MelayuKuHebat....|Isu Terkini|Seks|Artis|Gossip|Bisnes|Ebook|

|Isu Terkini|Seks|Artis|Gossip|Macam2|Politik|Resepi|Islam|Internet|Bisnes|Ebook| Macam-macam ada... Memang Lain Dari Yang Lain..Penuh Kontroversi...





Ada iklan Qalesya musim ke-2 yang telah dikeluarkan dikaca TV baru-baru ini yang menunjukkan rancangan berkenaan bakal ke udara pada bulan puasa yang bakal menjelang. Bila tengok senarai pelakon dalam iklan berkenaan penulis tertarik pada seraut wajah cantik yang mempunyai nama, Nabila Dally. Tanpa berfikir panjang terus diselidiki namanya di laman carian Google dan hasilnya mendapat link terus ke laman Facebook miliknya. Ternyata dia memiliki kecantikan orang-orang Sabah bha. Sangat cantik natural dengan dihiasi tahi lalat di mukanya.

Dengan harapan besar, semoga dia berjaya menempatkan diri dan bersaing dengan aktres-aktres yang sedia ada di Malaysia ini kerana dia memiliki pakej yang sempurna dan menarik gitue~.


kredit izyan
Read more...








EDITOR muzik Peterpan, Alias Redjoy atau lebih dikenali sebagai RJ akan menerima hukuman lebih berat kerana mencuri dan mengedar video lucah yang membabitkan penyanyi kumpulan itu, Ariel.
"Hukuman RJ akan berbeza dengan Ariel. Dia mengedarkan video lucah itu, maka lebih berat hukumannya," kata jurucakap polis, Marwoto Soeto kepada detikhot.com, Selasa.
Ariel, Luna Maya dan Cut Tari tidak didakwa di bawah Undang-Undang Informasi dan Transaksi Elektronik Indonesia kerana ketiga-tiganya

tidak menyebarkan video itu.
Sementara RJ didakwa sebagai penyebar video lucah tersebut yang membuat masyarakat menonton video berkenaan.
RJ difahamkan telah memiliki video tersebut sejak tahun 2007 tetapi tidak pernah menyebarkannya.
Bagaimanapun, kenalan RJ iaitu Anggit dipercayai telah mencuri dan menyebarkan video tersebut.
"Sama ada terdapat unsur sengaja atau tidak itu nanti akan diperiksa kembali," jelas Marwoto.
Read more...







GABUNGAN 19 artis lama dan baru termasuklah berjaya menghidupkan Konsert Kemuncak Suria FM (KKS) yang bermula sejak jam 3 petang, Sabtu lalu.
Lebih 30,000 penonton membanjiri Dataran Putrajaya untuk menyaksikan Jamal Abdillah, Anuar Zain, XPDC, Hattan, Slam, Fauziah Latiff, Dayang Nurfaizah, Alyah, Black dan ramai lagi.
Menurut Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Azrullah Md. Nor yang ditemui pada malam konsert, penganjuran KKS adalah sebagai tanda penghargaan kepada pendengar setia yang banyak menyokong stesen itu selama ini.
Bertitik-tolak daripada respons yang diterima daripada pendengar menerusi kajian pendengar yang dijalankan oleh penyampai Suria FM

sendiri, penganjuran konsert itu adalah platform terbaik untuk mendekati pendengar selain memberikan hiburan percuma kepada mereka.
"Penganjuran konsert ini dicadangkan oleh penyampai kami berdasarkan kajian yang dijalankan terhadap pendengar Suria FM.
"Pada asalnya, konsert ini ingin diadakan di Dataran Merdeka tetapi disebabkan oleh beberapa kesulitan kami beralih ke Putrajaya sebagai gantinya. Walaupun diadakan agak jauh dari Kuala Lumpur, ia tetap dapat menarik lebih 30,000 penonton," katanya yang baru tiga bulan menerajui operasi Suria FM.
Mengulas tentang pemilihan barisan artis lama dan baru yang mengadakan persembahan, Azrullah berkata, gabungan penyanyi lama dan baru yang menggalas tema Otai Vs Baru adalah bersesuaian dengan tagline stesen radio itu sendiri iaitu "Muzik 90an & Baru".
Justeru, barisan artis yang ditampilkan adalah bertepatan dengan konsep muzik yang ditawarkan kepada pendengar Suria FM.
"Kami ketengahkan barisan artis lama dan baru seiring dengan "tagline" stesen kami iaitu "90an & Sekarang". Lagipun, kami percaya muzik di era 90an hinggalah hari ini mendapat perhatian dan diminati oleh orang ramai," katanya.
Ditanya pula mengenai kedudukan Suria FM yang kini meningkat di tangga keempat dan perancangan masa depan stesen itu, Azrullah berkata, sokongan dan kesetiaan pendengar terhadap stesen itu telah memberi impak kepada peningkatan kedudukan Suria FM bagi stesen radio berbahasa Malaysia.
Meletakkan sasaran untuk menjadi nombor satu dalam masa dua tahun, Azrullah turut optimis bahawa pihaknya akan memfokus kepada pengisian program yang lebih berkualiti dan memikat pendengar selain memperkuatkan barisan penyampainya di masa akan datang.
"Sokongan dan kesetiaan pendengar amat kami hargai kerana banyak membantu meningkatkan kedudukan stesen ini. Namun, kami ingin memberikan lebih banyak pengisian yang lebih baik kepada pendengar.
"Matlamat kita adalah untuk bergelar nombor satu dalam masa dua tahun. Banyak aspek yang perlu diteliti termasuklah publisiti, pengisian program dan penyampai yang akan ditingkatkan secara berperingkat untuk menarik lebih banyak pendengar.
"Saya yakin dengan pengisian program yang baik dan menepati selera pendengar, serta aktiviti berterusan Suria FM, kita boleh capai sasaran itu dalam masa dua tahun," katanya yang memaklumkan jumlah pendengar Suria FM kini mencecah 1.7 juta orang.
Read more...








