MelayuKuHebat....|Isu Terkini|Seks|Artis|Gossip|Bisnes|Ebook|

|Isu Terkini|Seks|Artis|Gossip|Macam2|Politik|Resepi|Islam|Internet|Bisnes|Ebook| Macam-macam ada... Memang Lain Dari Yang Lain..Penuh Kontroversi...





 lawak hangat
Ajoi, secara diam-diam dah ‘mengonqure’ lawak hangat di internet, malah dah lama aku tak buat entri pasal Ajoi ni tapi ada yang dah mula rindu tuh…hohoho…
Ajoi suka mencungkil gigi selepas makan. Untuk menyenangkan dia, dia meletakkan pencungkil gigi dan letak atas meja makan macam kat restoran tu.
Satu hari dia bising-bising..
Ajoi: Siapa ambik aku punya pencungkil gigi ni, cepat betul habis..
Pancis : Wak Sumardi la tu, aku selalu nampak dia ambik lepas makan.
Wak Sumardi : Ceh, aku ambil sebatang jer lepas makan

Ajoi: Kalau sebatang takper la, ni sampai licin.
Wak Sumardi : Radin la tu, aku ternampak dia selalu ambil segenggam pencungkil gigi ko… tak tau dia buat aper..
Ajoi: Ni yang aku hangin ni, cubalah berjimat sikit. Tengok macam aku…
Lepas makan aku guna sebatang jer…. lepas tu aku letak balik dalam bekas tu…
Wak Sumardi : Uwekkkkkk…!!
Read more...





 
ANDA INGIN JADI ORANG YANG BERJAYA?
apakah anda penakut?
apakah anda pemalas?
apakah anda orang pesimis?
apakah anda takut gagal?
Orang sukses adalah orang yang terus mencuba, meskipun telah mengalami banyak kegagalan.
Ia memandang kehidupan sebagai peluang untuk mencapai kejayaan.
Bagaimana dan mengapa mereka boleh menjadi teratas di bidang masing-masing, dari sukan, pendidikan, hingga ke perniagaan.
Apa sebenarnya yang mereka ketahui dan lakukan untuk menjadi orang berjaya?

Berikut ada tujuh perkara yang dilakukan mereka dalam meraih kejayaan:
1. Orang berjaya berani mengambil risiko
Mereka berupaya untuk mencapai target, melakukan kajian, membuat networking dengan ramai orang, dan ghairah mencuba sesuatu yang baru seiring perkembangan zaman. David C. McClelland, seorang guru besar yang mendalami perjalanan orang-orang yang berjaya serta telah melakukan perjalanan ke banyak negara dan melatih usahawan kecil, menyatakan cara menjadi usahawan kecil yang berjaya adalah dengan menjadi pengambil risiko ; yang mahu terus mengambil risiko untuk meraih kejayaan..Namun begitu berani mengambil risiko mestilah dengan persediaan yang lengkap bukan main terjah sahaja.
2. Orang yang berjaya percaya kepada diri sendiri dan merasakan bahwa mereka berbuat sesuatu untuk dunia.
Mereka memandang sebuah dunia yang besar dan ingin memainkan peranan penting di dalamnya. Mereka tetap bekerja sesuai keterampilan mereka, sambil tetap menyedari bahawa keterampilan memberi nilai kepada keterampilan lainnya. Mereka juga sedar, kerja mereka adalah terbaik akan menghasilkan keuntungan bagi mereka.
3. Orang yang berjaya menikmati apa yang sedang mereka lakukan.
Mereka mampu melihat pekerjaan yang mereka lakukan sebagai sesuatu yang menyenangkan hati ; jika mereka bekerja di mana mereka dapat nampak unggul dan menjadi pekerja terbaik. Orang yang berjaya menyukai persaingan; mereka menikmati pencapaian di puncak permainan mereka.
4. Orang yang berjaya adalah pelajar seumur hidup
Mereka menyedari, pendidikan tidak pernah berakhir tapi dimulai di setiap tingkatan kehidupan dan terus berlanjutan hingga akhir kehidupan. Pendidikan tidak terbatas di ruang kelas; ertinya sentiasa mencuba idea yang baru, membaca buku, surat khabar, majalah, dan menggunakan Internet merupakan bentuk pendidikan.
5. Orang yang berjaya berpandangan positif terhadap apa yang mereka lakukan, dan ini meluas pada hal-hal lain
Mereka percaya gelas itu setengah penuh dan bukan setengah kosong. Mereka menanamkan semangat pada diri sendiri dan dapat membayangkan diri bagaimana mereka berhasil menyelesaikan suatu tugas sukar atau mencapai penghargaan tertinggi. Orang yang berjaya bagaikan pelatih bagi orang lain, dengan memberi pesanan-pesanan positif dalam kehidupan sehari-hari. Mereka gembira melihat orang lain membuat tonggak sejarah dalam kehidupan mereka.
6. Orang yang berjaya mempunyai banyak cara untuk memotivasi diri sendiri.
Ada yang dengan cara melakukan beberapa cara setiap hari pada bidang berbeza. Seorang pemuda  memotivasikan dirinya sendiri dengan mencuba mendapatkan lebih banyak wang daripada kakaknya. Seorang wanita berusia 29 tahun menjadi doktor terkemuka  untuk menunjukkan kepada bekas gurunya bahawa dia memiliki keterampilan dan kecerdasan layak untuk mencapai profesion itu.
7. Orang yang berjaya menyelesaikan tugas bukan separuh jalan, dan mereka menggunakan cara kreatif dalam meraih kejayaan.
Meskipun mungkin memerlukan waktu lebih lama, mereka akhirnya mencapai garis penamat. Mereka manfaatkan masa dengan baik dalam mensinergikan kemampuan fizikal dan mental untuk mencapai kejayaan.
Siapa tahu kita pun mampu mengikuti jejak mereka.
Read more...






