MelayuKuHebat....|Isu Terkini|Seks|Artis|Gossip|Bisnes|Ebook|

|Isu Terkini|Seks|Artis|Gossip|Macam2|Politik|Resepi|Islam|Internet|Bisnes|Ebook| Macam-macam ada... Memang Lain Dari Yang Lain..Penuh Kontroversi...



Adakalanya bila CD/DVD-ROM rosak, anda perlu install Windows menggunakan pen drive. Malah pen drive juga lebih senang dibawa.
Anda boleh membuat pen drive pemasangan Windows ini dengan mudah menggunakan WinToFlash. Windows yang disokong termasuklah Windows XP, Windows Vista, dan Windows 7.
Apa yang anda perlukan adalah CD/DVD pemasangan Windows tersebut dan sebuah pen drive. Kemudian ikut langkah-langkah di bawah:

Cara-cara Menggunakan WinToFlash

  • Download WinToFlash dan install seperti biasa.
  • Buka WinToFlash.
  • Pada tab Task, pilih jenis Windows yang anda ingin masukkan ke dalam pen drive. Kemudian klik Run.
WinToFlash
  • Masukkan CD/DVD pemasangan Windows, dan nyatakan lokasinya pada ’setup file path’
  • Masukkan pen drive, dan nyatakan lokasinya pada ‘USB Drive’
WinToFlash
  • License Agreement akan dipaparkan, jika ada. Pilih ‘I Accept’ dan klik Continue
win-to-flash-03
  • Sebuah tetingkap akan dipaparkan menyatakan yang pen drive anda akan diformat. Klik OK.
win-to-flash-04
  • Proses menyediakan pen drive anda bermula. Apabila proses ini selesai, anda sudah boleh menggunakannya untuk install Windows.
win-to-flash-05
Guna pen drive ini untuk install Windows seperti biasa. Jangan lupa untuk menetapkan boot sequence pertama kepada pen drive, supaya komputer dapat mengesannya sewaktu dihidupkan.
Read more...



Sudah sekian lama menanti, pelakon kacak Zizan Nin mengumumkan bakal bernikah dengan Fazilah Hani Harun pada tarikh 19 Mac 2010 ini di Masjid Negara, Kuala Lumpur. Zizan bagaimanapun enggan mengiyakan khabarnya wanita itu berkhidmat sebagai wartawan penyiaran ntv7 itu. Cukuplah dia mengatakan telah mengenali hati budi wanita bertudung yang cantik jelita itu sejak dua tahun lalu setelah bertemu dalam sebuah majlis di ibu kota.

Hanya sebuah resepsi persandingan yang akan dibuat di sebelah pihak perempuan pada 20 Mac ini di Dewan Perdana Felda, Jalan Maktab, Kuala Lumpur. Zizan yang mengimpikan resepsi berkonsepkan dalam taman berkata majlis itu akan berlangsung secara sederhana tanpa tajaan mana-mana pihak.
Read more...





Baru sahaja ingin merasai kebahagiaan hidup berumah tangga, namun Maya Karin terpaksa redha dan sabar dengan kemelut yang melanda mahligai yang dibinanya bersama insan tersayang, Steven David Shorthose atau Muhammad Ali Abdullah, 41. Usia perkahwinannya yang baru sahaja hampir dua tahun itu membuatkan Maya ini tidak dapat menyembunyikan perasaan kecewa dan sedihnya kerana terpaksa melalui saat-saat getir dalam hidupnya.


"Saya memang sedih, saya tidak pernah terfikir perkara tersebut boleh terjadi dalam hubungan kami. Saya dan suami sedang mengalami keretakan dalam rumah tangga kami," katanya. -mStar
Maya yang masih lagi merahsiakan punca keretakan hubungan dengan suaminya itu, turut menjelaskan tidak wujud langsung orang ketiga sebagai punca dalam masalah rumah tangganya. Jadi betullah desas desus selama ini yang rumahtangganya retak, kan dah terbukti. Apatah lagi Menteri juga ambil pendapat mengenai perkara ini di dada utama akhbar tempatan.

Read more...



Walaupun One In A Million (OIAM) masih mempunyai ramai peminat, 8TV bagaimanapun nekad merehatkan program yang sudah pun diadakan sebanyak tiga musim itu kerana kos yang tinggi dan ketandusan bakat punca utama kenapa direhatkan bagi memperkenalkan program realiti terbaru yang mengangkat elemen tarian jalanan iaitu Showdown 2010 sebagai pertaruhan terbaru mereka.

