MelayuKuHebat....|Isu Terkini|Seks|Artis|Gossip|Bisnes|Ebook|

|Isu Terkini|Seks|Artis|Gossip|Macam2|Politik|Resepi|Islam|Internet|Bisnes|Ebook| Macam-macam ada... Memang Lain Dari Yang Lain..Penuh Kontroversi...





Bahaya ni! Ada golongan yang sedang cuba provok supaya berlaku perang agama di negara ni. Bakar gereja,bakar surau dan yang terkini kepala babi hutan di masjid. Masjid Imam At-Tirmizi di Sri Sentosa di sini dan Masjid Jumhuriahdi Taman Datuk Harun, Petaling Jaya dilempar dengan objek dipercayai kepala **** hutan, awal pagi ini. Masa ni lah Akta ISA sesuai digunakan kerana peristiwa-peristiwa melampau begini kalau diteruskan boleh menjadikan suasana huru hara.
Objek yang dibungkus dengan plastik putih berserta wang tunai sebanyak RM35 itu ditemui jemaah masjid selepas selesai menunaikan solat Subuh.
kepala babi di masjid
Kita jangan termakan provokasi oleh pihak tertentu tersebut dan isuhangat berharap PDRM dapat menangkap orang yang bertanggungjawab secepat mungkin. Mereka yang telah didapati bersalah membakar gereja dan surau yang berjaya PDRM tangkap sebelum ini haruslah disumbat ke ISA. Setakat ni tiada sebarang info/gambar diaorang ni di media. Walau bagaimana pun Azmin Ali mengatakan orang yang membakar gereja adalah orang UMNO.
Azmin memberitahu media perkara berkenaan selepas melawat Masjid Jumhuriyah Taman Datuk Harun, Petaling Jaya ekoran insiden kepala babi diletakkan dalam perkarangan masjid berkenaan awal pagi ini.
Azmin yang juga ADUN Bukit Antarabangsa mendakwa, sekurang-kurangnya empat atau lima orang daripada mereka yang ditahan reman, adalah ahli Pemuda Umno, daripada bahagian Gombak dan Ampang.
“Sekurang-kurangnya empat atau lima orang. Malah mereka daripada cawangan mana pun saya tahu,” katanya.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan meminta semua pihak supaya bertenang dan tidak meletakkan undang-undang di tangan sendiri.
Read more...






Read more...





Entah di mana silapnya, dua selebriti yang pernah bercinta selama hampir lima tahun dan putus pada setahun yang lalu, Fahrin Ahmad dan Linda Onn kini menjadi musuh antara satu sama lain. Sepanjang perpisahan mereka, ada sahaja kenyataan demi kenyataan berbalas yang diberikan mereka walaupun pada ketika itu, Fahrin sudah pun mempunyai kekasih baru iaitu Scha Al-Yahya.

Bagaimanapun, cinta antara Fahrin dan Scha tidak kekal lama setelah hubungan mereka putus pada September tahun lalu. Kini, gara-gara kenyataan yang dikeluarkan Linda menerusi dua buah akhbar dengan dakwaan Fahrin seorang lelaki kaki pukul dan panas baran, Fahrin terpaksa membuat keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang.

"Apa yang saya boleh lakukan kepada mereka ialah, adalah lebih baik kita bercakap kepada media dengan cara baik. Cuma saya ingin nasihatkan pada mereka serta artis-artis lain, untuk membekalkan diri sedikit ilmu mengenai undang-undang hiburan. Saya risau bila melihatkan ramai yang membuat kenyataan yang boleh membahayakan diri mereka."
"Bila saya bercinta, saya bersungguh-sungguh dan ikhlas. Saya nak semua orang tahu. Saya bukannya nak main-main kerana usia saya pun dah tua. Sehingga hari ini saya tidak berdendam pun dengan mereka. Saya bangga dengan kejayaan mereka dan saya juga doakan mereka. Cuma saya sedih dia memecahbelahkan peminat-peminat kita. Bila kita simpan keaiban orang lain, tuhan akan simpan keaiban kita." kata Fahrin yang dalam kesedihan

Read more...






