MelayuKuHebat....|Isu Terkini|Seks|Artis|Gossip|Bisnes|Ebook|

|Isu Terkini|Seks|Artis|Gossip|Macam2|Politik|Resepi|Islam|Internet|Bisnes|Ebook| Macam-macam ada... Memang Lain Dari Yang Lain..Penuh Kontroversi...

Gambar yang dirakamkan seorang pembaca Oh! Tidak di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) baru-baru ini. Hurm, pasangan couple lepas ni harus lebih berhati-hati dan kalau nak romantis-romantis pun, janganlah di tempat awam. Lagi-lagi di hospital tu..
Dari email yang kami terima:

Hi Ohmedia,
Snap di PPUM. Agak benci tgk bdk melayu nie plus ms tu ade gk india, Cina n foreigner tgh mnunggu kt ctu. Oh malu sbb aku pn melayu! Info, diz couple mnunggu kwn diorang yg agak parah sbb xcident motor. Elok publish je pic nie kt public, leh gk melayu2 tw ape dh jadi dgn Malaysia nie.
Best Regards,
Iwe Oldtimer (fb)
romantis-ppum-1
Lagi gambar..
romantis-ppum-2
romantis-ppum-3
romantis-ppum-4
romantis-ppum-5 Read more...

(30 November 2010) Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya
Posted: 28 Nov 2010 10:23 AM PST
1. Pegawai Penilaian Gred W41
2. Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred J41

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

Tarikh Tutup Permohonan : 30 November 2010
This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now
(01 Disember 2010) Jawatan Kosong Universiti Putra Malaysia
Posted: 28 Nov 2010 10:16 AM PST
1. Pegawai penyelidik Q41

Syarat Kelayakan:
IJAZAH Biotechnology

Keterangan Kekosongan : Bertanggungjawab menjalankan aktiviti penyelidikan berkaitan bioteknologi yang dapat membantu dalam pengurusan kawasan hutan.
Status Jawatan Kosong : Kontrak
Bilangan Kekosongan : 1

Tempat Kerja :
Jabatan: INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA & PRODUK HUT
Negeri : SELANGOR DARUL EHSAN
Daerah : PETALING

Pekerjaan Ini Sesuai Untuk : Lepasan Sekolah/IPT
Waktu Bekerja : Normal
Gaji Ditawarkan : RM 2000
Jantina : Lelaki

PERMOHONAN MESTILAH DIBUAT MELALUI http://www.jobsmalaysia.gov.my

Tarikh Tutup Permohonan : 1 Disember 2010
(01 Disember 2010) Jawatan Kosong Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)
Posted: 28 Nov 2010 10:09 AM PST
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) ingin mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

1. Juruteknik (Gred J17)

KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT

Tarikh Tutup Permohonan: 1 Disember 2010
(01 Januari 2011) Jawatan Kosong Kolej Tunku Abdul Rahman (TAR College)
Posted: 28 Nov 2010 10:03 AM PST
1. Part Time Lecturer (30 Vacancies)

Jobs Requirements:
Degree In History and Civilization

Subject To Teach:
Tamadun Islam

Please Call 013-3946409 (Yau Sim Mei) or call 012-9137306 (Karthiyani)

Class Begin: 14 Feb 2011 - 1 April 2011

Salary: RM75 per hour

Closing Date: 1 January 2011
Read more...

Kumpulan lelaki 'hidung belang' dari Malaysia dikatakan begitu berani mengambil pelbagai jenis ubat 'kuat' atas alasan kononnya untuk meningkatkan kemampuan nafsu seks masing-masing, tanpa mengambil kira faktor risiko terutama kesan sampingan terhadap kesihatan.  Kumpulan lelaki terbabit yang dikatakan sentiasa berulang-alik merentasi sempadan untuk berfoya-foya, turut mengambil pelbagai jenis pil kuat tanpa mendapat kelulusan pihak berkuasa kesihatan. 