Kos penerbitan yang tinggi serta ketandusan bakat dalam bidang nyanyian menjadi faktor kenapa program yang menawarkan wang tunai lumayan sebanyak RM 1 juta itu direhatkan seketika. Ketua Pegawai Operasi 8TV, Ahmad Izham Omar ketika membentangkan program 8TV sepanjang 2010 di Hotel Mantra Legend, Gold Coast, Australia memberitahu, Showdown 2010 juga menelan kos yang tinggi tetapi masih lagi rendah jika dibandingkan dengan OIAM.

Seperti kebanyakan pertandingan realiti lain, program yang menawarkan hadiah wang tunai yang tidak kurang lumayan iaitu sebanyak RM 50,000 ini turut menggunakan SMS sebagai sistem undian. Juri profesional yang diberi kepercayaan untuk menilai bakat peserta ialah penyany
Read more...





Pernahkah anda berfikir mengapa …….. 1 bermaksud “satu”, dan 2 bermaksud “dua”?
Ia sebenarnya berkaitan dengan sudut!
Iaitu jumlah sudut. Jika seseorang menulis nombor ke bawah (lihat di bawah) pada selembar kertas dalam bentuk yang lebih tajam , satu dengan cepat melihat mengapa.
No 1 mempunyai satu sudut.

No 2 mempunyai dua sudut.
No 3 mempunyai tiga sudut. dll

dan “O” tidak mempunyai sudut
Wallahualam.. Read more...



ngat tak post isuhangat dahulu video panas Hamimah.
sms lucah
Dari : 0134297437
Hi, Saya HAMINAH Nikmati Koleksi video peribadiku yang hebat & panas!
Sila htr msg HW ke 0134310XXX.
Notice! Hanya Utk 18 Keatas Shj.
Orang yang bertanggungjawab menghantar sms dan cari makan dengan hasil aksi lucah telah ditangkap. Dia ialah pengurus di syarikat telekomunikasi terkemuka (celcom ler kot) yang dipertanggungjawabkan menghantar SMS kepada pelanggan mengenai khidmat atau promosi semasa ditawarkan syarikat berkenaan.
Oh ambil kesempatan la yerk sebab dia boleh access ke semua no handphone pelanggan. Dia telah hidup mewah dan mengumpul harta hingga mampu memiliki deretan kereta mewah dan harta mencecah RM11 juta. Difahamkan, lelaki berusia 33 tahun itu memiliki Porsche Cayenne dan BMW, malah sedang menunggu ketibaan kereta mewah Lamborghini bernilai lebih RM1 juta yang ditempah.
Peh pakcik kayo dengan menjual video klip terlampau. Mudahnya nak jadi jutawan tapi haram nak buat apa. Ini menunjukkan juga orang kita suka dengan benda-benda yang terlampau ni sebab tu dia boleh kumpul harta macam tu dalam masa setahun sahaja.
Saya selalu juga mendapat panggilan yang promosi sesuatu. Biasanya nombor bermula dengan 016, tak tahu kenapa tapi mungkin 016 ada pakej tertentu yang murah kot.
Tawaran istimewa dari pakej Insuran, pakej pelancongan, pakej kesihatan yang selalu saya dapat. Biasanya saya akan tanya balik mana dia dapat no handphone saya. Jawapannya biasanya standard dari database kad kredit. Ceh ini adalah antara keburukan kad kredit selain dicaj RM50 setahun.
Ini menunjukkan data peribadi kita sekarang mudah sangat diakses sehingga kita sendiri yang jadi mangsa. Sebab tulah saya tidak meletakkan maklumat peribadi yang tepat untuk laman sosial seperti facebook. Read more...