Read more...

Raja Farah menganggap pakaian ini menampakkan tubuhnya lebih berisi
PETALING JAYA: Pelakon Raja Farah23, yang dikatakan semakin “comel” ketika muncul dalam Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23) Ahad lalu menyalahkan pakaian yang dipakai apabila susuk tubuhnya yang semakin berisi diperkatakan orang.
Katanya, pakaian rekaan Ezuwan Ismail yang berwarna merah jambu itu tidak begitu sesuai dengannya sehingga perkara tersebut menjadi perbualan ramai.
“Pakaian yang dibuat untuk saya itu menampakkan saya lebih berisi. Ramai yang jumpa saya secara realiti memberitahu badan saya tidak seperti yang mereka lihat di televisyen,” katanya kepada mStar Online, Khamis.
Bagaimanapun kata wanita berusia 23 tahun ini, dia menyedari badannya semakin naik sejak kebelakangan ini tetapi imejnya di dalam televisyen ketika memakai pakaian tersebut bukanlah dirinya yang sebenar.
“Saya juga sedih dengan perkara ini tetapi saya malas nak fikir tentang pandangan orang tentang saya itu. Saya sedang untuk berada di depan kamera televisyen memerlukan saya lebih kecil daripada apa yang penonton lihat,” ujarnya.
Tidak menyalahkan pereka fesyen berkenaan, katanya, pakaian tersebut mungkin dibuat secara tergesa-gesa.
Tambah Raja Farah lagi, perkembangan itu turut membuatkan pihak produksi Kau Dan Aku turut menasihatkannya agar menurunkan berat badan.
Sehubungan itu kata Raja Farah dia sedang berusaha ke arah itu sebelum melangsungkan perkahwinannya pada 12 November depan dengan Megat Andika,25.
"Jika diikutkan badan saya dulu lebih berisi dari sekarang. Tapi saya tidak pernah timbang berapa beratnya. Saya mengukur keadaan badan saya dari pakaian yang saya pakai,” katanya.
Dalam pada itu, Farah memberitahu dia kini terlalu sibuk dengan persiapan perkahwinannya.
Selepas selesai drama Kau dan Aku Raja Farah akan berehat sebentar dan tumpukan pada persiapan untuk hari bahagia itu.
Sementara itu, Ezuwan Ismail ketika dihubungi memberitahu mengambil masa sehari untuk menyiapkan pakaiahn itu.
Katanya, tempoh masa yang diberikan itu menjadikan pakaian berkenaan agak kurang sesuai digayakan oleh Raja Farah.
"Saya tidak salahkan dia jika dia menyalahkan baju tersebut. Kami hanya berkesempatan untuk berjumpa dan saya mengambil ukurannya semasa malam latihan FFM23 iaitu sehari sebelum berlangsungnya majlis tersebut.
"Sebagai pereka fesyen saya juga mahu dia nampak cantik ketika mengayakan baju itu, tapi malangnya kami tidak ada masa untuk mencuba dan baikinya," katanya.
Ezuwan bagaimanapun menganggap perkara tersebut sebagai salah satu pengajaran baginya agar lebih berhati-hati selepas ini.
Read more...