Antaranya termasuk pil jenis caverta dan kagarma dari India, yang dikatakan paling mendapat sambutan, berbanding pil lain termasuk yang diimport daripada Amerika Syarikat  atau China. Kedua-dua jenis pil terbabit mendapat permintaan tinggi berikutan harganya yang murah iaitu antara RM10 dan RM15 sebiji, selain begitu mudah untuk diperoleh terutama di setiap farmasi yang terdapat di pekan ini. Kesannya yang kuat turut memungkinkan pelanggan untuk memotong dua ubat terbabit bagi memaksimumkan penggunaan, sekali gus menambahkan lagi penjimatan terutama kos untuk 'berseronok'.

Hampir semua kedai ubat dan farmasi di pekan berkenaan membekalkan pil 'kuat' kerana ia mendapat permintaan tinggi di kalangan pelanggan. Jika dibandingkan, pil ceverta dan kagarma paling laris bukan saja di kalangan anak muda, malah mereka yang turut berusia bertujuan memastikan `kepuasan’ yang lebih ketika melakukan hubungan seks.

Pengedar sememangnya sentiasa membekalkan stok yang diperlukan dan mereka juga sedar keperluan tinggi terhadap kedua-dua pil berkenaan. "Sehingga kini, masih belum ada kes mengatakan pengguna menerima kesan sampingan daripada penggunaan ubat terbabit dan peniaga juga yakin ia tidak membahayakan. "Harga dua pil terbabit amat murah dan berbaloi sekali jika dibandingkan seperti Viagra yang diperbuat daripada AS yang berharga RM50 sebiji untuk sekali penggunaan, berbanding caverta dan kagarma, sebanyak dua kali".

Dia mampu menjual 1,000 biji dalam sebulan dengan majoriti pelanggan adalah rakyat Malaysia kerana permintaan terhadap ubat jenis itu sungguh menggalakkan pada ketika ini. "Namun begitu, saya difahamkan, ubat berkenaan tidak begitu sesuai kepada mereka yang mempunyai penyakit lemah jantung, sebaliknya sesuai kepada mereka yang menghidap kencing manis dan lemah tenaga batin".Ada lebih 200 premis rumah urut dan spa di sekitar pekan ini, termasuk yang menyediakan khidmat pelacuran yang sering menjadi tarikan utama pengunjung, termasuk dari Malaysia.
***hakikatnya begitu, sebab itu di mana-mana jua kita dapati penjual ubat kuat akan mendapat sambutan. jantannya hanya pada bicara, pada memek muka sahaja. bayangkan umur sudah separuh abad, pengidap diabetis dan darah tinggi tetapi bercerita tentang seks tak pernah lekeh. pantang jumpa orang jual ubat di pasar malam di kaki lima, pasti nak dicobanya. orang kita mindanya begitu, seks perkara sulit yang menjadi agenda utama. ustaz, lebai, imam, yb semua bicaranya akan disusuli dengan kisah seks. teringat dua tiga orang sahabat yang mengalami penyakit sembab akibat menggunakan ubat kuat yang tidak diluluskan. bukan sahaja sembab khabarnya anunya juga malas bangun***
Read more...

nitac (Gambar) Nita Seksi Berbaju Ketat Di Parti Eh! 2010
Nita, tiada album mahu pun lagu terbaru yang boleh kami kongsikan bersama. Namun, selebriti ini telah mencipta sedikit kontroversi dengan pemakaian’nya yang terlampau ketat & seksi ketika berlangsung’nya parti Eh! 2010, sabtu lepas.
Dibaluti dengan gaun pendek berwarna keemasan, susuk tubuh Nita yang montok gebu ini telah memukau ribuan mata yang perasan dengan kehadiran’nya malam itu. Ada yang berimaginasi, Nita seakan berbogel disebabkan warna baju & warna kulit’nya hampir sama.
Nampak’nya, imej Nita yang seksi berjaya menaikkan sedikit nama’nya yang semakin suram, lebih tepat telah dilupai oleh ramai pengikut hiburan. Enjoice gambar Nita yang lebih seksi dalam resolusi tinggi ihsan daripada ManggaOnline.
pin nita 1 (Gambar) Nita Seksi Berbaju Ketat Di Parti Eh! 2010
pin nita 2 (Gambar) Nita Seksi Berbaju Ketat Di Parti Eh! 2010

Read more...