Baiklah, cara hendak mendapatkan pendapatan ini sangat mudah. Rakan saya, Jamal baru sahaja melancarkan produk terbaru beliau iaitu Rahsia Affiliate Kerajaan.
Rahsia Affiliate Kerajaan ini merupakan pendedahan yang dibuat oleh Jamal untuk orang ramai bagaimana beliau menjana puluhan ribu ringgit hanya melalui program affiliate yang beliau sertai.
Jamal merupakan seorang pekerja kerajaan. Mungkin sama seperti anda. Tetapi beliau boleh menjana wang dengan hanya mempromosikan produk affliate orang lain.
Ketika orang ramai bekerja, mereka tidak mampu memperolehi wang tambahan tanpa bersusah payah, namun tidak bagi Jamal, ketika beliau bekerja, wang masuk ke akaun beliau dengan mudah hasil mempromosikan produk affiliate.
Beliau pernah dinobatkan juaran cabaran Pakar Affiliate oleh Zamri Nanyan, menerima hadiah Playstation Xbox dari Jutawan Internet, Patric Chan.
Jamal ketika menerima hadiah Playstation Xbox dari Jutawan Internet, Patric Chan sebagai pemenang cabaran Affiliate bagi produk Pakar Affiliate Zamri Nanyan 
TAWARAN TERHAD DENGAN BONUS TERHEBAT(EBOOK RAHSIA HITAM ISTERI KLIMAKS-PERCUMA)
Saya mempunyai lebih 5 000 senarai email dan mereka kini sedang melihat tawaran ini. Saya tak mampu hendak tawarkan kepada semua senarai email saya, sebab tawaran ini betul-betul bernilai dan menguruskan pun satu hal juga :)

Saya hanya buka untuk 15 1 orang terpantas sahaja. Ya,15 1 orang dari 5,000 orang yang sedang membaca tawaran ini.
Jika anda rasakan RM60 tersebut masih mahal, cuba anda bayangkan nilai tawaran saya di atas. RM60 tersebut sangat berbaloi.

Untuk mengetahui rahsia-rahsianya, anda perlu mendapatkan Rahsia Affiliate Kerajaan dan apabila anda sudah mendapatkannya, sila beritahu saya dan saya akan memberikan anda bonus ini


Langkah-langkah Untuk Mendapatkan Tawaran Terhebat Ini

 

1. Clearkan cookies di browser anda

Anda boleh rujuk laman web aboutcookies ini sebagai panduan untuk anda membuang cookies dari browser anda. Akan tetapi, saya telah permudahkan urusan anda dengan meletakkan beberapa kaedah membuang cookies daripada browser yang popular.

-Kaedah Clear Cookies Untuk Browser Internet Explorer 8
1. Klik pada “Safety” di Command bar
2. Pilih “Delete Browsing History”
3. Pilih opsyen “cookies” dan kemudiannya klik “Delete”
-Kaedah Clear Cookies Untuk Browser Firefox
1. Klik pada “Tools”, kemudian klik pada “Options”
2. Pilih “Privacy”
3. Dalam panel “Cookies”, klik pada “Show Cookies”
4.Untuk membuang hanya satu cookies, klik pada entry dalam list dan klik pada butang “Remove Cookie”.
5.Untuk buang semua cookies, klik pada butang “Remove All Cookies”.
-Kaedah Clear Cookies Untuk Browser Google Chrome
1.Klik pada “Tools” menu dan pilih “Options”.
2.Klik pada “Under the Hood” tab dan cari bahagian “Security”.
3.Pada bahagian “Cookie settings”, klik pada butang “Show cookies”.
4.Pilih “Remove all” untuk delete semua cookies.
5.Klik pada “Close” sesudah selesai.

2. Pastikan sebelum membuat pembelian, link yang muncul di browser anda adalah seperti di bawah:


saya tawarkan dengan harga RM20(pakej 1) akan diberi PERCUMA jika anda membeli produk affiliate kerajaan tersebut melalui link saya http://www.rahsiaduitpercuma.com/tawaranhebat
Pastikan id saya tawaranhebat.

Selepas Membuat Pembelian ?

Saya akan mengesahkan pembelian anda,sila hantarkan bukti pembelian anda ke admin isteriklimaks@gmail.com untuk mendapatkan Bonus tersebut. Bonus akan dihantar ke email anda.






Read more...