NUSAJAYA: Untuk mengelakkan anak perempuannya dicekup melakukan maksiat kali kedua, seorang ibu bukan saja bersubahat membenarkan anaknya itu membawa pulang teman lelaki, malah turut menyediakan tempat tidur di rumah mereka di Taman Nusantara di sini.
Beberapa bulan lalu pasangan berkenaan pernah ditangkap khalwat di pusat riadah kawasan perumahan itu, namun tidak insaf, sebaliknya meneruskan kegiatan sumbang dengan ibu si perempuan turut bersekongkol. Bagaimanapun, kelakuan mengaibkan dua beranak itu terbongkar hasil intipan penguat kuasa Jabatan Agama Johor dengan kerjasama Jawatankuasa Penduduk Biro Keselamatan dan Jawatankuasa Surau Taman Nusantara, baru-baru ini.

Pengerusi Biro Keselamatan Taman Nusantara, Ismail Rejab, 46, berkata serbuan dijalankan ke rumah dua beranak itu kira-kira jam 5 pagi dan ketika diserbu teman lelaki gadis itu tidur di tingkat bawah manakala teman wanitanya di tingkat atas.

“Pasangan berusia 20-an itu seolah-olah mendapat lesen daripada ibu gadis itu apabila kerap membawa balik teman lelaki pada siang mahupun malam. Kami juga difahamkan ibu itu membenarkan mereka berdua-duaan di rumah.

“Ibu gadis itu berusia 50-an mengakui kesilapan membiarkan anaknya bebas bergaul hingga membawa balik teman lelaki dan berjanji akan mengawasi kegiatan anak perempuannya,” katanya sambil memaklumkan anak wanita itu juga diberi kaunseling supaya tidak mengulangi perbuatannya.

Sementara itu, Ismail berkata, terdahulu, pihaknya membuat serbuan ke sebuah kediaman seorang gadis, 20, yang tinggal bersama rakannya, kira-kira jam 3.30 pagi.
Menurutnya, gadis itu mengambil masa setengah jam membuka pintu rumah.

“Selepas diberi amaran, gadis itu memakai kemeja-T dan berseluar pendek membuka pintu sebelum pemeriksaan mendapati seorang lelaki berusia 23 tahun berasal dari Kampung Melayu, Gelang Patah berada di dalam bilik tidurnya.

“Pasangan itu diserahkan kepada pegawai pencegah maksiat Jabatan Agama Johor manakala teman serumah wanita itu diambil keterangan kerana disyaki bersubahat,” katanya.

Sementara itu, Imam 1 Taman Nusantara, Samsul Adha, 40, berkata pihaknya sentiasa berusaha membanteras kegiatan tidak bermoral di kalangan anak muda di kawasan perumahan itu.

“Kami berharap supaya golongan anak muda tidak memandang ringan usaha membanteras maksiat yang dijalankan,” katanya.

Read more...





Yana Samsudin
PETALING JAYA: Pelakon Yana Samsudin, 26, meluahkan kebimbangan dengan ancaman daripada orang yang menyamar sebagai dirinya dalam akaun palsu di Facebook.
Menurut Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23) itu, sejak dia mula mendekati para peminat menerusi laman sosial itu pada 1 Ogos lalu, seseorang yang tidak dikenali telah menyamar dan mengambil kesempatan untuk berinteraksi dengan peminat.
"Saya mendaftarkan akaun di laman sosial Facebook sejak 1 Ogos lalu namun, baru-baru ini saya mendapat tahu ada orang lain menyamar sebagai diri saya dan menggunakan nama yang sama untuk berinteraksi dengan peminat. Sebab itu, saya perlu menjelaskan kepada umum untuk mengelakkan kekeliruan dengan akaun Yana 'palsu' itu," katanya.
Pelakon yang popular menerusi filem Adnan Sempit itu berharap agar segala kekeliruan informasi dan perkembangan terbarunya yang dibaca oleh peminat pada akaun palsu itu dapat diatasi dengan pendedahan ini.
"Saya bimbang jika peminat yang mengikuti akaun palsu tersebut akan mendapat info dan perkembangan yang salah tentang saya. Maklumlah zaman sekarang ini, macam-macam perkara boleh berlaku.
"Jadi, apabila saya mendapat tahu ada seseorang cuba menyamar sebagai diri saya dan turut mendaftarkan nama yang sama, saya terpaksa buka akaun baru. Saya harap selepas ini tiada lagi kekeliruan berlaku ekoran masalah ini," katanya.
Para peminat yang ingin mengetahui sebarang informasi dan perkembangan aktres dari Yong Peng, Johor ini bolehlah melayari yanasamsudin.blogspot.com atau facebook.com.yanasamsudin.fanpage.
Read more...