Gambar Hiasan
Tiga wanita yang berang kerana ditipu bertindak melekatkan kemaluan seorang lelaki, Donessa Davis di atas perutnya dengan menggunakan gam di sebuah motel di sini, lapor sebuah akhbar semalam. Tindakan itu diketuai oleh isteri Davis iaitu Tracy Hood-Davis yang mengetahui perbuatannya yang meniduri beberapa wanita lain.

Hood-Davis menghubungi tiga wanita iaitu yang pernah tidur bersama suaminya iaitu Therese Ziemann, Wendy Sewell, dan Michelle Belliveau supaya merancang untuk melekatkan kemaluan Davis dengan gam.

Ziemann kemudian menghubungi Davis supaya datang ke sebuah motel di Chilton, Amerika Syarikat (AS) dengan tujuan untuk mengurutnya. Davis turut membenarkan tubuhnya diikat dan matanya ditutup dengan kain. Ziemann kemudian membuka pintu motel itu bagi membolehkan Sewell dan Belliveau masuk dan mereka melekatkan kemaluan Davis.

Davis dibebaskan selepas dia menjerit manakala tiga wanita itu melarikan diri dengan mencuri telefon bimbit, dompet dan kereta lelaki itu. Polis kini sedang mencari isteri lelaki itu yang kini menghilangkan diri selepas merancang perbuatan itu. Tiga wanita yang melekatkan kemaluan Davis itu dibebaskan dengan ikat jamin selepas mereka ditangkap polis. - Agensi

Read more...

Erk….!

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Read more...

GAMBAR-GAMBAR LUCU
PERSATUAN PEMBANTAI-PEMBANTAI SEL. DAN W.P.
Biar betul ada persatuan ni? Ada sesiapa yang boleh sahkan?
Kalau betul, memang bahaya persatuan ni. Tak boleh silap sikit, confirm kena bantai.
Zonbebas
Read more...

149177 10150099777843804 47778883803 7269021 6756581 n Lisa Surihani Cakap Gila Babi & Pelat R, Not A Big Deal Yo!
Huh, kami pun terasa tempias’nya apabila ada wartawan yang mengkritik artis kesayangan kami, Lisa Surihani. Dalam artikel tersebut, wartawan tersebut menegur pertuturan Lisa Surihani yang pelat huruf ‘R’ menyebabkan setiap perkataan yang mengandungi huruf tersebut, tidak jelas kedengaran.
Walaubagaimana pun, isu tersebut bukan’lah besar. Kami difahamkan. ketika Lisa Surihani sedang mengacarakan Mari Menari beberapa minggu lepas, mungkin kerana teruja, beliau telah menyebut perkataan ‘Gila Babi’, menyebab’kan ramai penonton yang hadir tergamam buat seketika.
Walaupun bukan dikategori’kan sebagai mencarut, perkataan seperti itu tidak wajar disebut ketika di kamera. Nasib baik, Mari Menari ditayangkan secara recorded, maka babak berkenaan telah dibisukan.
Biasa’lah manusia tersilap kata, pada kami Lisa Surihani boleh memperbaiki standard pengacaraan dengan mengambil contoh daripada Afdlin, Adibah Noor, atau Vanidah Imran. Seperti kami katakan, not a big deal yo Read more...

59338 497271742570 184821307570 7057569 2414994 n Daphne Iking Dicium Pipi, Dipeluk Bahu   Bekas Suami Saman Skandal
Ini kes berlarutan Daphne Iking berkenaan isu tidak puas hati oleh bekas suami’nya terhadap Darren Choy, yang dipercayai merupakan teman sulit kepada Daphne Iking.
Menurut Ryan (bekas suami Daphne Iking), sewaktu beliau tiba di KLIA sejurus pulang daripada Shanghai pada 5 Julai 2008, dia melihat tangan Dareen Choy berada di atas bahu Daphne dan erat dipeluk. Paling mengejutkan, Darren dengan selamba mencium pipi bekas isteri’nya itu, di depan matanya.
Walaupun Daphne Iking & Darren menafikan bahawa mereka berdua mempunyai hubungan sulit, namun Ryan smell something fishy. Menurut Ryan, dia juga terkejut apabila Daphne Iking pernah menaiki penerbangan London dengan Darren.
Ryan juga terjumpa beberapa bukti berupa email hasil komunikasi antara Daphne Iking & Darren, yang disyaki mempunyai motif hubungan sulit.
Apa nak buat, susah nak jaga isteri yang cantik. Lebih banyak godaan yang diterima, lebih-lebih lagi kalau orang ketiga itu lebih kaya & mampu memberikan apa sahaja. Mana isteri tak rambang mata? Read more...