MEMO UNTUK STAFF
Sekiranya anda memandu kereta yang telah uzur, lebih dari 10 tahun atau menggunakan pengangkutan awam, kami mengandaikan anda mempunyai banyak simpanan, jadi tiada kenaikan gaji.
Sekiranya anda memandu kerata nasional samaada proton atau perodua, kami mengandaikan anda telah berada di level yang sepatutnya, jadi tiada kenaikan gaji.
b. CUTI TAHUNAN.
Setiap orang akan mendapat cuti 104 hari dalam setahun dan kebanyakannya ialah hari sabtu dan ahad.
c. WAKTU LUNCH:
1) Staff yang kurus akan diberi rehat selama 30 minit. Ini kerana mereka perlu makan lebih untuk kesihatan.
2) Untuk saiz normal, mereka akan diberi rehat selama 15 minit. Ini kerana mereka sedang elok dan cuma perlu mengambil makanan secara stabil.
3) Untuk mereka yang gemuk, mereka akan diberi rehat selama 5 minit sahaja. Ini kerana mereka cuma perlu makan pil dan susu atau teh untuk menguruskan badan.
d. CUTI SAKIT:
Mulai 2010 kami tidak lagi mengiktiraf sijil sakit dari Doktor, ini kerana sekiranya anda mampu pergi ke Klinik untuk dapatkan MC, anda tentu boleh pergi kerja juga.
e. PENGGUNAAN TANDAS:
Kami mendapat aduan ramai staff yang mengambil masa terlalu lama di dalam tandas. Mulai tahun 2010 setiap seorang hanya boleh menggunakan tandas selama 5 minit sahaja. Sekiranya lebih dari 5 minit secara automatiknya tandas akan di pam, tisu akan stuck, pintu akan terbuka dan kamera akan menyala.
Sekiranya lebih dari 2 kali gambar anda dirakam, kami akan menampal gambar anda di notis board di bawah korum ’staff sembelit’.
f. PEMBEDAHAN:
Selagi anda menjadi staff di sini, kami tidak membenarkan anda melakukan sebarang pembedahan. Jangan cuba mengeluarkan apa-apa saja organ dari dalam badan anda kerana kami mengambil anda bekerja kerana anda mempunyai organ yang cukup. Sekiranya tidak, ini bermakna anda telah melanggar kontrak.
g. PENGGUNAAN INTERNET
Segala penggunaan internet atas urusan peribadi seperti membaca e-mail, chatting dan games akan dikenakan bayaran RM2.00 sejam (sama seperti harga pasaran). Bayaran ini akan ditolak dari gaji anda.
Sebagai permulaan, 73% staff di sini tidak akan mendapat gaji selama 3 bulan, ini kerana harga penggunaan internet sahaja telah melebihi 3 bulan gaji mereka.
Terima kasih kerana masih setia berkhidmat di syarikat ini. Kami akan cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik. Sebarang pertanyaan, komen, aduan, kekecewaan, sakit hati, bantahan, maki hamun, caci nista boleh disalurkan ke tempat lain.
Sekian, terima kasih.
Read more...