AC MIZAL BEBAS DARI HUKUMAN PENJARA
Dulu kami pernah beritahu yang AC Mizal mungkin akan disumbat ke dalam penjara ekoran kegagalan’nya membayar tunggakan nafkah dua anak hasil perkahwinan pertamanya yang bernilai RM50,000.
Namun hari ini AC Mizal sudah boleh menarik nafas lega sebab dia tidak perlu bermalam kat penjara. Hal ini kerana, dia berjaya menjelaskan tunggakan nafkah yang tertunggak sebanyak RM9,800 seperti yang diarahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah.
Selain itu, AC Mizal juga menjelaskan denda RM1,500 bagi kesalahan menghina mahkamah yang mana, jika gagal Hakim Syarie, Abdul Halim Abdullah memerintahkan dia dipenjarakan selama 10 hari.
Ini kata AC Mizal selepas berjaya melangsaikan ‘hutangnya’.

“Alhamdulillah, lega tidak di penjara. Saya sangat berpuas hati dengan keputusan hari ini kerana menunjukkan saya tidak bersalah 100 peratus. Saya bayar nafkah cuma ada masanya saya tidak mampu kerana kontrak kerja tamat.
“Saya sudah bayar apabila boleh dan saya harap selepas ini tidak ada orang yang akan memfitnah atau menyebarkan cerita saya tidak bayar nafkah anak,”
Baguslah sebab dah bayar. Kurang sket beban bekas isteri tu. Lagipun itu anak anda berdua juga
, jangan berkira sangat. Nanti bila anak anda dah dewasa dan berjaya, takde la diorang berkira nak tolong korang plak.
Zonartis Read more...






facebook gile
Nampaknya Facebook makin lama makin tak terkawal. Kenapalah boleh terfikir nak buat benda-benda macam ini. Apa nak jadi dengan rakyat Malaysia kita. Sedikit sedutan dari email yang kami terima.
Assalammualaikum kepada blog nara….saya ingin berkongsi kepada masyarakat umumnya ttg masalah yg makin berleluasa di facebook..even bkn talk bout artis tp sy sangat tekejut ble terbuka satu page di facebook ttg ‘Muhammad SAW Bukanlah NABI, Melainkan BABI ‘ mengutuk agama islam kita serta nabi muhammad s.a.w…ya allah…betapa ramai yg mengikut dan menyokong fakta2 yg buruk dan keji ttg islam…
sy terase amat marah dgn admin yg membuat page begitu…knape sng nye mengeluarkan fakta yg dia sendiri tidak tahu dan menyangkal segalenye malah menghina nabi kita….ape sudah jadi pada fenomena facebook ini yg tlh disalahguna…sy harap nara blh membantu dengan menyebarkan ttg page ini….
saye kesal terhadap pihak yang sanggop buat begini…nak kiamat agak nya…subhanallah….
Kami nak mintak tolong pembaca semua untuk report page ini sebagai menghina agama Islam. Tolong klik link ini dan skroll ke bawah. Lihat bahagian kiri nanti nampak tulisan “report page”. Tekan link tersebut.
facebook gile
Nanti boleh buat pilihan. Anda pilih yang berkaitan. Sama-samalah tolong report agar page macam ini tak wujud di Facebook. Thanks. Read more...






maher zain
Masih ingat lagi Maher Zain? Siapa yang tak kenal penyanyi yang berasal dari Lubnan ini yang telah menawan hati berjuta-juta rakyat Malaysia dan di dunia dengan kelunakkan suara beliau menyanyikan lagu-lagu RnB dan Soul bercirikan Islam.
Mula-mula Limau sendiri pon tak minat lagi kat Maher Zain sebab tak pernah dengar lagu-lagu Maher Zain. Tapi bila pertama kali dengar lagu Maher Zain di persembahan Maher Zain Save the Soul tempoh hari, Limau terus terpesona dengan suara Maher Zain yang lain macam kelunakkannya. Lagi pulak bila dengar lagu-lagu Maher Zain yang bercirikan Islam itu membuatkan kita insaf.