Sudah lama kami melarikan dari dunia blogging. Rasanya dah sampai masanya untuk kembali semula ke jalan yang sepatutnya. Kami minta maaf banyak-banyak kepada pembaca Melayukuhebat, mesti korang bengang gila, setiap kali masuk sini pasti lihat entri yang sama.
Sebagai permulaan semula setelah berminggu tidak update, apa kata kita lihat gambar ukiran kayu yang awesome ini.

Sedikit informasi untuk anda, semua ukiran ini dihasilkan oleh Igor Kuptsov, seorang artis dari Rusia. Dia mula belajar mengukir sejak berumur 15 tahun. Pada mulanya dia hanya mengukir bentuk yang biasa saja sehinggalah minatnya terhadap seni ukiran semakin mendalam.
Layan lagi ukiran terbaik.



Read more...

1. Franz Reichelt (1912)
isu hangat
Seorang penjahit dari Perancis, dia mencuba membuktikan dengan pakaian buatan dirinya semua orang boleh terjun dengan selamat dari tempat yang tinggi.
isu hangat

Lalu dia mencari tempat yang tinggi untuk membuktikannya. Oleh kerana sewaktu itu Menara Eiffel adalah tempat yang paling tinggi, jadi dia memutuskan untuk buat lompat dari menara tersebut. Namun sayangnya, apa yang dia fikirkan bakal jadi percubaan terhebat ternyata gagal dan dia akhirnya mati terhempas.
2 : Bando Mitsugoro VIII (1975)
isu hangat
Seorang aktor di Jepun yang terkenal pada tahun 1975 bersama rakannya pergi ke sebuah restoran dan memesan empat ikan buntal hidup. Dia mahu membuktikan dia boleh makan ikan tersebut hidup-hidup.
Di Jepun mereka mempunyai teknik memasak ikan buntal walau pun ikan buntal yang beracun itu tetapi bukan memakannya hidup-hidup. Jika makan seekor saja boleh membawa kematian apa lagi kalau empat ekor.

Setelah 7 jam Mitsugoro lemah, menurut data forensik, Mitsugoro tetap sedar meskipun dalam keadaan lemah ketika keracunan, dia ” lumpuh sehingga akhirnya mati perlahan-lahan”, kematiannya benar-benar menyakitkan.
3 : Jeff Dailey dan Peter Burkowski (1981)
isu hangat
Dua sahabat ini adalah peminat ekstrem game arcade Berzerk. Berzek adalah game arcade yang hangat di tahun 1980.
isu hangat
Jeff dan Peter berlumba untuk mendapatkan markah tertinggi sehingga akhirnya….
Jeff ditemui meninggal dunia kerana serangan jantung setelah mendapatkan skor tertinggi 16,660.
Selepas 2 tahun kemudian Peter berhasil mengalahkan markah Jeff, namun malangnya,kerana kepenatan Peter terkena serangan jantung sama seperti apa yang dialami Jeff. Dan dia pun meninggal…
4 : Jennifer Strange (2007)
isu hangat
Pada tahun 2007, sebuah stesyen radio KDND 107.9 di California mengadakan sebuah pertandingan bertajuk “Hold Your Wee For a Wii” yang konsepnya ialah mesti menahan kencing selama mungkin setelah minum beberapa botol air Dan sebagai hadiahnya adalah permainan nintendo wii. Permainan yang hot semasa itu.
Pertandingan ini menarik perhatian Jennifer, iaitu seorang ibu yang mempunyai anak yang berniat jika menang permainan nintendo itu boleh menjadi hadiah terbaik buat anaknya. Dia pun menyertai pertandingan itu, tapi apa yang terjadi..
Jennifer meninggal kerana apa yang dipanggil dengan “Water Intoxication” atau keracunan air. Jadi kerana terlalu banyak air yang masuk kedalam tubuh menjadikan ketidakseimbangan di dalam otak.
Semua pihak yang terlibat dalam rancangan di stesyen radio berkenaan dipecat.
5 : Christopher Mccandless (1992)
isuhangat
Ada beberapa orang yang punya motivasi untuk hidup di alam bebas, dekat dengan alam dan jauh dari peradaban. Dan Chris adalah salah satu orang itu..
Dia memutuskan untuk membuang keduniaan dan memulakan menjalani hidup baru di alam bebas tanpa bantuan siapapun. Meninggalkan pendidikan, rakan dan keluarganya sendiri.
Mencuba sesuatu itu memang boleh, tapi tanpa persiapan yang lengkap, boleh menjadi bencana. Inilah yang terjadi dengan Chris, kerana tidak punya pengalaman sama sekali dan juga kekurangan peralatan yang dibawa menjadikan dia terdesak dan mulai kelaparan.
Setelah hampir empat bulan bertahan hidup dengan hanya memakan biji-bijian dari tumbuhan, Chris pun akhirnya mati kerana kelaparan. Dua minggu setelah itu mayatnya ditemukan masih berbungkus selimut oleh 2 orang pemburu yang kebetulan lalu di situ.
isuhangat
Sebenarnya hebat untuk mendekatkan diri kepada alam, tetapi pihak polis tidak menemui benda yg paling penting di dalam hutan iaitu kompas.
Begitulah nasib orang yang ikut hawa nafsu tetapi tidak memikirkan akibatnya…so sendrik mau ingat! Read more...