Lawatan ibu Luna Maya, Desa Maya, ke balai polis menguatkan gosip Luna dan Ariel akan bernikah di penjara. Namun, polis menafikan gosip tersebut.
Pegawai polis, Marwoto berkata, gosip itu adalah tidak benar dan jika mereka mahu bernikah, majlis berkenaan hendaklah dibuat di luar tempat tahanan.
"Itu semua tidak betul. Sekarnag fokus kami untuk kes vidoe lucah Ariel dan bukan mengenai mereka hendak menikah," kata Marwoto kepada portal Inilah.com, Selasa.
Mengenai lawatan Desa Maya ke balai polis, Marwoto mengaku dia tidak pasti tujuannya.
Namun katanya, kedatangan Desa bukan untuk membicarakan pernikahan anaknya dengan Ariel.
"Mungkin hanya ingin jenguk Ariel," ujar Marwoto. Read more...







NAMA Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman sejak kebelakangan ini kembali hangat. Lebih hangat ketika dia masih bersama kumpulan muzik hip hop Teh Tarik Crew sedikit masa dahulu.
Semuanya gara-gara lagu single terbarunya yang berjudul What You Waiting For hasil kolaborasinya bersama pemuzik dan penyanyi terkenal, Colby O' Donis yang kini sedang meningkat naik dalam carta muzik radio serta menjadi siulan ramai.
Ramai pendengar muzik pada awalnya menyangka lagu itu dinyanyikan oleh seorang penyanyi dari Barat kerana muziknya serta liriknya sedikit terbuka berbanding dengan kebanyakan lagu yang dihasilkan di Malaysia.

Kata Nina ketika ditemui pada majlis pelancaran album sulungnya di Zouk baru-baru ini, dia berbangga kerana ada orang yang menganggap lagu nyanyiannya merupakan lagu penyanyi Barat sedangkan yang menyanyikan lagu tersebut adalah seorang anak Malaysia.
"Ya, lagu saya sedikit berbeza kerana saya ingin memberi elemen yang baru dan segar," katanya.
Disoal mengenai lirik yang berbaur seksual, Nina tidak melatah juga tidak membantah. Terangnya ia hanya sekadar lagu tidak lebih daripada itu.
"Saya akui memang liriknya agak nakal tetapi itu hanya lagu. Terpulang kepada persepsi orang yang mendengarnya. Kalau ada yang berkata itu agak seksual terpulang pada mereka," ujarnya.
Namun, jika ada yang mempersoalkan keperibadian Nina berlandaskan lagu dan muzik video lagu What You Waiting For itu, Nina menolak dakwaan itu sama sekali. Dia masih seorang anak Malaysia yang tahu batas-batas pergaulan.
"Takkan pantas orang menilai saya berdasarkan satu lagu itu sahaja. Lagu itu memang nakaltetapi saya tidak nakal seperti dalam lagu atau muzik video itu. Itu hanya lakonan semata-mata bukanlah menggambarkan diri saya yang sebenarnya.
"Sesiapa yang mengenali saya secara dekat tahu diri saya macam mana. Saya bukan gadis liar, malah jadual harian saya sibuk dengan bermacam kerja yang saya harus lakukan termasuklah butik yang baru saya buka atas jenama Mizz Nina Collection di KLCC baru-baru ini," jelasnya.
Duet bersama Noh Hujan
Jika mendengar lagu What You Waiting For, vokal Nina diadun bersama efek bunyi, oleh itu suaranya yang sebenar tidak kedengaran. Ada yang mempertikaikan kemampuannya sebagai seorang penyanyi.
Mana tidaknya, kebanyakan orang menganggap kewujudan anak perempuan kepada Tan Sri Azman Hashim iaitu Pengerusi Kumpulan AmBank Berhad itu dalam industri hiburan sekadar penyeri.
Dilahirkan serba-serbi lengkap pastinya, apa sahaja yang ingin dilakukan Nina tiada halangan besar kerana wang ringgit bukanlah masalah utamanya seperti mana kebanyakan penyanyi lain di Malaysia,
Bagaimanapun, menyaksikan persembahan penuh tenaga Nina pada majlis pelancaran albumnya semua tanggapan itu dibuang ke tepi, wanita berusia 30 tahun itu benar-benar berbakat dalam tarian dan juga nyanyian.
Sempat mendengar nyanyian duetnya bersama Noh Hujan dalam lagu berjudul Kurnia dan What You Waiting For bersama Colby O'Donis yang diterbangkan dari Amerika Syarikat khas untuk majlis tersebut cukup meyakinkan Nina mempunyai tempat di hati peminat.
"Sebenarnya suara efek, Colby yang cadangkan ketika dia mula-mula dengar lagu itu. Bila saya dengar hasilnya sedap juga kerana ia berbeza. Jadi, kami putuskan untuk letak efek dan saya sudah agak akan ada orang mempertikaikan kemampuan vokal saya.
"Saya boleh menyanyi, kalau saya tidak boleh menyanyi saya tidak akan jadi penyanyi. Saya menyanyi kerana minat sejak daripada zaman remaja lagi sehingglah sekarang. Sebelum ini saya pernah buat bermacam kerja seperti pengacara, model dan penyampai radio di Fly FM tetapi minat dalam diri tetap terarah kepada bidang nyanyian, jadi saya teruskan minat itu.
"Syukur, apabila lagu dan album sulung saya keluar, saya menerima maklum balas yang positif daripada peminat. Ramai yang menyukai lagu dalam album saya. Single pertama What You Waiting For merupakan lagu pengenalan saya kepada peminat dan berharap mereka akan terus menyokong saya," ungkapnya lagi.
Tambah Nina, selain Malaysia dia akan mengembangkan sayap seninya ke Singapura dan Amerika Syarikat. Semua rangka promosi untuk albumnya sedang giat dijalankan.
"Itu antara perancangan saya, macam di Jepun lagu single pertama saya itu boleh didapati di iTunes. Kalau semuanya berjalan lancar saya akan ke Jepun juga," luah gadis yang murah dengan senyuman ini lagi.
Selain lagu What You Waiting For, album Nina yang diedarkan oleh Warner Music Malaysia itu mengandungi 14 buah lagu seperti Away With You, Yesterday, Pinda Minda, Kau Tahu, Let Me C U Get It, One, Sometime feat Dandee, Ping Pong, Never Leave You Behind, Love, Kurnia kolaborasi dengan Noh Hujan, Sri Kandi kolaborasi dengan Mawar Berduri dan Hope kolaborasi dengan Planet Asia.
Read more...







