dan Pakaian
Sunnah pada hari Jumaat memakai pakaian yang bersih, baru dan berwarna putih.
Memotong Kuku
Ibn Masud berkata "Mereka yg memotong kuku pd hari Jumaat, Allah akan sembuhkan dia dari segala penyakit dan berikannya keselamatan. Read more...

Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a katanya:”Apabila roh orang-orang mukmin keluar dari tubuhnya dua orang malaikat menyambutnya dan menaikkannya ke langit.” Kata Hammad :”Kerana baunya harum seperti kasturi.” Kata penduduk langit “ Roh yang baik datang dari bumi. Sallallahu ‘alaika (semoga Allah melimpahkan kebahagiaan kepadamu) dan kepada tubuh tempat engkau bersemayam.” Lalu roh itu dibawa ke hadapan Tuhannya Azza wa Jalla. Kemudian Allah berfirman:”Bawalah dia ke Sidratul Muntaha dan biarkan di sana hingga hari kiamat.” Kata Abu Hurairah selanjutnya:” Apabila roh orang-orang kafir keluar dari tubuhnya – kata Hammad, berbau busuk dan mendapat makian-, maka berkata penduduk langit,”Roh jahat datang dari bumi.” Lalu diperintahkan, bawalah dia ke penjara dan biarkan di sana hingga hari kiamat.”
(Muslim)

Huraian
Kematian sesungguhnya amat menyiksakan. Kematian orang-orang yang tidak beriman mempunyai banyak perbezaan dengan kematian orang-orang yang beriman. Tanda-tandanya bukan sahaja dapat dilihat oleh orang yang hidup bahkan ini diperakukan sendiri di dalam al-Quran melalui firman Allah S.W.T yang maksudnya:"Kalau sekiranya kamu dapat melihat malaikat-malaikat mencabut nyawa orang-orang yang kafir seraya memukul muka dan belakang mereka serta berkata, "Rasakanlah olehmu siksa neraka yang membakar." (niscaya kamu akan merasa sangat ngeri) (al-Anfal :50). Rasulullah s.a.w sekalipun dianggap sebagai kekasih Allah turut merasakan kesakitan sakratulmaut. Itupun baginda diperlakukan secara lembut oleh malaikat. Maka bayangkanlah bagaimana kesakitannya jika kita selaku insan biasa dapat berhadapan dengan situasi ini. Oleh itu seharusnya kita sentiasa berwaspada agar tidak tergolong di kalangan orang-orang yang tidak beriman, lalai dan lupa kepada Allah kerana sudah pasti roh kita nanti bakal ditempatkan di dalam penjara sehingga hari kiamat. Read more...

Berikut ialah kronologi peristiwa politik tanah air sepanjang tahun 2010.

JANUARI:

1 - Bekas Menteri Penerangan dan bekas Setiausaha Agung Umno Tan Sri Mohamed Rahmat meninggal dunia pada usia 71 tahun.

FEBRUARI:

12 - Anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim mengumumkan keputusan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi anggota Bebas.

28 - Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin keluar PKR untuk sertai Umno.

MAC:

1 - Anggota Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng mengumumkan keputusan keluar daripada PKR dan menjadi anggota Bebas.

3 - Anggota Parlimen Bagan Serai Mohsin Fadzli Samsuri keluar PKR dan menjadi anggota Bebas.

6 - PKR pecat anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin.

28 - Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menang jawatan presiden MCA menewaskan bekas presiden Tan Sri Ong Ka Ting dan penyandang Datuk Seri Ong Tee Keat dengan majoriti 68 undi pada pemilihan MCA.

APRIL:

25 - Calon Barisan Nasional P.Kamalanathan menewaskan calon PKR Datuk Zaid Ibrahim pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor dengan majoriti 1,725 undi.

MEI:

14 - Anggota Parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong isytihar keluar daripada PKR dan menjadi wakil rakyat Bebas.

16 - Calon DAP Wong Ho Leng menewaskan calon BN Robert Lau Hui Yew dan calon Bebas Narawi Haron pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Sibu dengan majoriti 398 undi.

JUN:

11 - PAS benarkan calon bukan Islam bertanding menggunakan simbol parti itu semasa pilihan raya tetapi dengan syarat terima dasar dan perjuangan parti itu.

JULAI:

22 - MIC terima Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk T.Murugiah, yang dipecat daripada Parti Progresif Penduduk (PPP), menjadi anggota MIC.

OGOS :

1 - DAP pecat ahli Majlis Perbandaran Klang Tee Boon Hock kerana dakwaan menyalahgunakan kepala surat seorang anggota exco Selangor.

SEPTEMBER:

1 - Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Peter Pang En yin keluar daripada Parti Liberal Demokratik (LDP) dan menawar untuk melepaskan jawatan kerajaan kerana tidak setuju pendirian parti menentang kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman. Beliau masih memegang semua jawatan kerajaan.

OKTOBER:

23 - Perdana Menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu perhimpunan agung Umno bahawa beliau dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin akan turun padang ke seluruh negara tahun depan untuk bertemu anggota Umno dan rakyat.

NOVEMBER:

4 - Calon BN Abdul Aziz Yusoff mengalahkan calon PAS Dr Zulkefli Mohamad dengan majoriti 1,190 undi dalam pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Galas.

