
















Pencarian vokalis utama band Meet Uncle Hussain (MUH) masih berjalan sehingga kini bagi menggantikan tempat Lan. Setakat ini mereka masih belum menemui pengganti yang benar-benar layak untuk berada di kerusi 'panas' itu. Bagaimanapun, MUH menggunakan pendekatan bijak dengan memperkenalkan vokalis sementara di Konsert Hot FM Big Jam yang berlangsung di Johor Bharu kelmarin.
Buat pertama kalinya, vokalis yang dikenali sebagai H itu membuat persembahan bersama MUH di hadapan khalayak ramai. Namun begitu, identiti H masih dirahsiakan dan mukanya sengaja diconteng ala-ala muka anggota MUH membuat persembahan lagu Lagu Untukmu di Anugerah Juara Lagu ke-23 pada awal Januari lalu. Menurut Kimi, Black tidak dikira sebagai vokalis sementara mereka kerana penyanyi kelahiran program realiti Mentor musim ke-3 itu hanya mendendangkan sebuah lagu hasil usahasamanya dengan MUH iaitu Drama King.
Ini bermakna buat sementara waktu, Black akan turut serta bersama H dan MUH jika melakukan persembahan. H merupakan salah seorang calon vokalis sementara sebelum mereka menemui vokalis tetap MUH. Biarpun Kimi enggan mendedahkan siapakah H, namun ramai di kalangan penggerak industri hiburan tempatan berkata, H itu adalah Hazama AF4. Biar apa pun cakap orang, Kimi menegaskan dia tidak akan menjawab spekulasi itu.
Read more...
.gif)

Kenal masih dengan Salima AF4, kalau yang fanatik dengan AF tue, mesti korang ingat lagi kan, peserta AF yang bertudung. Salima ni memang lah tak sepopular artis-artis yang keluar dari AF kebanyakkannya tu, cukup-cukup makan jer Salima ni. Dulu pernah juga digossipkan dia buat penampilan tanpa bertudung, orang kata dia guna rambut palsu, yang itu, penulis tak tahu lah. Tapi sekarang nak buat publisiti lagi, dengan bergambar dengan 'kekasih' nya itu yang diambil dari laman sosial miliknya. Ada2 ajerk.


Read more...
Kata Rizal, semasa dia hilang tu, dia bawa diri ke Manjung, Perak. Di sana dia buka gerai burger. Dua tahun juga dia buka gerai itu tapi terpaksa ditutup sebab kurang mendapat sambutan. Kemudian Rizal bawa diri ke Kuala Lumpur untuk buat album single. Tapi malang sekali, selepas dia keluarkan wang RM5,000 kepada seseorang yang berjanji nak tolong dia hasilkan single tu, individu tersebut pula lesap bersama wang tersebut.
Tapi segalanya diserahkan kepada takdir untuk menentukan jodohnya sama ada dengan si dia bernama Zaquan atau pun orang lain. Bagi Ayu sendiri, dia menerima segala ketentuan kerana percaya perkara yang baik seperti itu memang banyak dugaannya."Ayu tak mahu terlalu mengharapkan apa-apa tetapi kalau jodoh Ayu dengan Zaquan itu terbaik, Ayu akan menerimanya dengan baik," katanya.
Menjelaskan Zaquan sebelum ini seorang yang agak cemburu tetapi lama kelamaan perkara itu dapat diatasi kerana ada perbincangan yang baik di antara kedua belah pihak. Bagi Ayu sendiri dia tidak suka membesarkan perkara kecil dan sebolehnya hendak diselesaikan dengan sebaik mungkin kerana dia tidak suka memikirkan perkara-perkara remeh.