Gambar pasangan yang masih samar-samar lagi statusnya Diana Amir dan juga Zoey Rahman ni diambil ketika mereka berdua menghadiri sebuah majlis ulangtahun media baru-baru ini. Zoey Rahman dan Diana Amir kelihatan nampak begitu mesra dalam gambar ini namun soalan hubungannya mesra itu diajukan kepada Diana, dia tetap mennafikannya, Diana cuma mengakui dirinya dan Zoey cuma kawan biasa sahaja. Namun Zoey nie sebelumnya terkenal dengan aksi-aksi mesra dengan kawan-kawan pompuan yang lain.

Read more...





Kesunyian pelakon dan pelukis terkenal, Imuda selama enam tahun selepas bercerai dengan isteri pertamanya akan berakhir tidak lama lagi. Ini kerana Imuda bakal menamatkan zaman dudanya dengan seorang gadis yang berasal dari Pulau Pinang bulan depan. Imuda atau nama sebenarnya, Abdul Rahim Muda , 50, bakal mengahwini Sabrina Ali, 28, pada 20 Februari ini. Imuda berkata, hatinya mula tertarik untuk mengenali Sabrina ketika kali pertama bertemu di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang ketika dia mengadakan persembahan di situ.


"Daripada pertemuan itu, kami berkawan dan berkenalan dengan lebih rapat sehingga membuat keputusan untuk berkahwin," kata Imuda.
Berita gembira ini juga kata Imuda, disambut baik oleh dua anaknya, Raihana, 15, dan Mohd. Redza, 8, hasil perkahwinan pertamanya dahulu.
"Tiada apa yang menggembirakan saya selain anak-anak merestui perkahwinan kali ini. Bahkan, bakal isteri saya juga bersedia menerima kehadiran anak-anak saya," kata Imuda lagi.
Menurut Imuda juga, dia dan bakal isterinya itu akan diraikan pada satu majlis persandingan di rumah pengantin perempuan pada 21 Februari ini.
Read more...






Singlet yang dipakai oleh anak kepada rockers, Amy Search nie, bukan lah sebarang singlet yang ada di pasaran. Khas untuk Nabila Huda jerk tue. PLAY HARD yang membawa maksud 'main kuat' secara umumnya, tapi selain itu, makna lain pulak membawa kepada Nabila yang kuat bersenam demi menjaga kesihatan badannya, tambahan lagi Nabila juga kuat bekerja (WORK HARD). Nabila yang mengandung tidak gusar dan tak penat walaupun giat berlakon. Tawaran berlakon selalu ada walaupun dah tahu perut Nabila akan membesar. Jadi, kalau ada watak ibu muda mengandung, haaa… Nabila lah orang yang sesuai.

Read more...





Sedang ada seorang informer membelek-belek Blackberry yang baru dibeli, hampir nak terbeliak kelopak mata informer berkenaan dek satu SMS yang masuk mencelah mengejutkan dirinya daripada angan tak sudah. Bukanlah SMS berhantu atau ugutan maki-makian tapi SMS daripada seorang teman yang boleh dianggap sebagai orang penting.

Katanya, dia dapat tahu artis berwajah jelita, Zahida Rafik kini bersenang-lenang menetap di rumah agam berharga RM3 juta. Mulanya informer berkenaan malas nak ambil bahagian dalam cerita manis bermadu itu. Tapi bila fikir-fikir semula, tak salah dengan berita berkenaan. Yelah, setidak-tidaknya boleh berkongsi info dengan peminat yang lain.

Menambahkan unsur dramatik lagi, kononnya rumah pelakon yang pernah popular menerusi filem Anak Mami itu ditaja sepenuhnya oleh seorang lelaki bertaraf VIP. Sahih atau tidak, kurang dipastikan lagi. Setahu informer berkenaan, si Zahida tu jenis yang ligat berniaga. Mestilah rumah yang tersergam di Bukit Antarabangsa berkenaan dibeli atas titik peluh sendiri. Lagi pun kisah Zahida hidup ditaja bukan lagi perkara baru, yang baru cumalah harga rumah itu.

Read more...