4 - Calon BN Datin Linda Tsen menang pilihan raya kecil kerusi Parlimen Batu Sapi di Sabah mengalahkan Presiden Parti Maju Sabah Datuk Yong Teck Lee dan calon PKR Ansari Abdullah dengan majoriti 6,359 undi.

19 - Datuk Zaid Ibrahim mengumumkan hasrat untuk keluar daripada PKR ekoran hilang kepercayaan dengan perjuangan parti itu.

20 - BN setuju pinda perlembagaannya untuk memperkenalkan keanggotaan bersekutu dan keanggotaan bergabung secara terus.

24 - Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Tun Dr Lim Chong Eu meninggal dunia pada usia 91 tahun.

28 - Anggota Parlimen Gombak Mohamed Azmin Ali dipilih sebagai Timbalan Presiden PKR.

28 - Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok dipilih Pengerusi DAP Selangor

DISEMBER:

1 - Umno tangguh pemilihan parti 2011 selama 18 bulan.

6 - Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu berundur selepas 31 tahun memimpin parti itu dan menyerahkan jawatan kepada timbalannya Datuk G.Palanivel.

13 - MCA tangguh pemilihan parti yang dijadualkan pada 2011, dipercayai mengikut langkah Umno.

15 - DAP turut tangguh pemilihan parti sehingga Ogos 201.2

15 - Zaid Ibrahim menjadi Presiden Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM), ditukar menjadi Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA).

16 - Empat wakil rakyat pembangkang -- Datuk Seri Anwar Ibrahim, Karpal Singh, S.Sivarasa dan Azmin Ali -- digantung daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat selama enam bulan kerana memberi keterangan tidak benar di dewan/ menghina dewan.

17 - Anggota Dewan Undangan Negeri Johor kawasan Tenang Datuk Sulaiman Taha meninggal dunia di Hospital Ampang Puteri, Kuala Lumpur, akibat kencing manis.

27 - Umno Pulau Pinang, Kedah, Terengganu diketuai pengerusi perhubungan yang baru daripada kalangan pemimpin negeri. Read more...




Dato Seri Rais Yatim dituduh rogol amah Indonesia? Lihat berita ini..

Rogol Amah : Nah!! Nama Menteri itu terpapar dalam laporan ini..

Mungkin ramai yang telah membaca dokumen ini tapi tidak menyedari dalam dokumen yang ketiga biarpun ianya cuba disembunyikan dengan dakwat hitam.. tapi masih boleh dilihat jika image dokumen itu dibesarkan..(dah aku besarkan kat bawah)

Biarpun credibility WikiLeaks boleh dipertikaikan, jika benar dakwaan rogol ini telah berlaku sedikit sebanyak ianya akan menjejaskan hubungan dua hala antara Malaysia dan Indonesia.. namun begitu secara amnya kita tidak boleh mempraktikan undang-undang yang berbeza untuk golongan yang berbeza iaitu satu untuk pemimpin dan satu lagi untuk rakyat.

Siapa saja yang dituduh mesti dibawa kemuka pengadilan bagi menghadapi perbicaraan mengikut lunas undang-undang, apatah lagi kali ini yang didakwa melakukan jenayah itu adalah adalah seorang pemimpin yang telah mendapat mandat dari rakyat..
Photobucket

Nampak tak?? terpapar nama DATUK SERI UTAMA .... ..... disitu..
Kalau tak nampak jugak.. kilik kat (SINI)


Berita mengenai seorang menteri senior yang merogol amahnya semakin hangat diperkatakan. Kini nama menteri yang dimaksudkan juga sudah didedahkan. Maka tugas kerajaan sudah semakin mudah. Arahkan ataupun paksa ini menteri bernafsu kuda untuk meletak jawatan.


Artikel lalu yang mendedahkan dokumen penyiasatan kes ini ada disiarkan di blog ini, rujuk sini Dokumen siasatan kes rogol menteri, dari salah satu dokumen yang dihitamkan nama pelaku rogol itu terdapat kebocoran yang menunjukkan siapakah menteri yang dimaksudkan.


Teka teki sudah terjawab, namun menteri ini masih mampu tersenyum dan goyang kaki di rumah kerana mendapat perlindungan dari PM dahulu dan sekarang. Kalau kena tangkap mau kena 20 tahun penjara jika sabit kesalahan. Nasib baik dia menteri Barisan Nasional, maka selamatlah dia.
Read more...

Salam.. Kali ni hana nak share apa yang hana baca. Korang tau x qarin tu apa? Hana pun baru tau ni.

Qarin ialah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping atau kembar pada setiap manusia. Dia dikatakan sebagai 'syaitan' kepada manusia itu. Semua orang ada qarin tau, tak terkecuali Rasulullah s.a.w. cuma bezanya, qarin pada Rasulullah adalah muslim. Qarin pada kita pula adalah kafir.

Qarin ni tugas dia mendorong kita membuat kejahatan, bisikkan was-was, melalaikan ibadat dan sebarang kebaikan. Dia akan menampakkan hal-hal yang jahat tu seolah-olah baik pada anggapan manusia, lalu akhirnya manusia akan terpesong. Sebab tu kadang-kadang kita rasa malas sangat nak solat dan kita rasa mudah sangat tinggalkan solat. Macam takde apa2 kan?