ASSALAMUALAIKUM……wbt
Wahai sahabat Muslimat Sekalian, Renung-renungkanlah intipati daripada surat Adam kepada Hawa ini….Ketahuilah olehmu wahai Bunga-bunga Islam,kita adalah sayap kiri pada mereka(kaum muslimin). Sedih rasanya jika teguran baik yang mereka berikan kita tak ambil kisah. Bukankah ia juga untuk kebaikan bersama.Fikirkanlah wahai sahabat-sahabatku……
Dengan nama Allah swt Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang………..
Didoakan semoga kalian berada dibawah lembayung rahmat dan keredhaan Allah swt….
Hawa… .
Maafkan aku jika coretan ini bisa mengguris hatimu. Meskipun kutahu,jiwamu selembut sutera dan bisa hancur lantaran kata-kata yang bakal ku ungkap ini, mengertilah duhai Hawa… .kerana kaulah pengubat kesunyian waktu aku di syurga dulu… .dan engkau juga asalnya dari tulang rusuk kiriku yang bengkok,lantas kerana bimbamg hidupmu terpesong dari landasan yang sebenarnya,kugagahi jua diri ini… .
Hawa… .
Maha Suci Allah yang telah mentakdirkan kaummu melebihi bilanganku di akhir zaman ini. Itulah kebesaran dan penelitian Allah swt dalm urusan-Nya. Bayangkanlah Hawa… sekiranya kaumku melebihi kaummu, yang pasti dunia ini kan berkecai kerana huru-hara dan diselimuti warna-warna suram lantaran kekejaman dan penindasan… .
Hawa… .
Suka untukku mengajak dirimu agar berfikir sejenak tentang hakikat kekalutan yang melanda disaat ini. Tapi permintaanku,duhai Hawa… cubalah ! renungkan jua yang sebenarnya dirimu kini sudah berubah… Tidakkah kau mengerti bahwa dirimu kini… kian berubah..tidakkah kau mengerti bahwa dirimu adalah umpama sekuntum bunga yang indah di pandangan mata namun bukan perhiasan semata-mata. Duri-duri yang melingkarimu itulah hijab yang digariskan oleh Allah swt sebagai pelindung yang diertikan sebagai aurat seorang yang bergelar wanita… Mengapa Hawa? Mengapa harus kau biarkan ia terdedah… kepada kami,kaum ajnabimu? Betapa hancurnya hatiku menyaksikan dirimu umpama bahan yang dapat diperkotak-katikkan. Dimana-mana saja,bisaku lihat dirimu menghayunkan langkah ,bukan sebaik dulu lagi… langkahmu kian pantas… .apa sebenarnya yang engkau kejari?… ku sendiri tak pasti! Terkadang, ku tak dapat membezakan antara dirimu dan teman-teman yang lain… Bersama hayunan langkah itu, suaramu kian meninggi,diiringi gelak tawa yang cukup memedihkan mata dan hatiku ini… Sedarkah kau Hawa… .. ? Haruskah aku terima hakikat yang kau kini sudah berubah? Semakin jauh dari landasan Tuhan yang pernah kutelunjuki buatmu dahulu!!!
Hawa… .
Mengapa mesti dirimu kini jadi tontonan ramai? Perlukah kau hiasi dirimu untuk menarik perhatian sehinggakan yang seharusnya menutupi auratmu, kau miliki dari ciri-ciri yang ditegah dalam Islam? Sukar bagiku untuk melihat kembali keadaan yang mana sesederhana yang mungkin! Cukup untukku merasakan kehadiranmu disaat ini tidak lebih dari mempamerkan perhiasan diri yang kau punyai… ..Fahamilah Hawa,usahlah menurut kerakusan nafsu menjelajahi sebutir peluru yang bisa hinggap di mana saja meninggalkan fitnah buat kaumku ini… .
Hawa… .
Betapa sakit dan pedihnya disaat kulihat auratmu menjala, di sekeliling pandangan… .Aku tidak mahu Hawa… suatu hari nanti, dinegeri yang abadi itu, memperlihatkan seksaan terhadapmu yang ku kira paling dahsyat, apa tidaknya… seurat rambutmu yang keluar, ular menanti dimana-mana, sejengkal tanganmu kelihatan … aduh!! banyaknya seksaan menantimu!… Mengapa begitu Hawa Tidakkah kau ingat apa yang perlu kau jaga adalah maruahmu! Maruah seorang wanita yang tersandar di bahumu kelemahan dan kekurangan!!! Jadi bagaimana seandainya kelakuan dan auratmu terpamer di mana-mana saja??
Hawa…
Tidakkah kau malu dengan pembohongan yang kau sembunyikan dalam dirimu sendiri… .Di sini auratmu kau selindungi disebalik pemakaianmu, atas dasar peraturan dan persekitaran kalian… tapi jauh nun diluar sana ,tersentak diriku tatkala dirimu telah jauh berbeza! Tudung ke mana,jilbab ke mana? Apatah lagi tingkah lakumu… !!! Dimana kau letakkan martabat seorang yang bergelar muslimah? Aku diselubungi rasa malu atas penghinaan ini!
Hawa… .
Tutupilah auratmu, jagalah dirimu ,bertuturlah dengan suara yang lembut mampu kau kawal lantaran jika terlanjur, semuanya bisa membawa dosa padamu… Jangan kau memperlihatkan apa yang tersembunyi pada dirimu..tapi ingatlah ,cukuplah sekadar tapak tangan dan wajahmu yang dizahirkan ,namun bukan kakimu,rambutmu,dan jua tubuhmu… ..
Firman Allah swt:
“Dan katakanlah kepada wanita-wanita beriman,hendaklah mereka menahan dari pandangan mata mereka dan memelihara kemaluan mereka dan jangan menampakkan perhiasan mereka kecuali yang zahir daripadanya… ”
Hawa… .
Mungkin ku harus menghentikan bicara pertama ini di sini dulu… Andai diizinkan Allah swt, kita bersua lagi dilain lembaran dan yang pasti aku tetap terus membimbingmu. Harapanku agar muncullah walaupun hanya secebis kesedaran dihatimu dan akan mendoakan moga Allah swt membuka hati kalian untuk mencetuskan perubahan… .Akhir kata ,ketahuilah… … … … .
“DUNIA INI MERUPAKAN PERHIASAN DAN SEBAIK-BAIK PERHIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH!!”
Sekian… … ..
Wassalamm… … … … … … … … .
petikan: Muslimim perihatin


Read more...