BINTANG kelahiran program realiti Akademi Fantasia 4, Diddy Hirdy atau Syamsul Hirdi Muhid mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Utara Malaysia (UUM) setelah mengetahui isterinya hamil.
Ini kerana dia mahu memberikan kehidupan yang lebih baik untuk keluarganya serta memberikan contoh kepada anaknya nanti.
"Tentunya dengan ada segulung ijazah, Insya-Allah Diddy boleh memberikan kehidupan yang lebih baik untuk keluarga Diddy di masa hadapan," katanya kepada MStar Online menerusi emel.

Menurut Diddy, isterinya, Allen Nor Azah Musa sedang hamil tiga bulan dan mereka merahsiakannya daripada rakan-rakan media dan peminat sebelum ini.
"Kami dah tahu lebih awal, tetapi nak pastikan semuanya dalam berkeadaan baik terlebih dahulu sebelum berkongsi berita dengan rakan-rakan media dan peminat.
"Bulan pertama sehingga keenam sangat penting untuk wanita yang sedang hamil," ujarnya
Read more...






BELUM reda dengan tohmahan menjadi orang ketiga dalam rumah tangga Maya Karin, Remy Ishak kini terpaksa berdepan pula desas-desus kurang menyenangkan yang mengatakan dirinya semakin cerewet atau demand apatah lagi selepas dinobatkan sebagai Pelakon TV Lelaki Popular.
Baginya trofi yang diterima pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH2009) April lalu adalah amanat dan penghargaan daripada peminat supaya dia lebih gigih bekerja, bukan tiket untuk membangga diri, jauh sekali mendabik dada mengharapkan ganjaran lumayan.“Nawaitu saya berada dalam bidang lakonan adalah untuk mencari rezeki. Itu saja. Apabila sudah dikenali begini, saya bersyukur. Tiada sekelumit pun rasa riak atau mahu menunjuk-nunjuk.