Tapi, Allah Maha Adil. Untuk mengimbangi usaha qarin ni, Allah utuskan malaikat yang akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak kita membuat kebaikan. Maka, terpulanglah pada kita untuk membuat pilihan.
Walau bagaimana pun, orang Islam mampu menguasai dan melemahkan pengaruh qarin. Caranya ialah dengan membaca 'Bismillahir rahmanir rahim' sebelum melakukan sesuatu perkara, banyak berzikir, membaca al-Quran dan melakukan kebaikan.

Pernah suatu ketika dulu, ada pendakwah yang bercerita bahawa apabila kita baca Bismillah sebelum makan, syaitan akan kurus dan kelaparan tetapi jika sebaliknya ia akan gemuk. Kalau difikirkan, memang sukar difahami macam mana syaitan itu boleh kurus sebab bukan kita seorang je manusia kat muka bumi ni. Dan bukan semua orang baca Bismillah sebelum makan. Setelah dibangkitkan soal qarin ni, barulah kita faham, syaitan yang dimaksudkan adalah jin qarin sebab ia ada pada setiap individu.

So, macam mana? Korang nak qarin korang gemuk ke kurus? Tepuk dada, tanya iman..
Read more...

Aik apa dah jadi dengan perut pelakon Elly ni? dah mengandung ke? tapi belum nikah lagi kan. Pelik bin pelak ni. Berita perkahwinannya memang belum ada lagi. Aish, mungkin ini sekadar bentuk badan Elly ketika shoot filem/drama kot, mungkin memegang watak ibu mengandung. Tak pun sesi photoshoot yang mengenakan fesyen yang ketat sampai ternampak sangat bahagian perut tu. Apa-apa pun kita mesti fikir positif, tak juga mahu kisah pelakon Eja yang lalu berulang kembali, nanti ada yang melepas. hehe.

Read more...


This entry khasssnye ditujukan kepade semue gegirl yang meminati Khairul Fahmi Che Mat. Ohh..ade jugek yang tak kenal ke?? Skang nie die dah jadi femes disebabkan gayenye menjage gawang Gol untuk Piala Suzuki AFF semalam. Wah! Mak Bedah siap berdiri okeh mase Safee Sali golkan tu. Oh!Safee Sali.. Serangan dari Indonesia semalam membuatkan Mak Bedah jadi macam Misha Omar hentak2 kaki. Takut bolos punye pasal. Ape2 pun. Terbaeekkk wooookk!! Malaysia layak menang dengan persembahan hebat dari skuad mude negare!!Weeeee!!!
Pasal hero kite, Khairul Fahmi Che Mat yang chinese look,badan ketak2. Hebat lah bang!! U tangkap bola, tepis bola buat Mak Bedah rase terpukau. Ececehh. Mak Bedah pun nak jugek rase penangan Khairul Fahmi nie. Wah! Kat Facebook semue orang sebok nak sebut Khairul Fahmi ajek. Ishh.. dah de pujaan hati laa.. ade blog lagi! Elia si cantiq namenye. Name betul Mak Bedah tak tanye. Hihi.
Okeh! itu jek Mak Bedah nak bitau. Esok cuti umum yallss.Mak Bedah nak ajak Poyo Ganaz p dating tepi laut lah! Boleh tak Poyo Ganaz oi? Hihihi..
Lagi gambar after the jump.

Read more...


Pelakon Ashraf Muslim kali ini diberi kepercayaan untuk memegang watak sebagai seorang ustaz, manakala Iera Syazira pula akan memegang watak seorang GRO dalam drama bersiri Tv3 yang terbaru, Ustaz Amirul. Seperti satu trend, Ashraf Muslim kerap diberikan watak protagonis, mungkin sesuai dengan imejnya yang nampak baik. Kalau tak silap kami, Ashraf Muslim juga menjadi ustaz untuk filem Aku Masih Dara.
Jalan cerita Ustaz Amirul agak cliche, mengisahkan seorang lelaki, Amirul telah dihantar ke Mesir untuk mendalami ajaran agama. Manakala, Adawiyah, gadis kampung yang diminati oleh Amirul telah terjebak dalam dunia maksiat, menjadi seorang GRO kerana ditipu. Read more...