Wanita bertudung atau tidak, cantik atau tidak cantik manusia biasa jer. Tudung tidak melambangkan wanita itu bersifat mulia. Bertudung adalah wajib kepada wanita Islam bukan melambangkan keperibadian sebenar. Begitu juga dengan lelaki, berketayap dan berstatus haji tidak semuanya baik . Bukan tak biasa kita dengar orang yang berjawatan dalam agama melakukan penyelewengan. Apa yang penting adalah iman dan tahan dengan godaan syaitan. Kata orang kalau lagi tinggi darjat agama seseorang Muslim itu, syaitan yang menggodanya pun yang berpangkat juga.  Wanita bertudung pink dalam gambar ini memasuki kedai menjual barang kemas bersama seorang kanak-kanak perempuan.

 
Ketika jurujual sedang leka mencari barang kemas yang dimintanya, dia mencuri sampul surat yang dipercayai berisi wang.

 
Pada waktu dia melakukan perbuatan terkutuk itu, azan sedang dikumandangkan. Untuk melihat rakaman CCTV boleh lihat video di bawah












Read more...





Anda pening nak buat resume? Anda boleh lihat contoh resume yang pastinya tak dapat kerja :)
Mohd Kamal Bin Abdul Ghafar
5 Jalan 3/4
Taman Bukit Indah
68000 Ampang Selangor.
(Rumah pakcik saya)
Tuan Pengurus Besar Kanan
Malaysia Airlines System
21 Sep 2005
Tuan,
Memohon Pekerjaan di Malaysia Airlines System.
Sehubungan dengan perkara diatas, saya Mohd Kamal Bin Abdul Ghafar no k/p 831021-10-5889 mahu memohon untuk bekerja disyarikat tuan dalam bidang teknikal. Ini kerana saya sangat berminat & bersungguh2 sampai tak boleh tido malam mengingatkan pekerjaan dalam dalam bidang ini. Walaupun begitu saye mengaku sebab saye mintak kerja disini kerana Saya juga adalah seorang petani anggur. Disebabkan begitu pihak tuan Kenalah ambil saya bekerja disini.

1. Pihak tuan perlu tahu juga bahawasanya bapa saya iaitu ABD GHAFAR adalah seorang ahli KWSP. Jika pihak tuan tidak mengambil saya bekerja saya serta merta akan menyuruh bapa saya membekukan pengeluaran KWSP pihak tuan masa tua nanti. Jika pihak tuan tak nak susah baiklah ambil saya bekerja disini.Itu saja keotaian saya.
2. Untuk pengetahuan pihak tuan, disini saya akan tampilkan kelayakan akademik dan pengalaman kerja saya sebelum ini kepada tuan.
3. Akademik Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional 1999-2000
Matapelajaran : (gred)
Bahasa Malaysia 6D
Bahasa Inggeris 6D
Sains 7E
Matematik 6D
Pendidikan Islam 5C
Sejarah 7E
Lukisan geometri 7E
Teknologi air-condition 6D
Kerja bengkel 3B
Sijil Kemahiran Malaysia 2001-2002 (MLVK)
Sijil Kejuruteraan Automotive (Tahap 1&2) dari Institut latihan Perindustrian Kementerian Sumber Manusia Malaysia
4. Pengalaman kerja
!P Pembantu mekanik kereta di Yusuf Workshop, Ipoh , Perak
!P Pembantu mekanik kereta di Dunlop Servitekar di Leboh Ampang, Kuala Lumpur (kedai gemok)
p/s (alignment kat situ tipu)
!P Staff pejabat di Gesundheit Worldwide di Semabok, Melaka. (pusat serenti)
5. Hanya ini sahaja dapat saya tampilkan kepada pihak tuan. Diharap dengan kelayakan yang saya ada, permohonan saya untuk bekerja disyarikat tuan dapat dipertimbangkan oleh tuan. Dan saya berasa gembira & seronok & akan belanja satu MAS makan sekiranya diterima bekerja di syarikat tuan dan saya berjanji akan bekerja dengan bersungguh-sungguh disamping bangun awal dan datang kerja awal. Saya tak tipu nie. Walaupun saya pernah ponteng skolah dan ditangkap beberapa kali saya akan insaf juga jika saya dapat kerja ini. Saya tidak akan hisap ganja lagi jikalau saya dapat kerja disini. Sekiranya saya didapati bersalah dalam apa2 juga kesalahan pihak tuan tidak boleh ambil tindakan yg kuat disamping menjentik jari saya sahaja. Untuk makluman tuan saya sangat kurus jikalau dirotan sekali tulang2 saya akan bersepai dan pihak tuan akan mendapat susah yang amat sangat. Saya juga berjanji tidak akan mencuri skru2 nat2 yg lawa2.jika saya nak mencuri saya akan ambil sahaja dan masuk dalam poket seluar itu tidak dikira mencuri. Saya pun dah penat menulis segala nya bermula & berakhir dgn baik. Jika pihak tuan tidak mengambil saya bekerja hidup pihak tuan akan berakhir dengan bacaan yasin. Dah kunjungan org ramai.
Sekian terima kasih.
Yang benar,
(Mohd Kamal Bin Abdul Ghafar)
XX Jalan 3/4
Taman Bukit Indah
68000 Ampang
Selangor