GAMBAR menunjukkan lembaga seperti separuh badan manusia (dalam bulatan) yang dipercayai hantu disimpan dalam sebuah botol selepas ditangkap di rumah Agus di Situbondo kelmarin.


SITUBONDO, Indonesia - Hantu yang ditangkap oleh seorang ahli paranormal dan disimpan di dalam sebuah botol kelmarin mungkin penunggu yang menjaga tombak lama di pekarangan rumah seorang penduduk tempatan, Agus, lapor sebuah akhbar semalam.
Menurut Agus, paranormal yang menangkap hantu itu menyatakan jika ia berjaya ditangkap, kemungkinan makhluk tersebut merupakan penunggu yang menjaga sesuatu barang.
Tombak itu tertanam di pekarangan rumahnya dan selepas ia ditemui, hanya mata tombaknya sahaja kelihatan.
Menurut Agus, dia tidak mengetahui sama ada tombak itu peninggalan kerajaan zaman dahulu.
Namun, menurut ahli paranormal itu, tombak tersebut merupakan barang kuno.
"Kini, tombak itu sudah dibawa oleh paranormal (penangkap hantu)," katanya.
Kelmarin, akhbar Detikcom melaporkan bahawa hantu yang kelihatan seperti lembaga separuh badan manusia berwarna putih ditangkap oleh seorang ahli paranormal di rumah Agus. - Agensi Read more...


GAMBAR menunjukkan telur ayam biasa (kanan) dan telur ayam sepanjang 9 sentimeter (kiri).


CHRISTCHURCH, Britain - Seekor ayam betina bernama Bolt di sini, mengejutkan pemiliknya, Denise Sloan, apabila ia mengeluarkan sebiji telur bersaiz dua kali ganda lebih besar daripada telur ayam biasa, lapor sebuah akhbar semalam.
Panjang telur gergasi itu 9 sentimeter (sm) manakala lebarnya adalah 5.7sm.
Sloan yang merupakan seorang petani berusia 52 tahun berkata, dia tidak pernah melihat telur sebesar itu walaupun telah memelihara ayam selama 15 tahun.
"Saya tidak pasti rekod dunia telur ayam tetapi telur ini amat besar," katanya baru-baru ini.
Rekod dunia telur ayam terbesar setakat ini menjadi milik Zhang Yinde iaitu seorang kakitangan Biro Perhutanan Daerah Suiling di China, setelah ayam peliharaannya mengeluarkan telur sepanjang 9.2sm dan lebar 6.3sm dengan berat 201 gram. - Agensi Read more...