maher zain
Maher Zain 1 million fans di Facebook

Kami ingin mengucapkan tahniah kepada penyanyi Maher Zain kerana berjaya memperolehi 1 juta fans di Facebook (http://www.facebook.com/MaherZain) dalam tempoh setahun dan juga beberapa lagi world record yang berjaya dibuat. Antara nya: - First Arab artist to reach 1 million fans on Facebook
- First Swedish singer to reach 1 million fans on Facebook
- First Lebanese artist to reach 1 million fans on Facebook
- First Muslim singer of Arab origin to reach 1 million fans on Facebook
- First Islamic singer to reach 1 million fans on Facebook
- First Muslim singer to reach 1 million fans within 1 year of releasing debut album
Jika dilihat kembali kisah hidup Maher Zain, kita sendiri akan sedar dan insaf. Maher Zain pernah terpesong dari landasan agama, sibuk mengejar kepentingan dunia dan aktiviti sosial dengan kawan-kawannya. Mujurlah Maher Zain mendapat hidayah selepas mendengar lagu nasyid di satu majlis.

Maher Zain
Maher Zain, kelahiran Lubnan menetap di Sweeden

Siapa Maher Zain?

Maher Zain adalah penyanyi dan komposer Sweeden yang berasal dari Lubnan. Album pertama Maher Zain bertajuk ‘Thank You Allah’ telah berada di pasaran sejak November 2009 dan terjual berjuta-juta unit di seluruh dunia. Video klip lagu-lagu Maher Zain di youtube mendapat hits yang tinggi. Lagu The Choosen One di Youtube mendapat lebih 1 juta view di youtube dalam tempoh 2 bulan. Lagu Insha Allah telah mencecah 3 juta view dalam tempoh 5 bulan.
Maher Zain telah dilahirkan pada 1982 di Lubnan. Keluarga Maher Zain berpindah ke Sweeden pada usia beliau 8 tahun, dan meneruskan zaman sekolah di Sweeden. Pada usia 10 tahun, Maher Zain meperolehi alat muzik pertama beliau iaitu sebuah keyboard ataupun piano. Kemudian Maher Zain melanjutkan pelajaran ke universiti dan mempeolehi Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Aeronautik. Semasa zaman remaja, Maher Zain memang suka lepak-lepak dengan member-member kat sekolah, bukan lepak kosong je, tetapi mereka menyanyi, rap, mencipta lagu dan bereksperimen dengan pelbagai rentak muzik.

maher zain
Maher Zain, bakatnya luar biasa


Read more...




Setelah sekian lama tak sentuh mengenai petua suami isteri, ini dia satu lagi petua mengatasi dilema lemah syahwat. Tentu sekali ia ditujukan khas buat para suami yang bermasalah untuk bertahan lebih lama ketika bersama isteri.
orgasme Rahsia Ubat Lemah Syahwat (Petua Lama)
Jadi, apakah petua untuk tahan lama tu?
Memula sekali, bahan-bahan yang anda perlukan adalah;
Bahan untuk amalan petua tahan lama
i. 3 biji telur ayam kampung
ii. 5 ulas bawang merah
iii. 5 ulas bawang putih
Seterusnya, langkah-langkah membuatnya;
1. Pukul kesemua telur ayam kampung hingga rata atau kembang.
2. Manakala bawang merah dan bawang putih ditumbuk halus.
3. Setelah bawang tadi halus, perahkan ia untuk mendapatkan airnya.
4. Kemudian, masukkan air perahan bawang tadi ke dalam telur yang telah dipukul rata.
5. Kacau atau pukul sekali lagi campuran telur ayam kampung dan air bawang agar ia sebati.
6. Apabila campuran tadi dah sebati, kukus ia sampai setengah masak.
7. Akhir sekali, makanlah telur kukus tersebut.
Amalkan petua ini setiap hari selama sebulan. Lakukan secara berturut-turut ya. Jika diizinkanNya, anda pasti mampu bertahan lebih lama semasa bersama. Paling penting, anda dapat membahagiakan isteri tersayang.
Selamat Mencuba!
Read more...