KUALA LUMPUR, 30 Dis: Pihak berwajib terutama Jabatan Agama Islam didesak menyiasat dan bertindak segera terhadap penganjuran satu pesta maksiat, pertunjukkan "Tiger Show", dalam Majlis Makan Malam di Marriot Hotel, Putrajaya pada 16 Disember lalu.
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), Ustaz Nasrudin Hassan At-Tantawi ketika membuat desakan itu berkata, pertunjukkan itu bukan sahaja bercanggah dengan budaya negara kita, tetapi juga bertentangan dengan semangat Islam sebagai agama rasmi Malaysia.
Katanya, Malaysia sekali-kali tidak boleh dibiarkan menjadi hub maksiat atau hub tarian lucah seperti yang dianjurkan syarikat pengeluar barangan elektrik dan elektronik itu dalam majlis makan malam di hotel tersebut.
"Lebih menyedihkan lagi, rata-rata yang hadir dalam majlis itu ialah bangsa Melayu yang beragama Islam," tegasnya kepada Harakahdaily hari ini.
Sambil menyifatkan majlis tersebut telah menghina Islam dan umatnya, beliau berkata, rata-rata pekerja difahamkan amat tersinggung dengan majlis sedemikian.
"Tidak memadai dengan pertunjukkan-pertunjukkan seperti yang sudah sering kita dengar dianjurkan di kelab-kelab malam, tetapi kini penganjur dengan beraninya mempersembahkan pertunjukkan lucah itu dalam majlis makan malam anjuran syarikat kepada pekerja dan tetamu mereka secara terbuka di Hotel Marriot," katanya.
Penganjuran majlis yang mengandungi pertunjukkan lucah itu diketahui oleh beliau setelah dihubungi oleh seseorang yang tidak mahu namanya disiarkan.
Individu tersebut kemudiannya telah menyerahkan 4 keping gambar kepada beliau bagi membuktikan keadaan majlis tersebut yang ternyata amat mengaibkan.
"Saya hitamkan gambar tersebut kerana tidak sanggup untuk menyiarkan gambar asal yang dikirimkan kepada saya kerana ia terlalu lucah dan memalukan.
"Ini satu mungkar yang tidak sepatutnya dianjurkan. Saya berharap agar pihak berwajib terutama jabatan agama Islam bertindak tegas," katanya.
Read more...




Sehingga jam 7.12 Fan Khairul Fahmi mencecah 144 721,laju gilerrr.....
Komen peminat dirangkaian sosial Twitter Khairul Fahmi


Persembahan cemerlang penjaga gawang Malaysia Khairul Fahmi Che Mat bukan sekadar mampu menarik peminat baru ke akaun Facebook beliau, malah menempatkannya di kedudukan kelima tertinggi di seluruh dunia bagi trend terkini rangkaian sosial Twitter.

Dalam tempoh sejam, penjaga gawang kelahiran Kelantan yang sebelum ini tidak begitu dikenali, meningkat secara mendadak ke tempat kelima, menumpaskan 'Support Timnas', yang menyokong pasukan bola sepak Indonesia.

Fahmi juga menjadi topik paling popular untuk Twitter di Indonesia.

Laman Facebook beliau mendapat hit sebanyak 144 000 daripada peminat, ketika artikel ini ditulis kurang daripada dua jam, berbanding tidak lebih daripada 50,000 peminat sebelum perlawanan bermula.

Khairul Fahmi, 21, berupaya menyelamatkan lebih daripada 10 percubaan mendebarkan oleh pasukan Indonesia yang menyerang secara agresif sejurus selepas wisel perlawanan dibunyikan.

"Terima kasih kerana mengembalikan 'keseksian' dalam bola sepak Malaysia," kata seorang peminat dalam laman bola sepak pemain itu.

Lima daripada 10 trend teratas Twitter seluruh dunia didominasi perlawanan bola sepak yang berlangsung selama 90 minit pada pertandingan akhir kedua Piala Suzuki AFF 2010 di Stadium Gelora Bung Karno.

Sebelum ini, Twitter juga menjadi platform kepada penyokong bola sepak Indonesia yang berang dan mendakwa Malaysia memenangi perlawanan akhir pertama di Kuala Lumpur secara tidak adil, manakala penyokong Malaysia lebih gemar menunjukkan sokongan dan kecintaan mereka menerusi Facebook.

Seorang lagi pemain cemerlang, Mohd Safee Mohd Sali, hampir mendapat hit 17,000 "Like" dalam Facebook dari 15,000 pada separuh masa perlawanan.

Mohd Safee yang menjaring gol pertama pada perlawanan akhir kedua, turut merangkul gelaran sebagai penjaring terbanyak dengan jumlah lima gol.

Apa yang paling menarik ialah pemain Manchester United iaitu Rio Ferdinand turut mengucapkan tahniah kepada skuad Harimau Malaya dalam akaun twitternya, @rioferdy5.

"Tahniah kepada Malaysia yang menewaskan Indonesia pada final Piala Suzuki. Saya pernah bermain menentang pasukan bawah 23 tahun Malaysia 18 bulan lepas. Memang satu pasukan yang bagus," katanya.

Dilaporkan bahawa penduduk Asia Tenggara merupakan pengguna terbesar Twitter dan Facebook dengan Indonesia mempunyai 15 juta 'tweeters', ketiga tertinggi selepas Amerika Syarikat dan Brazil, manakala rakyat Malaysia mempunyai 'friends' Facebook paling ramai dengan purata 230 setiap pengguna. Read more...


Hingga ke hari kedua berlalu nya pertembungan antara Malaysia dan Indonesia dalam kancah perebutan piala Suzuki, ramai pencinta sukan itu masih memperkatakan nya. Tak kira diIndonesia mahupun Malaysia.

Begitu juga dengan Manohara Odelia Pinot, salah seorang penseni tanah seberang cukup berminat mengikuti perkembangan bolasepak piala itu dan beliau cukup hit mengatasi Julia Perez yg dikatakan bakal memakai ‘baju’ sexy laser hijau apabila menonton perlawanan akhir di stadium Bung Karno. Manohara menduduki tangga teratas dalam pencarian google berkaitan dengan perlawanan akhir bolasepak piala Suzuki.