Mohafri Mohamed yang dituduh membunuh isterinya Fazlina Ahmad diiringi anggota polis selepas perbicraan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.



SHAH ALAM – Saksi pendakwaan kelima yang juga kekasih kepada Mohafri Mohamed, 38, tertuduh yang didakwa membunuh isterinya, Fazlina Ahmad, 39, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini semalam, mereka mengadakan hubungan seks di dalam bilik di rumah tertuduh tempat mayat wanita itu ditemui dalam almari pakaian.
Sebelum itu, saksi Nazratul Annis Zainal Abidin, 23, dalam keterangannya berkata, dia dijemput Mohafri, 38, di Hentian Bas Jalan Duta, Kuala Lumpur sebaik tiba dari Parit Buntar, Perak pada pukul 5 petang, 30 Disember 2009.
Cerita saksi itu, dia yang mengenali tertuduh ketika bekerja di Tropicana Medical Centre, Petaling Jaya tahun 2009 datang ke Kuala Lumpur pada hari itu kerana merancang untuk berkahwin di sempadan Thailand selepas hubungan mereka dihalang oleh bapanya.
Nazratul Annis berkata, dia bersetuju untuk berkahwin dengan Mohafri selepas tertuduh mengaku dia sudah menceraikan isterinya.
Dari Hentian Bas Jalan Duta, Mohafri membawanya ke sebuah rumah di Ampang dekat sini.
“Saya naik ke bilik tidur di tingkat atas untuk menggunakan tandas sebelum tertuduh mengajak saya melakukan hubungan seks,” katanya di hadapan Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki.
Nazratul Annis yang kini bekerja sebagai pelatih pengurusan di Pulau Pinang memberi keterangan terhadap Mohafri yang didakwa membunuh isterinya, Fazlina yang mayatnya disumbat ke dalam almari pakaian di rumahnya dalam keadaan hidung dan mulutnya ditutup dengan pita pelekat. Read more...


GAMBAR bertarikh 27 Februari 2005 menunjukkan bangunan reaktor nuklear Bushehr milik Iran.


WASHINGTON - Dokumen sulit Amerika Syarikat (AS) yang didedahkan dalam laman web WikiLeaks di Internet kelmarin mendedahkan bahawa pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah meminta AS menyerang Iran.
Tujuan serangan itu diminta adalah untuk menghalang program nuklear Iran.
Maklumat itu didedahkan menerusi penghantaran maklumat menerusi kabel melalui kedutaan AS.
Ia turut mendedahkan bahawa AS, Israel dan negara-negara Arab mengesyaki bahawa Iran semakin hampir untuk mengeluarkan senjata nuklear.
Raja Arab Saudi berulang kali menggesa AS untuk menyerang Iran bagi menamatkan program senjata nuklearnya.
"Baginda (Raja Abdullah) memberitahu anda (pegawai-pegawai AS) untuk memotong kepala ular," kata Duta Arab Saudi ke Washington, Adel al-Jubeir.
Maklumat itu didedahkan berdasarkan satu laporan berhubung mesyuarat antara Raja Abdullah dengan pegawai tinggi tentera AS, Jeneral David Petraeus pada April 2008.
Maklumat itu turut mendedahkan bahawa:
* Pegawai-pegawai di Jordan dan Bahrain meminta secara terbuka supaya program nuklear Iran dihentikan dengan menggunakan pelbagai pendekatan termasuk ketenteraan.
* Pemimpin-pemimpin di Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan Mesir merujuk Iran sebagai jahat, satu ancaman yang wujud dan satu kuasa yang akan menyebabkan negara tersebut berperang.
* Setiausaha Pertahanan AS, Robert Gates memberi amaran pada Februari lalu bahawa jika usaha-usaha diplomatik gagal risiko perkembangan senjata nuklear di Asia Barat akan berlaku menyebabkan perang berlaku menerusi satu serangan Israel.
* Ketua Perisikan tentera Israel, Mejar Jeneral Amos Yadlin memberi amaran pada tahun lalu bahawa: "Israel tidak berada dalam satu kedudukan untuk silap penilaian ke atas Iran dan menjadi terkejut seperti AS mengenai serangan 11 September 2001."
Ketika ditanya mengenai kenyataan itu, jurucakap Jabatan Negara AS, PJ Crowley semalam menyatakan bahawa dasar AS adalah tidak memberi komen berhubung bahan-bahan itu.
Iran beulang kali menyatakan bahawa program nuklearnya adalah untuk membekalkan tenaga dan bukan mengeluarkan senjata nuklear. - Agensi Read more...