200806163405 belimbing Legakan panas badan dengan belimbing
Untuk legakan panas badan kita bolehlah mengamalkan meminum jus belimbing. Caranya ialah dengan mengambil sebiji buah belimbing. Kemudian kisarkan belimbing tersebut dengan segelas air sejuk. Tapis jus tersebut dan minum. Amalkan meminumnya 2 kali sehari.
Selain dapat melegakan rasa panas badan, petua ini pun boleh anda amalkan untuk mencegah penyakit kulit dan juga rabun malam. Selamat mencuba.
Petuamelayu
Read more...





YTL Comms yang kini giat dalam membangunkan rangkaian jalur-lebar 4G mereka, yang dijangkakan akan dilancarkan pada 18 November kelak, kini diperkatakan yang mana mereka akan memperkenalkan telefon pintar mereka tersendiri yang dibangunkan dibawah platform Android. Walaubagaimanapun, ianya masih lagi tidak diketahui samaada ianya akan menggunakan nama YTL ataupun tidak.
Buat masa ini, informasi berkaitan telefon pintar tersebut masih lagi tidak diketahui sepenuhnya, dan ianya diura-urakan yang mana YTL Comms telah pun mempunyai beberapa perantian WiMAX dalam pembangunan, dan telah melantik syarikat lain dalam pembangunan dan pengeluaran telefon pintar mereka itu.

YTL Comms Mengumumkan Kerjasama Bersama ECS ICT
Walaubagaimanapun, untuk seseorang pengguna itu dapat menggunakan telefon pintar WiMAX tersebut, keseluruhan kawasan di Malaysia perlulah diliputi dengan talian WiMAX dari YTL Comms, untuk mengelakkan para pengguna kehilangan rangkaian di beberapa kawasan, sekaligus menyukarkan mereka dihubungi.
Sehingga kini, YTL telah membeli lebih 2500 pusat stesyen pemancar daripada Samsung. YTL Comms dijangka akan memperkenalkan perkhidmatan WiMAX mereka pada bulan depan, 18 November, dan dijangka akan memperkenalkan harga yang amat berpatutan kepada para pengguna seluruh Malaysia. Read more...





PETALING JAYA: Pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abdul Radzak,23, menafikan mahu menuntut hak penjagaan anak daripada isterinya, pelakon Rita Rudaini Mokhtar,34, sebaliknya kunjungan dia ke Mahkamah Tinggi Syariah, Seremban, Selasa, adalah untuk menangguhkan permohonan sulh (perbincangan) yang dibuat sebelum ini.
Aidil berkata, laporan sebuah akhbar tabloid, Rabu mengenai tuntutan itu dipetik daripada sumber yang salah kerana dia tidak mempunyai apa-apa masalah mengenai hak penjagaan anak, Airit Rayyan Rizqin yang berusia setahun tiga bulan.
“Saya mengaku bersama peguam saya ke Mahkamah Tingi Syariah di Seremban, semalam (Selasa) tetapi untuk menguruskan permohonan penangguhan sulh yang saya buat sebelum ini. Bukan untuk tuntut hak penjagaan anak seperti yang dilaporkan,” katanya di sini, Rabu.
Aidil berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan kononnya dia menuntut hak penjagaan anak daripada Rita melalui proses mahkamah selepas segala kemelut yang berlaku terhadap rumah tangga mereka selama ini tidak dapat diselesaikan.