Bekas isteri putera sultan Kelantan itu, yang menonton dan duduk sebaris dengan para VIP secata spontan menitis airmata apabila Malaysia dibolosi gol kedua rembatan M.Ridwan.

Dia merasa kesal dan terharu apabila Firman Utina gagal menghasilkan gol ketika tendangan penalty dan Malaysia menjaringkan gol pertama dalam perlawanan itu.

Pada mulanya gua punya geng kat belakang tu, ingatkan Manohara menangis kerana gol Malaysia dapat diboloskan lawan, tapi menangis kerana Indonesia Berjaya mengatasi dua gol berbalas satu. Mungkin juga beliau menangis dalam kehampaan untuk Negara nya menjadi juwara. Read more...

ALOR SETAR, 30 Dis: Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengisytiharkan Ahad, 2 Januari 2011 nanti sebagai hari cuti umum bagi negeri itu ekoran kejayaan skuad bolasepak negara menjuarai Piala AFF Suzuki 2010 yang dilangsungkan di Gelora Bung Karno, Indonesia, malam tadi.
Azizan membuat pengumuman itu ketika berucap di hadapan kakitangan Kerajaan Negeri di Wisma Darul Aman, dekat sini, pagi tadi.
Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada pemain dan pegawai-pegawai pasukan yang bertungkus lumus menjulang nama negara.
Perlawanan akhir kedua malam tadi yang disiarkan secara langsung melalui saluran televisyen di seluruh negara menyaksikan Malaysia berjaya mengekang kemaraan Indonesia untuk menang dengan aggregat 4-2.
Malaysia adalah negara keempat di rantau ini yang berjaya menjulang piala tersebut selepas Thailand, Singapura dan Vietnam.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Jumaat ini (31 Disember) sebagai cuti umum sempena kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan menjulang Piala AFF Suzuki 2010. Read more...


Pendahuluan

Kematian adalah sesuatu yang pasti dan kita harus bersedia menghadapinya kerana ia merupakan titik permulaan kepada penghidupan yang kekal abadi. Hanya mukmin yang dipanggil menghadap Tuhannya dengan hati bersih memperolehi kejayaan.

Menguruskan jenazah adalah merupakan perkara yang tidak boleh kita elakkan begitu sahaja. Ianya merupakan fardhu kifayah ke atas umat Islam. Dengan adanya sebahagian umat Islam yang mengetahuinya akan selesailah tanggungjawab itu.

Namun dalam keadaan sekarang ini, kesedaran di kalangan generasi muda untuk melaksanakan tanggungjawab ini amat tipis sekali. Ramai dari generasi muda yang tidak tahu cara-cara menguruskan jenazah dan hanya menyerahkan sepenuhnya kepada jenerasi yang lebih tua dari mereka untuk melaksanakannya. Bayangkanlah suatu hari nanti ayah atau ibu kita meninggal dunia. Tergamakkah kita membiarkan orang lain menguruskannya sedangkan diri kita hanya melihat tanpa sebarang ilmu.

Sejajar dengan itu maka terbitlah risalah kecil ini bagi memberikan sedikit bimbingan dan panduan. Seperkara yang perlu diingat di samping kita menguruskan jenazah, diharap ianya dapat menjadi pengajaran kepada kita yang masih hidup untuk bersiap sedia menuruti jejaknya suatu hari nanti. Dengan adanya panduan-panduan ini adalah diharapkan sedikit sebanyak dapat memberi pengetahuan kepada para pelawat jika berlaku sesuatu kematian agar dapat membantu menguruskannya. Marilah kita memahami kehendak fardhu kifayah ini, moga-moga ianya dapat menjadi penyambung kesempurnaan dalam pengamalan syariat agama kita.
Melawat Orang Yang Sakit

Hadis Rasulullah saw bersabda mafhumnya :
"Apabila kamu ziarahi orang sakit atau orang yang hampir mati, hendaklah kamu memperkatakan perkara yang baik, kerana sesungguhnya Malaikat mengucap Amin terhadap apa yang kamu katakan itu."
Hukum melawat orang sakit