3374780345 28c145658c Johan Raja Lawak Nikah Ozlyn Sejak 5 Tahun Lepas
Pandai menyimpan rahsia, Johan Raja Lawak akhir’nya mengakui bahawa mereka sebenarnya sudah pun bergelar suami isteri sejak 5 tahun yang lepas. Makna’nya, sebelum Johan bergelar selebriti lagi. Kami pun tidak faham, kenapa perkara baik seperti ini harus disorokkan? Kalau tidak, sudah tentu kontroversi peluk Johan & Ozlyn setahun yang lepas tidak menjadi isu panas. Mungkin, Johan ada alasan’nya yang tersendiri.
Sekaligus, terjawab’lah persoalan gambar seorang kanak-kanak bersama Johan & Ozlyn yang tersebar tidak lama dulu, itu merupakan anak mereka. Nah, sekarang sudah tiada isu lagi, kami fikir Johan sudah bersedia berterus-terang. Chill! Read more...

*sekadar gambar hiasan.
✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.
✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.
✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
Read more...



Sila ‘Right Click’ dan ‘View Image’ untuk paparan lebih jelas. Semoga dapat kita amalkan bersama-sama.
Dipetik dari Kitab Al Jauharul Mauhub Wa Munabbahatul Qulub.Juz Pertama
Terbitn Pusat Da’wah Islamiah,Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam Read more...


Share59
Ayat ini diturunkan setelah Hijrah.Semasa penurunannya, ianya diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kebesaran dan kemuliannya. Syaitan dan Iblis juga gempar kerana adanya satu perintang dlm perjuangan mereka. Rasulullah s.a.w. dengan segera memerintahkan Zaid Tsabit menulis dan menyebarkannya.
1) Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu,setiap pagi dan petang,setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir,Insyaallah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan,kejahatan manusia,binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga,anak-anak,harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s.w.t.
2) Mengikut keterangan dari kitab “Asraarul Mufidah”, sesiapa yang mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali, maka akan dibukakan dadanya dgn berbagai hikmah,dimurahkan rezekinya,dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.
3)  Syeikh Abu Abbas ada menerangkan,sesiapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya,Insyaallah Allah akan memncerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.
4)  Rasullullah s.a.w bersabda bermaksud:”Sesiapa pulang kerumahnya serta membaca ayat Kursi,Allah hilangkan segala kefakiran didepan matanya”.
5)  Sabda Baginda lagi:”Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat,kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat,Allah memeliharanya drp kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar”.
6)  Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai Allah dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.
7)  Mereka yang beramal dengan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan dan hasutan syaitan.
8)  Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah,akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.
9)  Mengamalkan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanan.
10) Ayat Kursi yang dibaca dengan khusyuk,Insyaallah,akan menyebabkan syaitan dan jin terbakar.
11) Jika anda berpindah kerumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu,eloklah anda membaca ayat Kuris 100 kali,insyaallah,mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar dari gangguan lahir dan batin.
12) Barang siapa yang membaca ayat Kursi apabila berbaring ditempat tidurnya,Allah akan mewakilkan 2 malaikat memeliharanya hingga subuh.
13) Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir setiap sembahyang fardhu,ia akan berada dlm lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.
14) Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir setiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut,dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur,Allah akan memelihara akan dia keatas rumahnya,rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.
15)Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu,Allah akan menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar,pahala nabi2 juga Allah akan melimpahkan padanya rahmat.
16) Barang siapa yang membaca ayat Kursi sebelum keluar rumahnya,maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya,mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
17) Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir sembahyang , Allah azza wajalla akan mengemdalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.
18) Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika kesempitam,nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.
Read more...

Guablog.com

Related Posts with Thumbnails