Siapalah saya untuk meminta-minta dibayar tinggi kerana saya masih sedar diri.
“Perjalanan kerjaya saya masih panjang. Jika saya demand tidak tentu pasal, pasti tidak ada pengarah yang berani menawarkan peluang (berlakon). Lebih baik mereka ambil saja pelakon lain,” katanya ketika ditemui ketika penggambaran filem Nur Kasih di Tanjung Karang, Selangor baru-baru ini.
Riak kesal jelas terpancar di wajah pelakon berusia 28 tahun itu tatkala satu persatu gosip dilempar terhadapnya, malah apabila diaju perihal Maya Karin yang sebelum ini dikatakan mempunyai hubungan dengannya, Remy sekadar senyum dan memberikan komen ringkas.
Masakan tidak, perihal dirinya dikhabarkan intim dengan bintang Pontianak Harum Sundal Malam kembali hangat sebaik saja Maya dan bekas suaminya, Muhammad Ali Abdullah @Steven David Shorthose disahkan bercerai pada 16 Julai lalu, sekali gus membuatkan nama Remy ‘naik’ semula.
Pastinya gosip seperti ini agak memeningkan Remy. Tambahan pula dia dan Maya seolah-olah seperti ada keserasian apabila digandingkan dalam filem atau teater.
Jelasnya ringkas, walau berada di bawah bumbung pengurusan sama iaitu Satu Entertainment Sdn Bhd, mereka tidak pernah berhubungan semata-mata untuk berbual kosong, apatah lagi keluar bersama hingga boleh menimbulkan ‘cakap-cakap belakang’.
“Dulu mungkin orang nampak kami akrab sebab kami bekerja dalam produksi sama, tetapi selepas ia selesai, kami belum pernah lagi terserempak di mana-mana. Malah tiada sebab untuk kami berhubungan kerana masing-masing sibuk dengan kerja.
“Sebagai rakan, saya hanya mendoakan yang terbaik untuknya (Maya Karin). Tumpuan saya kini hanyalah kepada penggambaran filem Nur Kasih yang sudah hampir siap 100 peratus,” ulas bekas kakitangan hotel yang sudah empat tahun bergelar pelakon.
Remy dan Maya pernah dikatakan mempunyai hubungan peribadi apabila mereka dilihat intim ketika berlakon dalam teater Natrah disusuli penggambaran filem arahan Osman Ali, Cun yang memanaskan lagi kisah keakraban luar biasa mereka. Terdahulu, kedua-duanya dipertemukan dalam filem Anak Halal, juga garapan Osman Ali.
Bakat lakonan anak kedua daripada empat bersaudara itu sebenarnya mula dikesan oleh Osman Ali ketika menghadiri uji bakat untuk filem Akuarium Cinta pada 2006, namun ia belum ditayangkan dan kemudian ditawarkan membintangi Anak Halal serta beberapa drama, namun dilabel hero baru selepas menyerlah dalam Nur Kasih.
Nyata siri Nur Kasih memberi impak besar dalam kerjaya seninya apabila membolot gelaran Pelakon TV Lelaki Popular ABPBH 2009 dengan menewaskan pelakon senior yang sudah beberapa kali dicalonkan.
Sementara itu, bicara empunya nama Mohammad Zalimei Ishak kembali rancak tatkala menyentuh pembikinan buah tangan Kabir Bhatia yang turut mengambil lokasi Jordan, Putrajaya serta sekitar Lembah Klang sebagai latar filem terbabit.
Baginya, watak Adam yang digandingkan bersama Nur Amina lakonan Tiz Zaqyah semakin sarat dengan himpitan emosi dan mainan perasaan, malah pelbagai debaran dijanjikan menanti khalayak hingga sukar untuknya ‘menyimpan’ kejutan.
“Kalau boleh saya hendak ceritakan semua perjalanan emosi keluarga Adam terutama kehidupannya bersama isteri tercinta, Nur Amina selain hubungan mereka dengan abangnya, Aidil lakonan Fizz Fairuz yang kali ini menjadi bapa tunggal kepada dua cahaya mata.
“Tetapi biarlah ia menjadi kejutan ramai hingga tayangannya yang dijangka awal tahun depan. Apa pun dengan skala lebih besar dan plot cerita yang bertambah tragik, selain sinematografi cantik terutama babak di Jordan, ia pastinya tidak mengecewakan,” kata anak jati Melaka itu.
Mengimbas semula pengalaman menjalani penggambaran selama sembilan hari di Jordan bermula 25 Jun lalu, Remy menjelaskan cuaca kering dan panas tidak menghalang krew serta pelakon menyelesaikan kerja mereka mengikut jadual ditetapkan.
Begitupun, keringat yang dicurah sepanjang 36 hari penggambaran dengan babak terakhir pada 23 Julai lalu di lokasi rumah ibu Adam lakonan Liza Othman dirasakan berbaloi apatah lagi dapat bekerjasama semula dengan Kabir Bhatia serta barisan pelakon lain.
“Ketika penggambaran Arjuna tempoh hari saya ‘berkampung’ tiga bulan di dalam hutan dan kali ini sepenuh perhatian saya tumpukan untuk Nur Kasih. Setiap produksi membawa pengalaman berbeza sekali gus mematangkan saya untuk lebih serius bekerja,” akuinya yang lebih suka memerap di rumah apabila bebas dari jadual lakonan.
Read more...