Adalah fardhu kifayah melawat orang yang sakit menurut jumhur pendapat ulamak. Hal ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra mafhumnya :
“Ada lima Hak seorang Islam keatas orang Islam yang lain : menjawab salam, menziarahinya semasa sakit, melawat jenazah, menerima jemputannya, dan mendo’akannya apabila dia bersin”. (Hadith Riwayat Ahmad, Al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud)
Adab Menziarahi Pesakit
  1. Lawatan ke tempat orang sakit hendaklah tidak makan masa yang lama.
  2. Sunat duduk berhampiran dengan kepalanya.
  3. Berdoalah untuk pesakit agar dia sembuh. Di riwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah : Bahawa Rasulullah saw biasa memohon perlindungan bagi sebahagian keluarga baginda. Disapukan dengan tangan kanannya lalu berkata : “Ya Allah wahai tuhan bagi sekelian manusia, lenyapkanlah penderitaan dan sembuhkanlah, kerana engkau yang dapat menyembuhkan. Tidak ada penyembuh kecuali penyembuhmu. Yakni penyembuh yang tidak meninggalkan penyakit lagi”.
  4. Berilah kata-kata semangat kepada orang yang sakit dan gembirakan dia.
  5. Menziarahi di waktu-waktu yang sesuai serta mengelakkan daripada waktu-waktu senja, makan dan lewat malam.
  6. Sekiranya ia berhutang segera jelaskan hutangnya (mengingatinya).
Tanda-tanda Orang Yang Hampir Ajal
  1. Tunduk hidungnya (hidungnya jatuh).
  2. Pucat/hilang cahaya mukanya.
  3. Lurus kakinya (lurus tapak kakinya).
  4. Tumitnya lembut.
  5. Renggang pergelangan tangannya dan juga sendi-sendinya.
Adab Menziarahi Orang Yang Hampir ajal (sedang nazak)
  1. Menghalakan pesakit yang nazak ke arah kiblat.
  2. Talqin/peringatan kepadanya.
  3. Ajarkan dia mengucap kalimah لا اله الا الله tidak usah ditambah dengan kalimah محمد رسول الله .
  4. Bacalah Surah Yasin dengan nyaring dan Surah Ar-Ra’du dengan perlahan.
  5. Sunat menitiskan air ke dalam mulut sekiranya terdapat tanda-tanda pesakit dahaga.
Hikmah Menziarahi Orang Sakit

Sakit adalah datangnya dari Allah. Penyakit yang ditimpa ke atas kita sebenarnya mengandungi hikmah. Antaranya ialah :
  1. Memberi kesedaran dan keinsafan kepada kita bahawa kita ini lemah dan tidak mempunyai kuasa dan kekuatan untuk menyembuhkannya melainkan Allah.
  2. Allah ingin menguji sejauh mana kesabaran kita menghadapi dugaan Allah.
  3. Allah ingin mengampunkan dosa kita yang kita telah lakukan samada secara sedar ataupun tidak.
Kedatangan Sakaratul Maut

Rasulullah saw bersabda mafhumnya :
“Tidak akan keluar nyawa seseorang mukmin sebelum ia melihat tempatnya dalam syurga dan tidak keluar nyawa seseorang kafir sebelum dia melihat tempatnya di dalam neraka”.
Beredar Roh Pada Jasad
  1. Hujung kaki ke lutut.
  2. Lutut ke pusat.
  3. Pusat ke dada.
  4. Dada ke leher (halkum).
Keadaan Malaikat Maut Ketika Mencabut Nyawa

Keadaan Malaikat Maut terhadap orang yang sudah sampai masanya menemui Allah swt akan menemui 2 keadaan :
  1. Yang beriman (keadaannya dengan rupa yang mengembirakan).
  2. Yang tidak beriman (keadaannya dengan rupa yang menakutkan dengan keadaan demikian kesakitan orang yang hampir mati tidak dapat dirasai oleh orang lain melaikan kepada mereka yang merasainya sahaja.
  3. Beberapa ulamak berpendapat : “Bahawa mati itu terlebih sangat kesakitannya daripada seribu palu dengan pedang dan terlebih sakit daripada gergaji dengan beberapa gergajinya dan terlebih sakit daripada gunting dengan beberapa gunting”.
Perkara Sunat Selepas Kematian.
  1. Mengingati tempat kembali, berdoa dan bersabar.
  2. Sunat diucapkan : “Sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepadanya kita akan dikembalikan”.
  3. Memberi ucapan takziyah (menyabar) menghibur orang yang ditimpa musibah dengan mengebut hal-hal yang dapat menghilangkan duka. Doa Takziyah : “Moga-moga Allah swt menagndakan pahalamu dan memberi takziyah yang baik kepadamu serta mengampunkan yang mati itu”.
  4. Apabila sudah hilang nyawa wajiblah dipejamkan matanya dan dirapatkan mulutnya jika terbuka, dengan cermat. Kemudian diikatkan dagunya untuk memelihara daripada dimasuki serangga. Doanya ialah : “Ya Allah Ya Tuhan kami ampunkanlah dia, Ya Allah Ya Tuhan kami rahmatilah dia”.
  5. Hendaklah diletakkan mayat di tempat yang sesuai. Sebaik-baiknya di atas katil dengan keadaan melentang mengarah ke qiblat.
  6. Salinkan pakaian yang dipakai dengan pakaian yang bersih supaya tidak terbuka auratnya.
  7. Letakkan sesuatu di atas perut untuk mengelak dari kembong perutnya.
  8. Harus bagi ahli keluarganya menciumnya (ijmak para sahabat).
  9. Ahli keluarga yang mampu segera tunaikan hutang si mati sekiranya ia menangguhkan hutang, sama ada dibayar dari harta peninggalan si mati atau atas pertolongan waris, kerana pada suatu ketika Rasulullah saw enggan menyembahyang ke atas jenazah yang mempunyai hutang sehingga dibayar hutangnya dan ditunaikan wasiatnya.
  10. Segerakan pengurusan jenazah tersebut. Dari Ali Bin Abi Talib, Sabda Rasulullah saw mahfumnya : “Wahai Ali tiga perkara yang tidak boleh engkau lambatkan, sembahyang apabila masuk waktunya, kebumikan jenazah apabila sudah sedia dan nikahkan anak dara apabila ada jodohnya”.
  11. Mengumumkan kematiannya, kepada sahabat handai dan golongan orang-orang yang soleh agar segera menguruskannya.
  12. Diharamkan ratapan, meraung, menjerit dan diharuskan menangis.
  13. Diharamkan berkabung melebihi tiga hari.
Sunat Menyediakan Makanan Bagi Keluarga Yang Meninggal