Rita Rudaini dan suaminya Aidil Zafuan mahu menjadi pasangan bahagia tetapi sayang sekali rumah tangga mereka sering diuji.
Sulh adalah proses perbincangan di antara dua pihak yang ingin mencari perdamaian melalui proses mahkamah.
Kata Aidil, penangguhan itu dibuat kerana masalah rumah tangga mereka semakin baik berbanding ketika permohonan itu dibuat semasa Hari Raya Aidilfitri lalu.
“Semasa Hari Raya Aidilfitri lepas saya ada buat permohonan ini (sulh) kerana tiada jalan lain untuk saya mendapat nasihat tetapi sekarang hubungan saya dengan Rita semakin baik.
“Disebabkan itulah saya perlu membuat penangguhan tersebut melalui peguam saya agar tidak menyusahkan pihak mahkamah nanti,” katanya.
Aidil yang sedang berlatih untuk mewakili Negeri Sembilan bagi menentang Kelantan dalam perlawanan bola sepak Piala Malaysia Sabtu ini mengakui sayangkan Rita apatah lagi selepas memikirkan isterinya itu mengandung tiga bulan anak kedua mereka.
Ditanya kenapa dia tidak membatalkan penangguhan sult itu, katanya jika ditakdirkan sekiranya timbul masalah dalam rumah tangga mereka kelak, dia tidak perlu membuat permohonan tersebut semula.
Sementara itu Rita Rudaini pula berkata dia tidak membantah tindakan Aidil itu jika langkah tersebut dapat menyelesaikan masalah mengenai rumah tangga mereka.
Katanya selama ini jika mempunyai masalah sekalipun dia tidak pernah keluar dari rumah sebaliknya mendapatkan kebenaran suami terlebih dahulu untuk melakukan sesuatu tindakan.
“Saya sayangkan Aidil sepenuh hati dan tiada sedikit pun perasaan benci terhadapnya. Jika tindakan Aidil itu baik, saya turutkan kehendak dia,” ujarnya.
Tambah Rita, dugaan yang berlaku dalam rumah tangganya membuatkan dia semakin tabah apatah lagi selepas mengetahui dirinya kini berbadan dua.
Pasangan tersebut berkahwin secara rahsia di Songkhla, Thailand pada 25 Februari 2008 tanpa pengetahuan keluarga lelaki yang pada mulanya tidak merestui perkahwinan itu. Read more...





Hadith :

Dari ‘Auf bin Malik al-Asyja’i r.a katanya:”Kami biasa melakukan mantera pada masa jahiliyah. Lalu kami bertanya kepada Rasulullah s.a.w:”Ya Rasulullah! Bagaimana pendapat anda tentang mentera ?” Jawab baginda:”Peragakanlah (bacalah) menteramu itu di hadapanku. Mentera tidak ada salahnya selama tidak mengandungi syirik.”

(Muslim)

Huraian:

Definisi perubatan Islam adalah melaksanakan amalan perubatan berdasarkan paradigma, nilai dan tatacara yang tidak bercanggahan dengan al-Quran dan al-Sunnah.

Ramai di kalangan umat Islam terkeliru dengan istilah perubatan sehingga terjebak ke dalam dunia syirik. Islam telah memberikan panduan yang jelas bahawa semua ilmu perubatan yang mengandungi sihir (jampi mentera yang melanggar syariat), bercampur dengan amalan-amalan haram dan amalan-amalan berdamping dengan makhluk halus yang diyakini berkuasa menentukan kesembuhan penyakit adalah syirik serta amat dilarang dalam Islam.

Islam meletakkan bahawa apa-apa perubatan sekalipun sama ada tradisional mahupun perubatan moden semuanya hendaklah bersandarkan kepada hukum bahawa Allah adalah Maha Berkuasa dalam menetapkan penyembuhan sesuatu penyakit.

Segala macam bahan yang digunakan dalam proses perawatan tidak kira sama ada menggunakan teknologi perubatan yang telah dipermodenkan mahupun secara terapi tradisional adalah sekadar alat semata-mata.

Dalam perkataan lain, segala kaedah dan ubatan yang digunakan hanyalah sebagai ´al-asbab´ dan kita wajib percaya bahawa makhluk tidak berkuasa ke atas sesuatu melainkan segalanya terletak pada ketentuan dan keizinan Allah S.W.T jua.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Read more...





Salam Buat Semua, Sebelum Ini Kita Cuma dengar Khabar Angin Mengatakan Bahawa Rumahtangga Pasangan Peragawati Terkenal Dan Seksi, Aleeza Kasim Dan suaminya, Mohd Fauzi Che Rus Bergoyang, Hari Ini mStar online Telah Mengesahkan Bahawa Pasangan Suami-Isteri Ini Telahpun Sah bercerai secara baik di Mahkamah Rendah Syariah Awal Pagi Tadi..




Lafaz cerai dibuat di hadapan Hakim Syarie, Mohd Suhaily Rosli pada prosiding yang dijalankan secara tertutup.
Kedua pasangan itu memasuki kamar hakim pada 9.15 pagi

P.s:Dah Takde jodoh... Apa Bleh Buat...!!! Read more...





telur
Kami suka sangat dengan ekspressi kartun kat telur-telur ini. Comel bangat. Kalau betullah telur-telur ini ada ekspressi macam tue, memang kami tak akan makan telur dah.
Lagi gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

telur
telur
telur
telur
telur
telur
telur
telur
telur
telur
telur
Read more...

Guablog.com

Related Posts with Thumbnails