DI sebalik kesibukan memenuhi tawaran lakonan, si jelita Diana Danielle, 19, juga tak lepas dikaitkan dengan gosip cintanya bersama pengarah dan pelakon, Farid Kamil. Bahkan, hubungan istimewa mereka itu kini bukan lagi rahsia kepada umum.
Apapun, hingga setakat ini pasangan teman tapi mesra itu belum mengeluarkan kenyataan mengesahkan percintaan yang terjalin. Barangkali kegagalan cinta lalu membuatkan mereka memilih untuk lebih berhati-hati, bukannya berterus-terang bercerita mengenai hubungan mereka.
Namun, sampai bilakah ia mampu disimpan serta dibiarkan menjadi teka-teki? Bagaimanapun, mereka pernah di gosip keluar bersama menonton perlawanan Piala Thomas dan Uber yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil

pada Mei lalu.
Malah, bukan itu saja Diana atau mesra dengan panggilan D juga dikatakan pernah memakai anting-anting 'FK' di telinganya. Justeru, sejauh mana sebenarnya hubungan istimewa dua pasangan sejoli itu dan kenapa mereka enggan membuat pengakuan?
Diana yang ditanya mengenai gosip cintanya bersama Farid itu, hanya memaklumkan dia lebih senang berbicara dan berkongsi mengenai perkembangan karier berbanding peribadi. Katanya, dia yakin peminat lebih suka mengetahui perihal kerjayanya.
"Dalam soal ini, ia tiada kaitan sama ada saya mahu mengaku atau tidak. Tetapi, jujurnya saya sendiri selesa jika berkongsi banyak cerita mengenai karier dan diri sendiri. Oleh itu, saya harap ia dihormati dan terpulanglah untuk membuat penilaian."Apapun, setakat ini saya belum berasa terganggu atau rimas dengan gosip yang ditulis. Bagi saya, ia masih OK dan boleh dikawal. Lagipun, gosip mengenai percintaan itu bukan kali pertama saya lalui kerana pernah ada pengalaman dulu.

"Jadi, saya boleh menerimanya. Namun, saya tetap tidak selesa untuk berbicara soal cinta. Mungkin ada artis yang suka berkongsi kisah peribadi mereka, tetapi bukan saya. Ini kerana, saya tidak mahu orang kata hendak mencari publisiti murahan," katanya.Menyentuh mengenai pelajarannya, Diana berkata dia akan melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah dalam jurusan Biosains di Universiti Nottingham cawangan Semenyih, Selangor pada September nanti. Malah, dia juga baru selesai berlakon filem Hanyut.
Diarahkan sutradara sensasi, U-Wei Shaari pastinya filem epik diadaptasi daripada novel Almayer's Folly karya Joseph Conrad yang dihasilkan pada 1895 itu cukup hebat. Ini kerana, kos pembikinannya juga dikata mencecah belasan juta ringgit.
Selain Hanyut, Diana juga muncul dalam filem muzikal pertama tanah air, Magika terbitan KRU Studios di samping artis popular tanah air seperti Mawi, Aznil Nawawi dan M Nasir. Tidak ketinggalan, Diana juga membintangi filem kontroversi, ... Dalam Botol.
Diterbitkan produksi Pengedaran JAS Sdn Bhd milik Raja Azmi Raja Sulaiman, gadis berusia 19 tahun itu berlakon di sisi dua bintang baru persada seni, Wan Raja dan Arja Lee. Malah, mereka sudah menjayakan promosi di Karnival Gegaria Harian Metro 2010 (KGHM 2010) di Muar, baru-baru ini.
Bagaimanapun, selepas berkunjung menghiburkan pengunjung KGHM 2010, Diana yang ditemani ibunya, Norsiah Ramli, terus ke negara jiran, Singapura. Kemunculan Diana di Kota Singa itu adalah untuk menjayakan sesi fotografi diaturkan bersama Berita Harian Singapura.
Memandangkan masih bercuti, Diana juga tak melepaskan peluang mengunjungi taman tema hiburan berprestij, Universal Studios Singapura. Apapun, realitinya Diana kini tidak sabar bergelar penyanyi dan menantikan kemunculan album pertamanya di pasaran.
"Saya sangat terharu dengan maklum balas positif yang diterima daripada peminat mengenai pembabitan dalam nyanyian. Sokongan mereka memberikan semangat kepada saya untuk terus berusaha dan mengharapkan impian ini menjadi kenyataan.
"Setakat ini, semua lagu sudah siap dirakam dan hanya perlu urus beberapa hal saja lagi sebelum dipasarkan. Jujurnya, saya tak sabar hendak mendengar lagu sendiri berkumandang di radio," katanya.
Kemampuan Diana sebagai penyanyi mula dinilai peminat melalui lagu Radio gandingannya bersama Imran Ajmain, Nabil dan Infinatez dan juga lagu duet bersama Mawi, Penyembuh Rindu yang dijadikan lagu tema filem Magika.
Diana berharap usaha dilakukan akan berjaya. Namun, katanya dia sudah membuat yang terbaik dan biar semuanya dinilai pendengar. Sebagai insan seni, Diana berkata selain berlakon, dia memang sangat meminati bidang nyanyian.

NAMA PENUH: Diana Danielle Danny Beeson
TARIKH LAHIR: 22 November 1991
TEMPAT LAHIR: Houston, Amerika Syarikat
KETURUNAN: Melayu-Amerika
STATUS: Bujang
ADIK-BERADIK: Anak Tunggal
KERJAYA: Model/ Pelakon/Penyanyi
DRAMA/TELEFILEM: Air Mata Maria, Janji Diana, Gol & Gincu The Series dan Farah Syakirah
FILEM: Evolusi KL Drift, Maut, Bohsia, Setem, Kecoh Betul, Magika, ... Dalam Botol dan Hanyut
LAGU: Radio (bersama Imran Ajmain, Ahmad Nabil dan Infinatez), Penyembuh Rindu (duet bersama Mawi).
Read more...