Perbuatan ini disunatkan, kerana ia merupakan kewajipan dan pendekatan diri kepada keluarga mayat dan tetangga. Berkata Imam Syafi’e : “Sebaiknya dibuat makanan buat keluarga mayat cukup untuk mengenyangkan mereka selama satu hari satu malam, kerana itu adalah sunat dan merupakan perbuatan orang yang berbudi”. Sabda Rasulullah saw :
“Buatkanlah makanan bagi keluarga Ja’afar, kerana mereka sedang ditimpa musibah yang memilukan”. (Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Turmizi)

Para Imam memandang makruh hukumnya jika keluarga mayat menyediakan makanan buat orang yang datang kerana hal ini menambahkan kemalangan mereka, serta meniru perbuatan orang-orang Jahiliah.

Adalah menjadi kewajipan ke atas ahli keluarganya yang terdekat (warisnya) untuk menguruskan jenazah. Seperti memandikan, mengkafankan, menyembahyangkan dan menguburkan jenazah mengikut peraturan-peraturan dan cara-cara yang telah ditetapkan oleh syarak.
Read more...

Khaleda Zia, Perdana Menteri Bangladesh
Diantara fahaman sesetengah umat Islam ialah seorang wanita itu tidak boleh menjadi pemimpin tertinggi yang menguruskan atau menjaga masyarakat umum.

Hasil dari fahaman itulah ada di kalangan parti politik yang memperjuangkan Islam sebagai dasar parti mereka kelihatan lebih memberikan tumpuan terhadap kaum lelaki sahaja dalam senarai kepimpinan mereka.

Pas juga satu masa dahulu tidak meletakkan calon wanita untuk bertanding dalam pilihan raya yang merupakan kesan daripada fahaman yang sama.


Namun kini semuanya telah mula berubah, calon wanita sudah biasa dicalonkan dalam pilihanraya di negara kita. Walau bagaimanapun saya yakin sampai sekarang Pas masih mempertahankan kedudukan lelaki untuk memegang jawatan tertinggi parti no 1, no 2 atau no 3.

Bagaimana dengan kedudukan wanita di negara-negara lain dunia dalam hal kepimpinan ini, terutamanya negara yang majoritinya umat Islam. Mari kita lihat di bawah ini.

Berikut ialah senarai negara-negara yang dipimpin oleh seorang wanita.

  1. Bangladesh, Khaleda Zia
  2. Chile, Michelle Bachelet
  3. Finland, Tarja Halonen
  4. Jerman, Angela Merkel
  5. Liberia, Ellen Johnson-Sirleaf
  6. New Zealand, Helen Clark
  7. Philipina, Gloria Machapagal Arroyo
  8. Sril Lanka, Chandrika Bandaranaike-Kumaratunga
Ada 8 negara yang dikuasai oleh pemimpin wanita. Di negara kita pula tidak pernah lagi berlaku dalam sejarah di ketuai oleh seorang wanita secara rasminya. Kemungkinan negara dikuasai oleh seorang wanita di sebalik tabir mungkin ada.

Kita akan lihat pula selepas ini negara-negara yang kerusi parlimennya diisi oleh paling ramai wanita.
Read more...


adakah bakal berulang lagi malam ini ?


laser beam dari malaysia
bbbbbbbbbb bbbbbbbb bbbbbbb !



go malaysia !
Read more...





link :


3 - 0 loser !

jaga kaw, 
aku attack pakai laser nanti !

Read more...


Ayam mati lemas sebelum disembelih???

Sembelih tidak sempurna dan lemaskan ayam selama 10 minit dalam air, merupakan kaedah sembelihan yang digunakan oleh sebuah pusat sembelihan di Batu 13 1/2 Jalan Kuching Serian di sini dan cara operasi tersebut telah mengecewakan pihak Majlis Islam Sarawak yang membuat satu operasi bersepadu pusat sembelihan ayam di Kuching tengah malam tadi.

Operasi yang turut disertai Yang di-Pertua Majlis Islam Sarawak Datuk Putit Matzen itu telah bertindak untuk mengantung serta merta sijil halal yang telah dikeluarkan kepada pusat sembelihan terbabit selama sebulan.

Putit berkata pemegang sijil halal bertanggungjawab dalam memastikan setiap operasi pemprosesan makanan termasuk penyembelihan mematuhi standard yang telah ditetapkan JAIS.

“Kalau cara sembelihan tidak sempurna walaupun daripada penyembelih yang diiktiraf Jais, ia tetap tidak sempurna dan begitu juga kalau ayam sengaja dilemaskan selama 10 minit, itu lebih daripada had,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata Jawatankuasa Taknikal Persijilan Halal akan memastikan pusat sembelihan terbabit benar-benar telah mematuhi standard sembelihan yang telah ditetapkan sebelum mereka mendapat balik sijil tersebut.