Read more...



BuatDuitInternet.com

Salam Evolusi

Setiap tahun ada sahaja JUTAWAN yang naik/lahir namun tidak kurang juga jutawan yang jatuh/mati.  Perkataan jutawan kini seolah-olah telah menjadi begitu clishe, sehingga ada diantara kita yang tidak lagi mahu menjadi jutawan atau merasa loya bila disebut perkataan jutawan.  Iklan di akhbar terhadap produk MLM terlalu banyak yang menjanjikan title Jutawan kepada pengedarnya.  Title Jutawan itu seolah-olah umpan kepada mata kail mereka.  Dana yang terkumpul sebanyak RM1,000,000.00 telah melayakkan seseorang itu bergelar jutawan.  Aduhai! Runsing jadinya bila difikirkan kerenah dan gelagat mereka yang begitu taksub untuk bergelar Jutawan.  Buat apa sahaja yang penting matlamat menjadi jutawan tercapai.  Ok stop!
Mari kita lihat sebenarnya bagaimana rentetan atau secara teknikalnya seseorang Jutawan yang genuine itu terhasil.
Seperti yang anda sedia maklum, minda memainkan peranan yang sangat besar dalam pembentukan sahsiah diri, kejayaan, peribadi, sikap dan yang paling penting pencapaian dalam kehidupan.  Minda terbahagi kepada 2 secara umumnya, iaitu minda sedar dan minda separa sedar.  Untuk memastikan segala impian anda terlaksana perkara utama yang harus diambil kira adalah mengenali Sifat Minda Sedar dan Minda Separa Sedar.  Bagaimana ia bekerja dalam memastikan kita mencapai impian yang selama ini terpendam.  Mengapa ada di antara manusia itu dengan mudah mencapai impiannya dan ada yang sehingga ke akhir hayat masih bergelut dengan kesusahan.
Minda Sedar mampu mengawal setiap pemikiran.  Ia juga mampu memilih apa yang hendak difikirkan atau apa yang tidak hendak difikirkan.  Ia boleh menerima pemikiran dan juga boleh menolak pemikiran.  Manakala Minda Separa Sedar pula hanya mampu menerima setiap pemikiran tanpa boleh menolak atau memilih.  Fahami sifat kedua-dua minda ini secara betul.  Setiap pemikiran yang dilakukan oleh minda sedar akan di serap oleh minda separa sedar tanpa sebarang usul periksa.  Ini bermakna, jika seseorang itu sedang memikirkan kemiskinan maka minda separa sedarnya akan terus merakamkan kemiskinan tersebut dan menyimpannya sebagai input.
 Semua yang difikirkan oleh minda sedar akan difailkan oleh minda separa sedar dan disimpan sebagai input yang dikenali sebagai ‘blueprint’  Ini bererti sejak daripada hari anda dilahirkan telah tersusun fail di dalam minda separa sedar sehinggalah hari ini.  Semua input ini akan digunakan pada masa yang bersesuaian.
 Mari kita lihat contoh ini ;  En Fuad kini berusia 23 tahun, seorang graduan, masih mengganggur.  Niat dihati ingin berniaga menyahut seruan kerajaan.  Ingin menjadi usahawan.  Dengan sedikit modal yang ada beliau menceburkan diri sebagai usahawan.  Pada peringkat awal perniagaan En Fuad menunjukkan kemajuan yang memberansangkan.