Kepada korang yang lelaki, tolong baca dan fahami betul-betul dan bersiap-sedia pada setiap masa sahaja bila awek korang mengeluarkan kata-kata berikut. (Perempuan takyah la baca ye kalau boleh. hehehe)



kredit ohtidak Read more...






GAMBAR menunjukkan kapal tangki minyak M Star yang dirempuh ombak misteri di Selat Hormuz semalam.


MUSCAT - Sebuah kapal tangki minyak Jepun mengalami kerosakan kerana dibadai ombak misteri di Selat Hormuz, salah satu laluan perkapalan paling penting di dunia ketika kapal berkenaan dalam perjalanan ke Emiriyah Arab Bersatu (UAE) semalam.
Tiada tumpahan minyak dilaporkan dari kapal tangki M Star itu namun seramai 31 orang anak kapalnya cedera.
Pada asalnya, pemilik kapal itu, Mitsui O.S.K. melaporkan terdapat letupan di atas kapal yang mungkin disebabkan oleh satu serangan.
"Seorang anak kapal ternampak cahaya sebelum letupan berlaku.
"Justeru pemilik kapal (Mitsui) percaya ia mungkin disebabkan
oleh serangan," jelas satu kementerian Jepun dalam satu kenyataan.
Namun, tiada bukti untuk mengukuhkan dakwaan itu.
"Punca insiden ialah ombak misteri, terdapat kerosakan di dek-dek penginapan. Kapal itu tidak ditunda kerana enjinnya tidak rosak.
"Kapal itu akan diperiksa dan boleh meneruskan perjalanannya ke Chiba, Jepun," kata seorang pengurus besar di Pelabuhan Fujairah, UAE.
Pihak pengawal pantai Oman menyatakan satu gegaran gempa bumi menjadi punca tercetusnya ombak tersebut.
Seorang ahli kajian gempa bumi di Iran memberitahu, satu gempa bumi berukuran 3.4 pada skala Richter berlaku di Bandar Abbas.
Selepas kejadian itu, pegawai-pegawai Kementerian Pengangkutan Oman menegaskan laluan perkapalan di Selat Hormuz beroperasi seperti biasa.
Kapal tangki itu membawa 2.3 juta tong minyak mentah dan mempunyai seramai 16 orang krew Filipina serta 15 orang krew India.
Impak ke atas pasaran minyak mentah sangat kecil dan kapal tangki tersebut dijangka mengambil masa tiga minggu untuk tiba ke destinasinya.
Dianggarkan sebanyak 17 juta tong minyak dibawa melalui Selat Hormuz setiap hari. - Reuters
kredit kosmo
Read more...






Duku langsat dah mahal?

Jangan salah baca, BISTRO DUKU LANGSAT, CALSBERG 3BUCKET RM80. Hehe. Hampeh punya nama Bistro. Buat suspen je.
kredit ohtidak Read more...





Bekas jaguh boling Kejohanan Remaja Kebangsaan ke-30 pada 2008 dan atlit Sukan Malaysia (Sukma) negeri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, semalam atas tuduhan merogol teman wanitanya yang juga remaja bawah umur pada Mac lalu. Lelaki terbabit, Nor Afizal Azizan yang pernah mewakili Kedah dan Negeri Sembilan, bagaimanapun tidak mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu sejurus dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut kertas pertuduhan, Nor Afizal, 19, didakwa merogol mangsa berusia 13 tahun empat bulan antara jam 12.30 tengah malam hingga 5 pagi pada 5 Jun lalu di No 225, Tingkat 2, Kings Hotel, Ayer Keroh, dekat sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan, jika disabitkan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan dikenakan sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya, Ifa Sirrhu Samsudin mencadangkan ikat jamin berjumlah RM10,000 dengan seorang penjamin, namun peguam tertuduh, Azrul Zulkifli Stork memohon jumlah itu dikurangkan.

Azrul memberi alasan bakal penjamin tertuduh iaitu bapanya kini tidak bekerja, manakala ibunya hanya penolong pengurus di sebuah pusat boling.

Ifa kemudian memohon tarikh sebutan baru berikutan pihaknya belum menerima laporan perubatan mangsa.

Hakim Abu Bakar Katar menetapkan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh yang ditangkap 21 Julai lalu.
kredit hmetro Read more...





Puluhan pelanggan yang memenuhi sebuah premis hiburan Kuchai Entrepreneur Park di sini, membawa kepada pembongkaran umpan wanita warga asing montok yang menjadi rahsia pelaris perniagaan mereka.

TAHAN...GRO warga asing yang ditahan dalam serbuan, kelmarin.
TAHAN...GRO warga asing yang ditahan dalam serbuan, kelmarin.
Wanita warga asing terbabit dipercayai bukan saja menjadi pelayan pelanggan (GRO), malah turut menawarkan khidmat seks dengan kadar bayaran serendah RM150 sekali perkhidmatan.
Kegiatan tidak bermoral itu terbongkar selepas sepasukan anggota termasuk pegawai Bahagian Maksiat, Kongsi Gelap dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) menyerbu premis terbabit kira-kira jam 11 malam kelmarin.