Pengacara dan pelakon, Linda Onn melahirkan reaksi terkejut apabila mendapat tahu bekas kekasihnya, Fahrin Ahmad, masih menunda saman ke atas dirinya (Linda) kerana bersedia untuk berdamai jika permintaan Fahrin terhadapnya dipenuhi. Linda kehairanan kerana sebelum ini Fahrin sendiri yang beria-ia mahu mengheretnya ke mahkamah. Linda tidak mahu komen panjang dan membiarkan peguamnya menyelesaikannya.

Barangkali Linda punya alasan sendiri kerana seperti yang dikatakan Linda sebelum ini, dia yakin tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berunsur fitnah kepada pelakon kacak itu sebagaimana didakwa. Fahrin mendakwa kenyataan dikeluarkan Linda menerusi dua akhbar pada 19 Januari dan 20 Januari lalu menuduh dia kaki pukul dan tidak menghormati wanita.


Read more...



Gelaran ‘hot mama’ lebih sesuai untuk aktres Zila Bakarin yang bertubuh seksi walaupun baru melahirkan bayi sulungnya, Kaseh Azri yang berusia 10 bulan. Mempunyai anak tidak menghalangnya untuk mengekalkan tubuh montok dan seksi. Zila akui ramai yang bertanyakan tentang perubahannya selepas berkahwin namun dia selesa sekiranya perubahan itu berlaku tanpa dirancang. Zila juga akui setiap perkara yang dirancang olehnya sebelum ini selalu tidak menjadi.

“Misalnya pakai tudung memang saya nak sangat tetapi biarlah saya ubah perkara yang lain dulu. Bagi saya bertudung ini bagus dan harap-harap Tuhan bukakan pintu hati ini. Saya tak nak pakai tudung di luar tetapi hati kita benci dengan orang lain. Saya nak berbaik dengan semua orang dulu. Biarlah orang tak suka saya pun, itu perkara nombor 10,” ulas Zila.
Selepas bersalin, berat badannya naik sehingga mencecah 67 kg. Apabila masuk tiga hingga empat bulan, badannya kurus sedikit dan dia mula menjaga makan. -mStar

Read more...





Gambar dibawah dikirim oleh seorang peminat, bukan main seksi lagi Marsha dengan pahanya yang besar tue. Bercerita mengenai 'Hotel Mania' yang mengantikan 'Tari Tirana' di slot Lestary TV3, drama muzikal 26-episod, arahan Nizam Zakaria yang juga penulis skripnya, membariskan nama-nama yang tidak asing lagi dalam industri hiburan tempatan – Anding Indrawani, Marsha, Dafi, Adam, Bob, Zain Ruffedge dan Ryzal. Dan yang lebih menarik, lagu-lagu yang akan dipersembahkan nanti adalah lagu-lagu popular ciptaan KRU.

Read more...

Jawatan Kosong di Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Feb 2010

Amanah Ikhtiar Malaysia sebuah badan Amanah Persendirian di bawah The Trustee (Incorporation) Act 1952 (Revised 1981) bertujuan mengurangkan kemiskinan di Malaysia melalui Skim Pembiayaan Ikhtiar mempelawa calon yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

1. PEGAWAI SYARIAH / PEGAWAI EKSEKUTIF SYARIAH
2. PELATIH PENGURUSAN
3. PENOLONG PEGAWAI AKAUN
4. PELATIH PEMBANTU AMAH
5. PEMANDU / PEMBANTU PEJABAT

IKLAN JAWATAN KOSONG
http://www.ziddu.com/download/8727254/anJawatanKosongdiAmanahIkhtiarMalaysiaAIMFeb2010.doc.html
atau
http://www.scribd.com/doc/27419580/iklan-jawatan-kosong-di-amanah-ikhtiar-malaysia-aim-feb-2010

Calon yang berminat hendaklah menghantar permohonan ke alamat :

PENOLONG PENGARAH PERJAWATAN
Ibu Pejabat, Amanah Ikhtiar Malaysia
No 2 & 4, Jalan Medan Setia 2,
Plaza Damansara, Bukit Damansara,
50490 Kuala Lumpur.