  Namun semakin lama menceburi diri semakin perlahan perjalanan bisnes, sehingga pada satu tahap perniagaan tidak dapat dibendung lagi, maka En Fuad mengambil keputusan menutup bisnesnya.  Dengan baki duit yang ada beliau mula memikirkan ingin membuat perniagaan yang kurang berisiko.  Atas nasihat teman-teman, beliau menceburkan diri dengan perniagaan baru.  Tanpa modal yang besar tetapi pulangan yang dijanjikan lumayan.  Pada peringkat awal, bisnes menunjukkan kecemerlangan, semakin lama, semakin lemah, peristiwa lama berulang dan keputusan yang sama perlu diambil iaitu menutup bisnesnya.
 Apa sebenarnya yang telah berlaku pada En Fuad?  Sebenarnya En Fuad telah mengalami satu pusingan memori yang dikenali sebagai ‘blueprint’ itu.  Mungkin pada zaman kecilnya, En Fuad terdedah dengan senario yang sama, dimana terdapat ahli keluarga terdekat atau jiran atau sesiapa sahaja yang pernah En Fuad temui mengalami nasib yang sama sepertinya.  Beliau sentiasa melihat kejadian yang sama berulang-ulang dalam proses pembesaran.  Walaupun secara logik atau sedar dia tidak mengendahkan keadaan tersebut, namun secara separa sedarnya, minda beliau merakamkan keadaan tersebut dan memfailkannya.
 Tatkala tiba saat En Fuad menceburkan diri dalam bidang perniagaan minda separa sedarnya akan mengeluarkan fail tersebut dan mengulangi sistem yang terdapat dalam fail itu.  Inilah antara sebab mengapa ramai usahawan sukar untuk berjaya.  Namun jangan dikhuatiri kerana ‘blueprint’ ini boleh di musnahkan atau ‘delete’.  Setiap benda yang boleh diprogram pastinya boleh di reprogram atau program semula.  Banyak sebenarnya program yang berbentuk SPAM dalam minda kita.  Program tersebut bukanlah terjadi daripada pemikiran kita tetapi akibat pendedahan kepada persekitaran.
 Apabila seseorang manusia itu lahir ke dunia sehingga dia berusia 3-4 tahun, minda yang aktif menjalankan kerja adalah minda separa sedar.  Keadaan ini berterusan sehinggalah dia mampu berfikir yang mana baik dan yang mana buruk, dan ketika inilah minda sedarnya bertindak secara aktif.  Ketika kehidupannya dikawal oleh minda separa sedar, apa yang berlaku disekitarnya akan diprogram oleh minda tersebut dan disimpan dalam fail minda.
 Keadaan ini juga merujuk kepada perbezaan hidup dan tahap pemikiran seseorang individu yang lahir daripada kalangan usahawan dan yang lahir daripada kalangan biasa.  Anak-anak usahawan yang berjaya, rata-rata mempunyai impian untuk berjaya dan lebih berjaya daripada bapanya.  Manakala anak yang lahir daripada golongan keluarga yang tidak berlatarbelakangkan bidang keusahawanan mendapati agak sukar untuk memulakan perniagaan kerana perlu berkerja kuat dan usaha yang lebih keras.
 Akan tetapi jika anak itu memiliki ilmu MINDA yang betul, perjalanan menjadi usahawan akan lebih mudah dan impiannya akan lebih cepat tercapai.  EM berkongsi ilmu MINDA ini secara PERCUMA di Seminar Percuma yang kami adakan mengikut jadual dibawah.  Ingin tahu bagaimana untuk mendelete program yang sedia ada dan reprogram software baru pada minda anda, anda dijemput menghadiri sesi seminar percuma kami.  Dalam seminar percuma ini kami juga kongsikan ilmu berkaitan warna, paradigma serta minda jutawan.  Untuk pengesahan tempat sila hubungi En Yusmi – 013 377 8004 (telefon/sms) atau isi borang yang disediakan di web. (Rujuk link di bawah.)
Jadual Seminar PERCUMA Evolusi Minda