Dalam serbuan itu, beberapa wanita warga asing yang berpakaian seksi dan asyik melayan pelanggan terkejut, namun tidak sempat meloloskan diri sebaik menyedari kehadiran polis.

Pegawai Turus D7 IPKKL, Deputi Superintendan Razali Abu Samah, berkata operasi diketuai Cif Inspektor Kamarudin Mohd Yusof menahan 10 wanita warga asing iaitu tujuh warga China, Vietnam (2) dan seorang warga Thailand. Semua mereka berusia 19 hingga 35 tahun.

“Semua mereka didapati memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial,” katanya.
kredit hmetro Read more...






Dalam usaha untuk mengekalkan kedudukan sebagai laman yang paling dikunjungi oleh para pengguna, kini Facebook memperkenalkan Facebook Questions, membolehkan para pengguna bertanya soalan dan mendapatkan jawapannya daripada rakan-rakan mereka dengan lebih mudah.

Facebook Questions membawakan konsep yang serupa seperti mana pada Yahoo! Answers dan servis yang seumpama dengannya. Menariknya, Facebook membawakan beberapa cara untuk bertanyakan soalan, iaitu samaada melalui persoalan bergambar,
undian, tagging, dan pelbagai cara lagi. Facebook Questions dijangka bakal menjadi salah satu produk yang berjaya dengan pengguna yang seramai 500 juta yang bakal berkongsi pengetahuan mereka melalui platform tersebut, sekaligus mungkin akan memberikan saingan hebat kepada servis seperti Yahoo! Answers dan sebagainya.

Contoh Soalan dan Jawapan Pada Facebook
Facebook Questions telah pun mula diuji oleh Facebook sejak dua bulan yang lalu, dimana hari ini, mereka telah pun mengeluarkan fungsi tersebut daripada peringkat beta, dan memberi peluang kepada semua pengguna untuk mengujinya. Ianya kini diperkenalkan secara berperingkat, dan akan boleh diakses oleh kesemua pengguna dalam beberapa hari lagi.
Read more...

Jawatan Kosong di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) - Julai 2010

 Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia (keutamaan kepada peranakan Negeri Kelantan) yang berkelayakan untuk mengisi jawatan:

JAWATAN:
1. PENOLONG PEGAWAI SYARIAH (GRED LS27)
2. PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM (BILAL MASJID BANDAR/JAJAHAN)(GRED S17)
3. PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM (PENYIASAT/NAZIR MASJID)(GRED S17)

BORANG PERMOHONAN
Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan (MUI) Kn. 1/93 dengan mengemukakan sampul surat berukuran 10sm x 23sm yang beralamat sendiri serta bersetem 60 sen atau mengambil sendiri di Unit Pengurusan Sumber Manusia, Tingkat 1, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

Borang Permohonan hendaklah dihantar ke alamat:

YABhg. Dato' Timbalan Yang DiPertua
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
Kompleks Balai Islam, Lundang
15200 Kota Bharu, Kelantan

TARIKH TUTUP : 18 OGOS 2010

 

Jawatan Kosong di Perpustakaan Negara Malaysia
(PNM) - Julai 2010

Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.

JAWATAN:
- PEMBANTU PERPUSTAKAAN S17

IKLAN JAWATAN KOSONG
http://www.pnm.my/pnmv3/upload_documents/iklan.pdf

BORANG PERMOHONAN
http://www.pnm.my/pnmv3/upload_documents/borang.pdf

Borang Permohonan hendaklah dihantar ke alamat:

Ketua Pengarah
Jabatan Perpustakaan Negara Malaysia
Bahagian Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia
232, Jalan Tun Razak
50572 Kuala Lumpur.

http://www.pnm.my

TARIKH TUTUP : 18 OGOS 2010

Jawatan Kosong di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) - Julai 2010

 Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.

JAWATAN:
1. PEGAWAI PERUBATAN UD43
2. PEGAWAI SAINS C41
3. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41
4. PEGAWAI PENYELIDIK Q41
5. PEGAWAI PERGIGIAN U41
6. PEGAWAI FARMASI U41
7. PENOLONG PEGAWAI SISTEM MAKLUMAT F29
8. PENOLONG JURUTERA J29
9. JURU X-RAY U29
10.JURUPULIH PERUBATAN U29
11.JURURAWAT PERGIGIAN U29
12.JURUTEKNOLOGI PERGIGIAN U29
13.PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U29
14.PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN U29
15.PENOLONG PEGAWAI SAINS C27
16.PENOLONG KURATOR S27
17.PEREKA B17
18.PEMBANTU PERTANIAN G17
19.PEMBANTU KESELAMATAN KP17
20.PEMBANTU TADBIR (S) N17
21.PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN U17
22.PENGAWAL KESELAMATAN KP11
23.PEMANDU KENDERAAN R3
24.PEKERJA AWAM R1

IKLAN JAWATAN KOSONG
http://ewarga2.ukm.my/eiklan/peluangkerja.cfm

CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah dibuat secara online di: http://www.ukm.my/ejob

TARIKH TUTUP : 16 OGOS 2010

 

Jawatan Kosong di Kerajaan Negeri Perak - Julai 2010

Terbuka kepada Rakyat Negeri Perak sahaja.