TARIKH TUTUP : 6 MAC 2010

Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Jasin (MP Jasin) Melaka - Feb 2010

Pemohon adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan keutamaan diberikan kepada anak Negeri Melaka yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Majlis Perbandaran Jasin

JAWATAN:
- Pegawai Penilaian (Gred W41)
- Pegawai Sistem Maklumat (Gred F41)
- Pegawai Undang-undang (Gred L41)
- Pembantu Teknik Landskap (Gred J29)
- Penolong Pegawai Penerangan (Gred S27)
- Pembantu Akauntan (Gred W17)
- Pembantu Penguatkuasa (Gred N17)

IKLAN JAWATAN KOSONG
http://www.ziddu.com/download/8723569/tanKosongMajlisPerbandaranJasinMPJMelaka-Feb2010.pdf.html

BORANG PERMOHONAN
http://www.ziddu.com/download/8723570/onanJawatanKosongMajlisPerbandaranJasinMPJMelaka.pdf.html

Borang permohonan hendaklah dihantar ke alamat:

YANG DIPERTUA,
MAJLIS PERBANDARAN JASIN,
77000 JASIN,
MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH.

http://www.mpjasin.gov.my

TARIKH TUTUP : 12 MAC 2010 



Read more...



Bak kata pepatah OM (orang Melayu), terlajak perahu boleh kita undur guna pendayung, terlajak tulis ayat di Facebook, ada sahaja 'makhluk' yang akan mengosipkan dan mensensasikannya. Dalam tidak tersedar, ada juga 'makhluk' yang prihatin sehingga membaca profil penyanyi, Juliza Adzlizan. Alangkah terkejut beruk 'makhluk' itu apabila membaca profil Juliza Adzlizan dalam Facebooknya, apabila dinyatakan disitu mengenai 'Interest'nya adalah SEKS!, seks dengan siapa? Wallahualam, mungkin dengan suaminya. tapi perlu ke nak beritahu kepada umum? Namun, bila penulis lihat kembali, Juliza Adzlizan telah edit balik profilnya itu.

Read more...



Seksi, panas, glamor dan bergaya. Inilah penampilan ‘berani mati’ penyanyi dari program realiti Mentor di TV3, yang telah dirakamkan di studio The Virage, pada 15 Februari 2010 yang lalu. Mempergayakan 4 jenis persalinan hangat rekaan terkini 2 anak muda tempatan, Rashid Omar dan Ridzuan Ismail. Memang kesmua fesyen yang dibuat oleh mereka menampakkan keseksian pada si pemakainya. Motif daripada pemakaian sedemikian belum dapat dipastikan lagi. Kemungkinan untuk kebaikkan kedua-dua pihak, Mentor dan pereka fesyen untuk mempromosikan satu sama lain.

Read more...



Baru-baru ini telah diadakan majlis perkahwinan anak dara kepada produser sensasi, Raja Azmi dan dikesempatan itu juga telah berkesempatan bertemu pelakon drama bersiri Mertua Vs Menantu, Aqasha. Ramai juga yang tak dapat mengecam bahawa itu adalah Aqasha. Kerana fizikalnya sekarang semakin berisi. Lebih-lebih lagi apabila memakai pakaian serba putih, tambah berisilah kesannya. Malah rambut Aqasha semakin tebal dan panjang.

Dalam kesibukan majlis, sempat juga menangkap gambar Aqasha yang kebetulan sedang berdampingan dengan seorang gadis manis. Adakah ini teman wanita Aqasha? Khabarnya, ini bukanlah kali pertama terserempak dengan mereka berdua. Malah dalam satu majlis berasingan yang juga dianjurkan Raja Azmi tahun lalu, penyanyi berkenaan kelihatan bersama. Mungkin inilah sebabnya mengapa berat badan Aqasha naik. Semuanya gara-gara senang hati agaknya. Tapi harus diingat, awak tu selebriti, jadi penampilan haruslah di jaga. -Murai

Ps: Jan panas baran juga.. hehe.
Read more...

Guablog.com

Related Posts with Thumbnails