Tarikh Seminar PERCUMA
Evolusi Minda
Masa Tempat
8hb atau 9hb atau 10hb Januari 2010
(Jumaat; Sabtu; Ahad)
8.30mlm hingga 10.45mlm Pusat Latihan Wisma
Norbaya, No 15,
Jalan 2/4C, Desa Melawati
53100 Kuala Lumpur
>Klik, lihat peta<
16hb atau 17hb Januari 2010
(Sabtu; Ahad)
22hb atau 23hb atau 24hb Januari 2010
(Jumaat; Sabtu; Ahad)
31hb Januari 2010
(Ahad)
5hb atau 6hb atau 7hb Febuari 2010
(Jumaat; Sabtu; Ahad)
Artikel ini ditulis oleh Puan Hajjah Arina Abbas.  Beliau merupakan Moderator Evolusi Minda, iaitu badan syarikat yang menjalankan latihan dan memberi kursus serta seminar berkaitan kuasa minda. Read more...





Memang tidak dinafikan selepas penceraian dengan suami, Norman Hakim, kini Abby lebih hidup senang dan tenteram daripada dibelengu isu berkenaan. Walaupun masih lagi seperti ombak-ombak, mungkin satu hari nanti ianya akan menjadi tsunami, apabila berkemungkinan Norman atau Abby kahwin dengan yang lain. Seperti Abby, ramai yang nak kan artis janda ni. Seperti artis baru Zul Ariffin, makin lama makin kepitan mereka makin rapat. Tidak menjadi halangan perbedaan umur mereka berdua.


Read more...





Ada beberapa informer menyampaikan cerita yang rockstar muda, Noh sudah beralih cinta lagi. Khabarnya Noh Hujan dan Mizz Nina yang merupakan penyanyi kumpulan Teh Tarik Krew sedang hangat bercinta sekarang. Sebelum ini ada yang kata dia bercinta dengan anak Datuk. Kebetulan ada seorang peminat terserempak dengan Noh pada satu sidang akhbar, dalam senyum-senyum Noh mengelak-ngelak bila ditanya.

"Saya dan Mizz Nina memang bersama. Maksudnya kami ke Anugerah ViMA bersama sebagai pasangan. Orang juga nampak kami selalu keluar bersama kerana kami sedang bekerjasama dalam album solo Nina."
"Sebab itulah kami sentiasa bersama. Tetapi apa yang boleh saya katakan kami sedang dalam proses mengenali hati budi masing-masing juga sebenarnya. Seronok lepak dengan Nina," tambahnya yang turut menyanyi bersama Nina untuk lagu yang belum mempunyai tajuk tersebut.

Read more...





Pelakon dan pengacara, Fahrin Ahmad, 31, kelmarin (25/1) di Seri Kembangan, menafikan tuduhan penyampai radio Linda Onn, 32, bahawa dia seorang yang memiliki sikap panas baran seperti yang didakwa bekas teman wanitanya itu baru-baru ini sehingga mendatangkan fitnah dan provokasi kepada pembaca. Sehubungan itu, Fahrin melalui peguamnya, Tengku Naufal Tengku Mansor menuntut Linda atau nama sebenarnya, Rozlinda Onn tampil membuat kenyataan maaf secara terbuka dalam tempoh tujuh hari mulai Jumaat lalu melalui akhbar Sinar Harian dan The Star.

Beliau mendakwa, anak guamnya sangat tertekan dari awal tahun dengan apa yang berlaku sehingga memberi impak kepada imej dirinya dan keluarga. Dalam pada itu, Tengku Naufal memberitahu pihaknya sedang dalam proses mengumpul bukti yang cukup, sama ada melalui kenyataan-kenyataan akhbar, blog dan laman Twitter untuk mendakwa selebriti lain yang terlibat.

Read more...

Guablog.com

Related Posts with Thumbnails