JAWATAN:
1. PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM (PENSYARAH) (Gred S41)
2. PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM (PENSYARAH) - (KONTRAK) (Gred S27)
3. PENGHULU (Gred NP27)
4. RENJER HUTAN (Gred G17)
5. PEMBANTU PERTANIAN (Gred G17)
6. JURUTEKNIK (AWAM) (Gred J17)
7. PENGAWAS HUTAN (Gred G11)

IKLAN JAWATAN KOSONG
http://spaonline.perak.gov.my/

CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah dibuat secara online di: http://spaonline.perak.gov.my/

TARIKH TUTUP : 26 OGOS 2010

Jawatan Kosong di Jabatan Landskap Negeri Johor - Julai 2010

Permohonan adalah dipelawa daripada rakyat Negeri Johor Darul Ta’zim atau Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan:

JAWATAN:
1. ARKITEK LANDSKAP GRED J41
2. PENOLONG ARKITEK LANDSKAP GRED J29
3. PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN GRED

IKLAN JAWATAN KOSONG
http://www.johordt.gov.my/images/uploads/Iklan_Jawatan_Kosong-Landskap.pdf

BORANG PERMOHONAN
http://www.johordt.gov.my/images/uploads/BORANG_PERMOHONAN_KERJA.pdf

Borang Permohonan hendaklah dihantar ke alamat:

PENGARAH
JABATAN LANDSKAP NEGERI JOHOR
ARAS 1, BANGUNAN DATO’ JAAFAR MUHAMMAD
KOTA ISKANDAR,
79503 NUSAJAYA, JOHOR BAHRU.

TARIKH TUTUP : 4 OGOS 2010

Jawatan Kosong di Lembaga Pelabuhan Kuantan (LPKTN) - Julai 2010

JAWATAN:
- Pemandu Kenderaan Gred R3

IKLAN JAWATAN KOSONG
http://www.lpktn.gov.my/v3/images/iklan/iklan_jawatan.pdf

BORANG PERMOHONAN
http://www.lpktn.gov.my/v3/images/iklan/borangkerjalpktn.pdf

Borang Permohonan hendaklah dihantar ke alamat:

PENGURUS BESAR
LEMBAGA PELABUHAN KUANTAN
TANJUNG GELANG PETI SURAT 161
25720 KUANTAN, PAHANG.

http://www.lpktn.gov.my

TARIKH TUTUP : 5 OGOS 2010

Read more...





Nakshah Lagenda Budak Setan yang mengutip RM 1.7 juta sewaktu hari pelancaran filem tempoh hari telah membuka hati penerbit untuk membawa kisah cinta antara Kasyah & Ayu ke versi drama pula. Penerbitan drama ini dapat memberi jalan cerita yang lebih terperinci buat pembaca yang agak terkial-kial untuk mengingati jalan cerita Kasyah sejak zaman sekolah sehingga bertemu dengan Ayu.
Jujur’nya, versi filem tidak cukup untuk mengarap keseluruhan cerita Kasyah & Ayu. Banyak plot-plot penting tidak dimasukkan kerana waktu filem yang singkat, dan memang tepat pada masa’nya untuk sang pengarah melancarkan versi drama pula.
Tetapi, apabila kami difahamkan bahawa Lisa Surihani tidak berlakon dalam versi drama, kami kecewa. Kami tidak pasti siapa yang bakal menggantikan tempat Lisa Surihani, mungkin lebih awesome jika digantikan dengan Juliana Evans atau Diana Danielle – Say no to Asyikin Kamal Read more...






filem nurkasih nurkasih the movie
Nampaknya filem Nur Kasih atau lebih femes dengan nama Nur Kasih The Movie (NKTM) bakal meletup dengan gabungan pelakon-pelakon lama seperti Tiz Zaqyah dan Remy Ishak. Tambah best bila adik Mia Sara yang tersangat comel (rasa nak cubit je pipi dia yang gebu tue) turut berlakon dalam filem Nur Kasih. Sebagai apa kami tak dapat confirmkan lagi.
Kami pasti dan yakin sangat filem Nur Kasih ini bakal meletup-letup
dekat wayang nanti. Kita nantikan bersama bila tarikh tayangan Nur Kasih The Movie. Yang pastinya anda akan lihat makcik-makcik berusia 40-an akan berkunjung ke wayang for the first time untuk melayan filem ini.
filem nurkasih nurkasih the movie
Kalau tak silap info yang kami terima, rasanya shooting untuk filem Nur Kasih sudah pun tamat. Mesti sekarang diorang tengah sibuk buat editing. Nak tanya kepada anda semua, adakah anda tak sabar nak pergi tengok filem ini? Adakah filem ini mampu mengutip RM10 juta ? Secara peribadi kami rasa ianya bukanlah satu yang mustahil.
Kita tunggu dan lihat bersama-sama nanti.
Read more...

Guablog.com

Related Posts with Thumbnails