Ada sembilan pusat sembelihan ayam segar beroperasi di Kuching.

Kira-kira 40 pegawai daripada pelbagai agensi penguatkuasaan termasuk pasukan polis turut serta dalam operasi yang berakhir jam 3 pagi itu. -sarawakupdate

Gambar ehsan Bernama:




Read more...

 Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada Rabu mengisytiharkan hari Jumaat, 31 Disember 2010, sebagai cuti umum bagi meraikan kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan pada kejohanan Piala AFF Suzuki malam tadi.
Read more...

 
Mat Indon nampaknya sangat marah pasa sekeping gambar yang tersebar di Internet. Dalam gambar tersebut kelihatan seorang lelaki memijak kain yang tertulis Indonesia, dan seorang lelaki lagi menunjukkan tanda F**k. Bagi kami, itu bukanlah besar sangat kesnya..berbanding dengan sikap Mat Indon yang membakar bendera Malaysia. Itu lagi biadap - 



Perbuatan mereka membakar bendera Malaysia lagi biadap!!






Read more...

Polis menahan seorang jurulatih Yoga berusia 54 tahun kerana menjadikan tiga orang wanita sebagai hamba seksnya sejak sebulan lalu. Penahanan lelaki itu dibuat semalam selepas sepasukan polis membuat serbuan di rumahnya di sekitar Kuala Kubu Baru.

Dua daripada hamba seks jurulatih yoga itu berusia 16 tahun, manakala seorang lagi berusia 20 tahun. Ketika ditemui, kesemua mangsa dirantai pada katil di rumah berkenaan. Menurut polis, kesemua mangsa diperkosa dan didera secara seksual berulang kali. Mereka dilaporkan hilang sekitar bulan November lalu.

Pihak polis menubuhkan pasukan khas untuk menjejak mangsa selepas satu laporan polis dibuat oleh salah seorang bapa mangsa pada 30 November lalu. Modus operandi penjenayah terbabit ialah memujuk mangsa ke rumahnya sebelum bertindak menahan mereka.

Menurut Ketua Polis Selangor, dalam serbuan itu, pihak polis turut menemukan dua paket yang dipercayai dadah jenis syabu dan beberapa alat permainan seks. Tambah beliau, jurulatih yoga itu merupakan buruan polis dan memiliki rekod jenayah.

Berita asal di The Star. Read more...

Gambar 'panas' ini tersebar menyebabkan pengacara 8TV Quickly tercalar

Saya tidak hairan dan pelik jika hal ini terjadi kepada orang bukan Islam tetapi saya geram jika ada Melayu yang mengaku Islam secara terang-terangan mengaku gay/lesbian malah berani dan bangga dengan slogan, "Saya gay, saya ok". Mungkinkan mereka ini mewaris perangai umat Nabi Lut???
Saya petik:
[Mstar] PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara Julie Woon, 26, (gambar) menolak tuduhan kononnya dia mengamalkan hubungan sejenis lesbian berikutan penyebaran gambarnya sedang bercium dengan seorang wanita di internet.
Mengaku wanita dalam gambar tersebut adalah dirinya, pengacara 8TV Quicky itu malu dengan penyebaran gambar tersebut dan menganggap perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku.
"Saya dapat tahu tentang gambar itu daripada rakan saya, Qi dan tak tahu siapa yang menyebarnya.
"Apa-apa pun diakui itu adalah saya dan gambar tersebut diambil ketika di zaman sekolah. Ia berlaku secara tidak langsung dan suka-suka sahaja bersama kawan-kawan wanita saya. Di sini saya ingin menegaskan yang saya bukan lesbian.
"Kerana gambar itu juga, saya sudah dicop sebagai wanita lesbian dan ramai wanita lesbian yang mula menghantar SMS kepada saya," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Rabu.
Tambah Julie, dia kesal dengan perlakuannya itu dan ia sebagai peringatan untuknya lebih berhati-hati pada masa akan datang.
"Saya pun tak tahu apa yang saya fikirkan ketika perkara itu berlaku kerana ia agak melampau walaupun ia sekadar suka-suka sahaja.
"Perkara itu membuatkan saya akan lebih berhati-hati pada masa akan datang baik dari segi pemakaian, percakapan serta cara pengambilan gambar kerana sebagai seorang selebriti, masyarakat akan melihat baik buruk saya," jelasnya.
Sementara itu, Julie yang telah putus cinta dengan pelakon Blogger Boy, Qi atau Qushairi Razali, pada Mei lalu kini masih lagi belum menemui cintanya.
Katanya dia kini ingin fokus dengan karier pengacaraannya dan pada tahun depan, Julie akan aktif berlakon semula.
"Saya ada keluar dengan seseorang tetapi belum ke tahap serius lagi. Tapi saya masih berkawan baik dengan Qi. Tambah pula kami merupakan rakan perniagaan bagi syarikat kami, Popcorn Studio bersama seorang lagi rakan kongsi lain.
"Memang ada beberapa isu yang membuatkan kami tidak boleh bersama tapi kami mempunyai keserasian dalam berkawan," katanya.

Read more...

Guablog.com

Related Posts with Thumbnails